Monday, February 28, 2011

Jejak Pengundi Kg Telok Gong, Pelabuhan Klang

Siri Jejak Pengundi di teruskan bagi mencari dan mendaftar semula pengundi bertukar alamat dan pengundi baru.

Lokasi dimaksudkan di Kg Telok Gong, Dun Pelabuhan Klang pada 27hb Feb 2011 yang lalu.

Foto-foto Jentera Jejak Pengundi

Pengerusi BLKDP, Tn Haji Nasaruddin "In Action"

Skuad Wanita Bermotor memulakan tugas untuk mencari pengundi dari umah ke rumah


Teruskan Berjuang...

Sunday, February 27, 2011

Apa kes si Nizar meroyan ni? Apa hal pegang-pegang plak...?

Lihat dan nilai sendiri lah apa yang si Nizar meroyan tu buat......dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi?

Siap nak tarik-tarik bahu nak bercakap......

Lihat la foto-foto berikut......

Teknik 1: Mula-mula, rapatkan badan aku (Nizar) kepada badan Datuk Zahid......
Teknik 2: Kemudian aku tepok-tepok kat bahu Datuk Zahid

Teknik 3: Kemudian, aku terus kunci bahu Datuk Zahid supaya diat tak dapat lari dari aku.....

Ini le muka si Nizar meroyan tu....Apa kes tarik-tarik bahu ni? Ko ingat nak mesyuarat bawah pokok lagi ke..? Hampeh......

Rumah Ini Telah Berubah? Di Merlimau ke?

Bukan di Merlimau, tetapi di DUN Pelabuhan Klang secara lebih tepatnya.

Bumbung Rumah Yg Telah Bocor dan Berkarat
Inilah usaha-usaha berterusan dilakukan oleh Barisan Nasional dalam mengendalikan masalah masyarakat. Ternyata Wak Shahdan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih selesa selepas ini. Inilah cebisan-cebisan kisah kehidupan masyarakat di Kampung Telok Gong dalam DUN Pelabuhan Klang.

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing
Sessi Temuramah Oleh Wartawan
Bumbung Baru
Alhamdulillah, bumbung baru telah siap dipasang
Terima Kasih kepada Pengerusi Penyelaras Parlimen Klang, Dato Teh Kim Poh dan UMNO Bahagian Klang.

Teruskan usaha murni ini. 

Satu lagi Pembohongan oleh PAS PIS PUS?

Ini satu lagi pembohongan oleh Pas Pis Pus kepada pengundi-pengundi Merlimau. Mereka mengatakan bahawa pengedaran CD oleh "pihak-pihak tertentu" di DUN Merlimau. Adakah ini sengaja direka-reka dalam untuk meraih simpati pengundi di sana?  Sah-sah Pas Pis Pus yang lebih terkeliru..... Di Merlimau, pengundi-pengundi pastinya tidak termakan umpan yang telah direka oleh Pas Pis Pus. ha ha ha...
Fitnah dan pembohongan mula mewarnai pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau walaupun penamaan calon dan aktiviti berkempen masih belum bermula.
Pagi ini, petugas keselamatan dan petugas penerangan Markas Induk PAS PRK Merlimau dikejutkan dengan pengedaran CD dan risalah kecil yang bertajuk ‘Islam Umno tak masuk syurga’, ‘Islam PAS Masyuuuuk Syurga’ yang memaparkan gambar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memakai cermin mata hitam.

Selain dari risalah itu, sekeping VCD bertajuk ‘Kemuliaan Masjid Negara tercemar’ juga diedarkan.
Kedua-dua bahan edaran itu dijumpai di hadapan Markas Induk PAS PRK Merlimau dan juga diletakkan di cermin kereta hadapan.
Seorang petugas penerangan, Irwan Azmi Aziz, 28, ketika ditemui di Markas Induk berkata, bahan edaran itu mungkin disebarkan pada awal pagi antara jam 1.00 hingga 4.00 pagi kerana sebelum itu mereka tidak menemui apa-apa bahan seperti itu di  sekitar markas tersebut.
Rakan beliau, Abu Siraj Hod, 32, pula berkata tindakan pihak tertentu mengedarkan bahan tersebut mungkin bertujuan untuk memburuk-burukkan PAS kerana tindakan sebegitu memang biasa dilakukan pihak lawan bagi mengelirukan rakyat.
Sumber: Harakah Daily

Wednesday, February 23, 2011

Foto-Foto Ceramah SSDE Dun Pelabuhan Klang



Meletup......Ceramah SSDE di Dun Pelabuhan Klang yang lalu ternyata banyak memberikan maklumat tepat kisah-kisah penderhakaan yang telah berlaku di Negeri Selangor.

YB Noh in action
Penderhakaan & Salah laku oleh pakatan rakyat terhadap rakyat Negeri Selangor dan berbagai-bagai lagi isu yang menjengkelkan telah dilakukan oleh khalid gagap.

Pentas Perjuangan
Tidak kurang menarik juga adalah kisah "Ikan dan seorang Tok Guru" yang telah disampaikan oleh YB Noh. Memang lah kelakar.....Nak tau kisahnya...kenalah datang dan dengar sendiri. Sendiri mau ingat lah ya.... 

Para Hadirin di kalangan Ahli Wanita & Puteri

Pemuda Tiang Bangsa

Hebat-Hebat.......Ramai hadirin puas dengan Ceramah yang telah diadakan. Teruskan Ceramah SSDE dan bawakan penceramah-penceramah yang berkualiti....Mantop!

Beras Percuma.........



Lagi-lagi beras percuma....? Bukan, tetapi ini adalah gambar orang ramai yang sedang mengutip beras yang bertaburan diatas jalan raya.

ORANG ramai dan penduduk kampung berhampiran tidak melepaskan peluang mengutip beras yang bertaburan di jalan raya selepas sebuah lori membawa muatan beras terbalik di Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Tanjung Malim, 22 Feb. - Utusan

Saturday, February 19, 2011

Roadshow SSDE DUN PELABUHAN KLANG


Roadshow SSDE DUN PELABUHAN KLANG 
Perkarangan Bilik Gerakan UMNO Cawangan Sri Jaya, Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang.

Tarikh:   20 Februari 2011 (AHAD)
Masa:    9.00 malam

Penceramah:
YB Datuk Seri Noh Omar (Menteri Pertanian & Asas Tani), 
YB Senator Ezam Md Nor, 
YB Dato' Mohd Shamsuddin Lias (Adun Sg Burong)

Friday, February 18, 2011

Din Puduraya pasti gembira.....



Adoi.....bertambah sesak kembali lah puduraya setelah kerja-kerja menaiktaraf hentian puduraya ini selesai siap pada bulan April nanti.

Hem....tak sabar rasanya  ingin melihat suasana ruang dalaman puduraya ini yang dikatakan kos menaiktaraf ini bernilai jutaan ringgit. Pastinya semua ini dilakukan demi keselesaan rakyat.

Diharap bukan hanya dari segi fizikal sahaja dinaik taraf tetapi ulat-ulat tiket dapat dibenteras bagi mengelakkan sebarang penipuan kepada penguna-penguna.

Diharap pihak LPKP dan JPJ dapat memantau aktiviti-aktiviti tidak sihat ini.


KUALA LUMPUR 18 Feb. - Pembukaan semula Hentian Puduraya ditangguhkan pula ke 16 April depan berikutan kerja-kerja menaik taraf belum siap sepenuhnya.

Berikutan itu, Terminal Bas Bukit Jalil akan dikekalkan buat sementara waktu untuk kegunaan orang ramai, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah beliau mengadakan perbincangan dengan pemaju Hentian Puduraya, UDA Holdings Berhad dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini.

"Kemudahan di hentian ini perlu diperbaiki lagi. Saya kurang berpuas hati kerana siling di sesetengah tempat terlalu rendah, eskalator, lif dan lain-lain belum ‘testing’ (diuji) lagi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Hentian Puduraya di sini.

Turut serta dalam lawatan hampir 45 minit itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Datuk Bakaruddin Othman dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar dan Pengurusan) Datuk Adnan Md. Ikhsan serta Pengarah Urusan Uda Holdings Berhad Datuk Jaafar Abu Hassan.

Hentian Puduraya sepatutnya dibuka semula pada 1 Mac ini selepas kerja-kerja menaik taraf dimulakan pada Jun 2009. - Bernama

Thursday, February 17, 2011

Sensasi lagi Terkini - Polis Bantuan Selangor


Permintaan si Gagap ditolak, bagi permohonan untuk menubuhkan polis bantuan sendiri di negeri Selangor. Tu la pasal, lain kali mohon la sesuatu yang logik. Kata si Gagap, jenayah tinggi di Selangor tidak boleh dijadikan alasan semata-mata kerana 2-3 kes terbaru.

Ini kerana pakatan haprak pun tidak mengambil apa-apa tindakan untuk bekerjasama dengan pihak Polis khususnya KDN dalam menangani masalah jenayah di Selangor. Gagap...gagal lagi !


PUTRAJAYA 16 Feb. - Kerajaan tetap menolak permohonan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri kerana ia bertentangan dengan perlembagaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan kerajaan Selangor itu lebih bersifat provokasi kerana sengaja hendak mencabar perlembagaan.
''Semasa kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dulu mereka usulkan hendak pinda perlembagaan negeri dengan alasan mahu membela raja dan sultan tetapi akhirnya tetap bekerja dengan SUK.

''Tindakan mereka memang tidak konsisten, saya terkilan kerana tidak pernah pun selama ini mereka membantu polis untuk menurunkan indeks jenayah.
''Apabila indeks jenayah menurun, alasan itu pula digunakan untuk menambah polis bantuan sendiri kononnya jenayah meningkat," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu polis menambah 2,000 lagi anggota di negeri itu selepas permintaannya untuk menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri ditolak kerajaan.
Menurut Hishammuddin, tindakan kerajaan negeri Selangor itu sudah boleh diduga kerana bersifat tidak munasabah dan sia-sia.

''Mereka menidakkan apa yang kita buat dan tidak membantu kita untuk melihat perkara yang cukup serius pada orang ramai dan apabila tidak berjaya dia buat dengan cara yang bercanggah dengan perlembagaan negara.

''Mereka saja nak sensasikan keadaan, dia boleh terus lakukannya tapi dari segi undang-undang, buat macam mana pun tetap salah, cukuplah polis kata jenayah sudah turun," katanya.

Tuesday, February 15, 2011

KUALA LUMPUR 12 Feb — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya orang ramai menjauhi acara bertemakan sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day Isnin ini, hanya ditujukan untuk masyarakat Islam. Timbalan Perdana Menteri berharap isu ini tidak menimbulkan kekeliruan dan perasaan curiga antara kaum di negara ini kerana dari sudut Islam sambutan itu tidak sesuai diraikan oleh umat Islam. “Nasihat itu adalah untuk memberitahu bahawa dari sudut agama Islam ia (sambutan Hari Kekasih) tidak sesuai, tetapi ia tidak bermakna kita hendak merendah-rendahkan Hari Kekasih atau tidak menghormati kaum lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesranya terhadap perkhidmatan awam di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata: “Ada amalan yang mungkin dianggap orang lain sesuai tetapi dalam Islam tidak sesuai kerana ada amalan dan kaitan sejarahnya itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam. Saya harap perkara ini tidak menjadi perkara yang boleh menimbulkan perasaan curiga”. Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz semalam yang menasihatkan orang ramai khususnya yang beragama Islam supaya menjauhi sebarang acara atau majlis yang bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat. — Bernama


KUALA LUMPUR 12 Feb — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya orang ramai menjauhi acara bertemakan sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day Isnin ini, hanya ditujukan untuk masyarakat Islam.

Timbalan Perdana Menteri berharap isu ini tidak menimbulkan kekeliruan dan perasaan curiga antara kaum di negara ini kerana dari sudut Islam sambutan itu tidak sesuai diraikan oleh umat Islam.



“Nasihat itu adalah untuk memberitahu bahawa dari sudut agama Islam ia (sambutan Hari Kekasih) tidak sesuai, tetapi ia tidak bermakna kita hendak merendah-rendahkan Hari Kekasih atau tidak menghormati kaum lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesranya terhadap perkhidmatan awam di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata: “Ada amalan yang mungkin dianggap orang lain sesuai tetapi dalam Islam tidak sesuai kerana ada amalan dan kaitan sejarahnya itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam. Saya harap perkara ini tidak menjadi perkara yang boleh menimbulkan perasaan curiga”.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz semalam yang menasihatkan orang ramai khususnya yang beragama Islam supaya menjauhi sebarang acara atau majlis yang bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat. — Bernama

Monday, February 14, 2011

Pandamaran, Klang Digegar lagi...


Program Sentuhan Kasih 1Malaysia & Penyerahan Sumbangan Tahun Baru Cina yang telah diadakan pada 13 Feb 2011 yang lalu anjuran MCA Bhgn Klang.

Acara Memotong Kek Tahun Baru Cina



Sessi Bergambar dengan Wanita UMBK
Memang hebat, ramai sungguh penduduk setempat yang telah hadir ke majlis tersebut.

Penduduk setempat Yang Hadir
Suasana meraikan sambutan Tahun Baru Cina masih terasa kemeriahannya. Inilah yang dikatakan semangat 1Malaysia.

Skuad Sayang UMBK 
Tahniah......

Sunday, February 13, 2011

30 ribu pemuda....? Dari Shah Alam nak ke Mana?

Katakan tidak! Haktuih......
Penulis sedang dalam perjalanan ke rumah kawan dan terlihat satu banner yang tidak kurang menarik...Nampak di banner tertulis 30 ribu pemuda...Ramai nya....tapi bila tgok si hamPas punya...haktuih....

Apa cite Kedah kat Selangor pulak.....piraaaahhh.

Hakkkkktuihhh...

Bodoh piang.....

30 ribu kunun nak kumpul.....Boleh ke? 

Saturday, February 12, 2011

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina


Salam 1Malaysia

Semua dijemput hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti Gerakan Bahagian Klang

Tarikh: 13/02/2011 (Ahad)

Masa: 07.00 - 11.00 Malam

Tempat: Bangunan Kelab Senior Citizen, Jalan Dato Dollah, Klang

Friday, February 11, 2011

Akhirnya Nicky mengaku sudah...

Sekadar hiasan


Malu-malu, tapi inilah yang dikatakan buntut sendiri 

berlumuran dgn tahi. 


Apakah puak-puak ni tidak tahu menggunakan tandas? 

Sewajarnya diberikan tarbiah mengenai cara-cara 

penggunaan tandas cari Nicky Ajis.


Ha....yang ini lebih baik dari melalut-lalut mengeluarkan 

fatwa yang bukan-bukan.


Pelawat dari luar termuntah-muntah melihat buntut-buntut 

puak-puak ni berlumuran najis.


Kah kah kah...


KOTA BHARU, 11 Feb. - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kebanyakan tandas masjid di negeri ini masih kotor kerana tiada peruntukan untuk menyelenggarakannya.

Mursyidul Am Pas itu turut kesal dengan tindakan umat Islam di Kelantan yang mengabaikan aspek kebersihan di tandas masjid, kerana keadaan tersebut memberi gambaran negatif kepada pelawat sekali gus menjejaskan imej agama Islam yang mementingkan kebersihan.

"Kita akui tahap kebersihan kebanyakan tandas di masjid-masjid di negeri ini masih rendah kerana jawatankuasanya tidak mengendalikannya dengan baik disebabkan tiada peruntukan khusus untuk penyelenggaraan,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz seterusnya meminta jawatankuasa masjid agar menyediakan peruntukan khas bagi memastikan tandas dan bilik air di masjid-masjid di negeri itu sentiasa bersih dan memberi keselesaan kepada jemaah dan pengunjung. - Bernama

Thursday, February 10, 2011

Hukuman Penjara Kalau Salah Guna Masjid

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak atau individu yang menyalah gunamasjid atau surau sebagai tempat untuk berpolitik sama ada pihak kerajaan atau pembangkang.
Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini individu atau pihak terbabit perlu mendapatkan kebenaran daripada Jais kerana boleh ditahan dan didakwa oleh penguatkuasa Jais sama ada melalui pemantauan atau adaun daripada orang ramai.
Pegawai Perhubungan Awam Jais, Nurhamizah Othman, berkata pemantauan yang dilakukan oleh Jais adalah untuk membendung salah guna masjid atau surau oleh pihak tertentu yang menjadikan tempat berkenaan sebagai tempat berpolitik.
Menurutnya, mereka yang melakukan aktiviti berkenaan tanpa mendapat tauliah daripada Jais boleh dikenakan tindakan undang-undang dan didakwa di bawah Eanakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.
“Saya mengingatkan kepada mereka yang terbabit supaya tidak menyalah guna kesucian masjid dan surau terutama pada bulan Ramadan ini dan mereka yang ingin melakukan aktiviti berkenaan perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Pejabat Agama Islam Daerah atau Jais sendiri bagi mengelak dikenakan tindakan.
“Mereka yang didapati melakukan kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas program ceramah dan tazkirah yang diadakan oleh pihak masjid dan surau sepanjang Ramadan di Selangor.
Katanya lagi, setiap permohonan akan melalui tapisan keselamatan yang ditetapkan Jais dan juga ditemuduga sebelum tauliah itu dikeluarkan.
Menurutnya, sepanjang Ramadan ini pihak penguatkuasa Jais akan memantau setiap aktiviti dan ceramah yang diadakan di masjid atau surau di seluruh Selangor.
“Orang ramai juga boleh membuat aduan kepada Jais jika ada pihak yang mengadakan ceramah tanpa tauliah atau menyalahguna kebenaran yang diberi seperti memberi ceramah berunsur politik atau perkara-perkara yang boleh menggugat keselamatan negara.
Menurutnya, penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jais adalah sejajar dengan titah Sultan Selangor supaya tidak menjadikan tempat ibadat seperti masjid dan surau sebagai tempat untuk berpolitik. MediaUMNO.

Wednesday, February 9, 2011

Akur akhirnya....rela terpaksa...


Akhirnya terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat. Apalagi, panas la punggung si ggap tu, bkn calang-calang orang, Datuk Mohamad Khusrin ini. Segala urus tadbir negeri akan juga dipantau oleh beliau.

Hasil-hasil negeri juga akan dipantau, kemana disalurkan dana-dana itu. Apakah cukai yang dikutip diurus tadbir dengan telus. Maklumlah, Selangor negeri yang cukup banyak hasilnya. Dari lapangan terbangnya, pelabuhan dan sektor perindustrian yang merata pelusuk negeri.

Selamat Menjalankan tugas buat Datuk.


SHAH ALAM 9 Feb. – Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamad Khusrin Munawi akan dibenarkan mengangkat sumpah simpan rahsia, bagaimanapun hanya selepas kerajaan negeri menyusun semula format mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pindaan terhadap format mesyuarat itu perlu kerana anggota Exco mahu mengadakan perbincangan secara bebas dan tidak terbatas mengenai perkara tertentu.
Beliau berkata, mesyuarat Exco mungkin dibahagikan kepada dua, dengan satu segmen hanya dihadiri anggota Exco.

"Mohamad Khusrin akan hanya dibenarkan mengangkat sumpah simpan rahsia sebaik sahaja kami susun semula format proses membuat keputusan dalam majlis eksekutif.
"Kami berpendapat ada perkara-perkara yang kami perlu selesaikan, terutama membabitkan pelantikan pegawai-pegawai kanan, di mana anggota bukan ex-officio, iaitu Exco, mahu mengadakan perbincangan secara bebas dan tidak terbatas.

“Misalnya, kami berpendapat perkara berkaitan kenaikan pangkat orang hanya patut dibincangkan di kalangan anggota Exco,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini.
Abdul Khalid berkata, Mohamad Khusrin kemungkinan besar akan mengangkat sumpah minggu depan. – Bernama

Tuesday, February 8, 2011

Rakyat Didahulukan....Pelabuhan Klang


Pelabuhan Klang - Program Ziarah dan Menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Kg Sg Pinang Utara, Pulau Indah, Pelabuhan Klang pada 07 Feb 2011 yang lalu.


Progam ini disertai oleh JKKKP, UMNO Caw Sg Pinang Utara , Wanita dan UMNO Bhgn Klang.


Ternyata yang susah dibantu...




Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan baik.
Hebat Wanita Klang....konvoi motor beramai-ramai...
Teruskan perjuangan murni ini untuk membantu mereka yang memerlukan....

Akibat hidup bersubsidi berlebihan...


Inilah kesan sekiranya rakyat terlalu bergantung kepada subsidi oleh sesebuah kerajaan. Ketiadaan pelabur asing untuk masuk dan melabur mengakibatkan ketiadaan pekerjaan oleh penduduknya. Apabila sesuatu keadaan pergolakan ekonomi dunia berlaku, kerajaan menjadi muflis oleh kerana ketidakupayaan untuk mengawal keseluruhan subsidi ini.

Apabila ini berlaku harga barangan naik secara mendadak dan ditambah buruk lagi dengan kadar pengangguran yang tinggi dikalangan rakyat jestru rakyat tidak mampu untuk "survive" disebabkan peningkatan harga barangan yang diluar kawalan dan inflasi yang tersangat tinggi.
Apakah kita mahu dimomokkan dengan segalanya subsidi?



KUALA LUMPUR 7 Feb. - Pergolakan di Mesir menunjukkan bahawa tindakan kerajaan memberikan atau menyogok subsidi kepada rakyat tidak boleh menjayakan ekonomi sesebuah negara.

Sebenarnya apa yang jauh lebih penting adalah kebolehan pemerintah menawarkan kemakmuran demi kelangsungan hidup rakyatnya.
Menurut Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin, apa yang dihadapi oleh kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak, membuktikan cara pemerintahan yang berbelanja banyak untuk 'menyuap makanan' kepada rakyatnya tidak mampu kekal lama.

Apa yang dilakukan kerajaan semasa Mesir hanya memberikan bebanan dan menekan rakyatnya.
''Mesir adalah sebuah negara yang begitu banyak memberikan subsidi kepada rakyatnya, ia meliputi barangan, pendidikan, makanan, perubatan, selain berbelanja tinggi untuk pertahanannya.

''Ini menyebabkan ekonomi negara itu menjadi statik kerana segala-galanya ditanggung kerajaan kerana tiada pelabur asing yang mahu melabur di Mesir,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini,
Katanya, tanpa pelaburan maka tidak wujudlah peluang pekerjaan, sekali gus menyebabkan jumlah pengangguran di Mesir semakin tinggi.
Dr. Mahani berkata, tekanan hidup akibat eko-sistem ekonomi yang luar biasa itu menyebabkan rakyat tidak mampu lagi bertahan.

''Walaupun semuanya percuma tetapi kalau pengangguran meningkat ia tidak membawa apa-apa dan inilah akibatnya keruntuhan sesebuah negara sekira ekonomi gagal ditadbir dengan cekap.
''Kesimpulan apa yang berlaku di Mesir ialah subsidi bukan penyelesaian semua masalah,''

Beliau berkata, keadaan ekonomi di Mesir bertambah teruk sejak krisis ekonomi global yang berlaku pada 2008 apatah lagi ia bukan sebuah negara pengeluar minyak.
Tambahnya, selain Tunisia dan Mesir, Yemen merupakan sebuah lagi negara yang tidak mentadbir ekonomi dengan baik, yang mana rakyat terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan.

Tambah beliau, subsidi hanya baik untuk jangka tertentu tetapi bukan bagi tempoh yang terlalu panjang.
''Dan, bukan semua perkara boleh disubsidi kecuali pendidikan dan kesihatan seperti yang dilaksanakan di Malaysia,'' ujarnya.
Ditanya tentang kenaikan harga barangan dalam pasaran yang melampau di negara ini, Dr. Mahani berpendapat, ia berlaku akibat ketidakseimbangan dalam penawaran dan permintaan.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku ekoran peningkatan mendadak penduduk dunia yang tidak setara dengan pengeluaran makanan.
Masalah itu begitu ketara disebabkan pengeluaran barangan makanan tertentu begitu terhad di Malaysia dan perlu diimport dari negara-negara lain.
''Jadi, apabila ada masalah berlaku di negara-negara pengeluar, pengimport akan mengalami masalah bekalan.

''Masalah bekalan juga berlaku dalam penetapan kontrak jangka panjang antara pengimport dan pengeksport,'' katanya.
Berikutan itu, beliau berkata, masalah semasa yang berlaku ini boleh diatasi dengan membuat pelaburan makanan secara besar-besaran di dalam atau luar negara.
Tambahnya, kementerian tertentu juga perlu memastikan sistem agihan secara monopoli dikurangkan supaya kawalan bekalan dan harga dapat dipantau secara rapi.

Dalam aspek itu, Dr. Mahani berkata, masalah kenaikan harga barangan boleh dikawal dengan membanyakkan pasar raya besar kerana ia menawarkan harga jauh lebih rendah berbanding kedai runcit.

Sunday, February 6, 2011

Nicky Ajis kena Transform


Bertambah kusut la pemikiran Nicky Ajis dengan Gelombang Merah ini. 
Ha, sendiri mau ingat la.....ya Nicky Ajis...

Viva Gelombang Merah.....Terus Berjuang.....

Kita kasi transform itu Nicky Ajis....

Rampas Kembali Kelantan dari Nicky Ajis...

Caya la Tok Pa...



KOTA BHARU 5 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini melancarkan program Gelombang Merah Tranformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat untuk menarik kira-kira 400,000 pengundi muda di negeri ini.
Pelancaran program tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian dan Naibnya, Rosmadi Ismail bersama lebih 1,000 ahli pergerakan tersebut di Dewan Besar UMNO Negeri di sini.

Kemuncak program berkenaan ialah karnival Transfomrasi 1Kelantan yang akan diadakan selama dua hari pada April ini.
Sementara itu, Mustapha pada sidang akhbar berkata, sayap UMNO itu perlu berada di barisan hadapan dalam menjelaskan isu-isu yang berbangkit bagi menyedarkan rakyat bahawa mereka telah ditipu oleh Pas sejak 20 tahun lalu.

"Pemuda perlu ada di hadapan, sedarkan rakyat berikan penjelasan mengenai banyak isu seperti Bazar Tok Guru dan bekalan air yang sejak sekian lama tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri.
"Hari ini, perubahan sudah kelihatan, ia jelas pada dua pilihan raya kecil di Manek Urai dan Galas, golongan muda yang dahulu menyokong pembangkang pada 2008 telah mula menunjukkan perubahan dan menyokong kita," katanya.

Mustapa berkata, Gelombang Merah merupakan satu program gerak kerja yang amat penting bagi UMNO Kelantan sepertimana yang dilakukan oleh UMNO Terengganu pada tahun 2004 untuk merampas balik negeri itu daripada Pas.
Katanya, UMNO Kelantan yakin dapat merampas semula negeri ini daripada Pas biarpun ada persepsi bahawa parti itu tidak berpeluang langsung untuk menang pada pilihan raya umum akan datang.

"Persepsi itu bahawa kita tidak berpeluang untuk rampas semula negeri ini tidak benar, pelbagai isu yang menunjukkan masalah yang berlaku dalam Kerajaan Pas Kelantan timbul dan rakyat mulai sedar.
"Sebagai contoh, 412 peniaga kecil mula meluahkan rasa tidak puas hati begitu juga saya bersama Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh telah bertemu dengan Pesatuan Pengusaha Kereta Sewa Kota Bharu yang rata-ratanya ahli Pas, mereka juga meluahkan rasa kecewa," katanya.
Tambahnya, Pergerakan Pemuda UMNO perlu berpegang kepada tiga perkara utama sekiranya mereka mahu memastikan gerakan itu berjaya.

"Pertama, pemuda perlu berada di hadapan dalam isu berbangkit, dedahkan kepada umum. Kedua, perkhidmatan, sebagai contoh berikan peluang pekerjaan dan ini dilakukan baru-baru ini dan ketiga, program, seperti yang saya lihat banyak bahagian menganjurkan acara sukan untuk menarik golongan muda.
"Saya sendiri akan memantau supaya program ini berjaya dapat mewujudkan gelombang besar untuk membawa perubahan kepada rakyat di negeri ini," katanya.

Saturday, February 5, 2011

Siapa Derhaka?


Siapa Derhaka? Kau, Aku atau Dia ?


Ingin Tahu...?


Silalah hadir ke ceramah " Siapa Derhaka"


Bila: 06 Feb 2011 (Ahad)


Tempat: Tabika Kemas (Seksyen 16) Shah Alam


Anjuran: Biro Penerangan UMNO Bhgn Shah Alam
Penceramah? Nak tahu, datang sendiri lihat...


Panas.......

Langkawi Banjir Lagi.....



Suasana aman, damai dan selamat kesan dari kestabilan politik dan limpahan ekonomi yang makmur dan semua ini adalah hasil dari kesungguhan oleh Kerajaan Barisan Nasional  bagi memastikan semua rakyat dapat hidup harmoni dalam suasana majmuk masyarakat Malaysia.

Tidak kira apa sahaja cuti perayaan di Malaysia, semua akan memanafaatkan cuti tersebut untuk balik ke kampung dan bercuti ditempat-tempat percutian.

Ini sekaligus akan menjana ekonomi domestik dan meningkatkan pendapatan peniaga di luar bandar secara amnya.

Termasuk jugalah pembangkang yang turut merasa nikmat kemakmuran negara walaupun hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu untuk melaksanakan apa-apa demi kebaikan rakyat Malaysia. Sama-sama renungkan......



LANGKAWI 5 Feb. – Kehadiran begitu ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke sini sempena cuti Tahun Baharu Cina sejak Khamis lepas menyebabkan ramai pengunjung tidak mendapat tempat penginapan.
Kehadiran pelancong yang difahamkan melebihi 50,000 orang menyebabkan semua bilik hotel, resort, chalet dan inap desa habis ditempah.

Keadaan itu menyebabkan ada pengunjung terpaksa menjadikan kereta yang disewa sebagai penginapan untuk melepaskan mengantuk pada waktu malam dan ada yang tidur di tepi pantai, tempat lapang dan di masjid.
Beberapa pengusaha feri berkata Khamis lepas adalah yang paling sibuk kerana mereka terpaksa mengendalikan kira-kira 20,000 pengunjung.

Jurucakap Kumpulan Baron yang mempunyai rangkaian resort dan hotel di Langkawi, berkata semua bilik penginapan mereka habis ditempah untuk tempoh beberapa hari semasa cuti Tahun Baharu Cina.
Sementara itu, pengurus syarikat perkhidmatan feri penumpang, Wong Sie Kiong berkata perkhidmatan feri ulang-alik dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah ke Langkawi mencukupi bagi menampung kebanjiran pelancong ke pulau bebas cukai itu.

"Perjalanan tambahan turut diadakan membabitkan 40 perkhidmatan pergi balik mengikut permintaan,” katanya.
Katanya lebih 40 feri sedang mengadakan perkhidmatan mengikut laluan Kuala Perlis, Kuala Kedah dan Pulau Pinang ke Langkawi.

Tinjauan di pusat membeli-belah, kedai, gerai dan restoran turut mendapai lokasi terbabit dipenuhi pelancong.
Selain itu, kereta kabel, tempat tarikan seperti Under Water World, pantai Cenang turut menjadi tumpuan pelancong.
"Jualan makanan musim cuti Tahun Baharu Cina ini adalah yang terbanyak, berbanding sebelum ini,” kata seorang peniaga makanan di sini - Bernama