Monday, August 29, 2011

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri




Pemuda TG mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin. Semoga kita mendapat fadhilat di Bulan Mulia ini. Berhati-hati di jalan raya, pandu cermat dan tidak mengikut perasaan.

1 Syawal Jatuh Pada 31 Agustus 2011 - Indonesia



Metrotvnews.com, Jakarta: Hari Raya Idul Fitri 1 Syawal 1432 Hijriah jatuh pada Rabu 31 Agustus 2011. Hal itu ditetapkan pemerintah dalam sidang Isbat yang diadakan di Kantor Kementerian Agama, Senin (29/8).

"Saya menyimpulkan 1 Syawal jatuh pada hari Rabu 31 Agustus 2011," ujar Menteri Agama Suryadharma Ali saat mengetuk palu yang menandakan penetapan 1 Syawal 1432 Hijriah.Sidang Isbat dipimpin oleh Menteri Agama Suryadharma Ali dan diikuti oleh sejumlah ormas Islam seperti Muhammadiyah, Persis, NU dan Al Irsyad serta Badan Hisab Rukyat. Semua menyatakan Hari Raya Idul Fitri jatuh pada tanggal 31 Agustus 2011. Sebelumnya pemaparan hasil rukyah hilal dari sejumlah titik dilaporkan oleh Achmad Djauhari, Direktur Urusan Agama Islam Kemenag.(DNI)

Muhammadiyah Tetapkan 1 Syawal Jatuh 30 Agustus




Metrotvnews.com, Jakarta:Muhammadiyah telah menetapkan 1 Syawal 1432 Hijriah jatuh pada Selasa, 30 Agustus 2011. Keputusan itu berdasarkan pada metode hisab hakiki atau perhitungan yang dilakukan oleh majelis tarjih.

Keputusan itu disebutkan Ketua Umum PP Muhammadiyah Din Syamsuddin di Jakarta, Sabtu (27/8). Din menjelaskan ijtima akhir Ramadan 1432 Hijriah akan terjadi pada 29 Agustus 2011, antara pukul 10.04.03 sampai 10.05.16 WIB. Terbenamnya matahari hari itu terjadi pada pukul 17.30.53. Hilalnya sendiri akan terlihat pada ketinggian 1 derajat 55 menit 11 detik hingga 2 derajat.(MI/****)

Sunday, August 28, 2011

Media Indonesia Wawancara Anak Anwar di Malaysia...? Apa ke hal..?




Dikatakan bahawa media di Malaysia tidak terbuka dan memberikan ruang kepada Anak Kepada Si Anwar untuk diberikan ruang untuk menyampaikan hasrat beliau....Apa ke hal nya ko sampai nak report ke Media luar negara...Benggong mu....
Sila Klik di sini untuk selanjutnya http://www.metrotvnews.com/read/newsprograms/2011/08/27/9863/385/Nurul-Izzah-Anwar

Monday, August 22, 2011

BN sudah sedia hadapi PRU ke-13...?




KUALA KLAWANG 21 Ogos - Barisan Nasional (BN) sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada bila-bila sama sahaja, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Katanya, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin bahawa PRU ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa, perlu dilihat sebagai sesuatu yang serius dan bukan satu pesanan yang kosong.

Menurutnya, negara sedang melalui satu perubahan dari segi pentadbiran, sikap dan transformasi ekonomi di bawah kepimpinan Najib.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada golongan miskin di Masjid Simpang Durian dekat sini, semalam. - BERNAMA

Pemudatg kata: Siap Siaga untuk bertempur..........

Sunday, August 21, 2011

Anda ingin Menjadi Pemandu Teksi...?





Air mata ahli Pas



APA sudah jadi dengan Pas? Itulah persoalan yang terus menghantui ramai orang Islam di negara ini. Banyak isu kritikal yang melibatkan kepentingan Islam tidak mendapat pembelaan Pas.

Nama sahaja menggunakan istilah Islam dan mendakwa memperjuangkan Islam tetapi realitinya - tidak. Terdapat pertubuhan Islam di Indonesia turut terkejut dengan perubahan yang dibawa oleh pemimpin Pas yang cenderung ke arah pluralisme agama.

Dalam beberapa isu murtad, Pas yang suatu ketika seperti gajah naik minyak memperjuangkan kesucian Islam, kini menjadi seperti tikus ketakutan.
Pas. wordpress. Sentimen dan hujah itulah yang memerangkap ramai pemimpin kanan Pas sehingga kelihatan tergamak melacurkan agama demi politik.

Sudah menjadi rahsia terbuka, ketakutan Pas adalah kerana mahu menjaga hati DAP dan PKR serta percaturan undi bukan Islam. ‘‘Kita mengambil pendekatan hati-hati supaya tidak mahu melukakan hati pengundi. Ana dah terangkan dulu, Pas kalau hendak menang lebih baik (besar), mesti mendapat sokongan orang Cina/India dan semua bukan Islam.’’ Demikian komen seorang aktivis Pas menerusi blog Penyokong 

Saturday, August 20, 2011

Pembangunan ekonomi Melayu tercapai jika bersatu



SHAH ALAM 20 Ogos - Perpaduan merupakan prasyarat utama yang harus dipenuhi untuk memastikan matlamat pembangunan ekonomi Melayu dapat dicapai, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin ketika berucap menutup Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera berkata, perpecahan yang berlaku kalangan masyarakat Melayu akan membantutkan usaha untuk mencapai matlamat tersebut. - Utusan

Friday, August 19, 2011

Tuduhan UMNO dalang serbuan JAIS tak masuk akal



KUALA LUMPUR 19 Ogos — Tuduhan yang dibuat pihak tertentu bahawa serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) didalangi UMNO adalah tidak masuk akal dan melulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, isu itu adalah melibatkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang juga berhak mengarahkan Jais melakukan sebarang serbuan dan bukannya UMNO.

"Itu semua tuduhan, macam mana kita (UMNO) nak arahkan orang yang bukan di bawah UMNO. JAIS di bawah siapa? Bukan di bawah UMNO, yang melakukan perkara ini siapa, bukan orang UMNO.

"Takkan UMNO boleh arahkan orang bukan UMNO melakukan serbuan, ini tak masuk akal, kalau buat tuduhan tak masuk akal ini susahlah, ia adalah tuduhan melulu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Najib berkata, UMNO tetap berpegang kepada prinsip Perlembagaan Negara bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan di mana-mana bahagian di dalam negara.

"Dari segi pendirian UMNO, ia berdasarkan Perlembagaan, maknanya agama Islam agama Persekutuan dan tidak ada siapa yang boleh menodai kesucian agama Islam termasuk untuk memaksa ataupun untuk cuba mengajak melakukan conversion (penukaran agama) kepada mana-mana rakyat Malaysia beragama Islam.

"Dalam pada itu agama lain, bebas diamalkan di mana-mana kawasan di dalam negara,” katanya. — Bernama

Pemudatg kata: Biasalah pakatan haram, semua benda pun nak disalahkan UMNO... dia aje la yang betul sangat....Abuk pun tak boleh pakai...

Tuesday, August 16, 2011

Amalan Islam bakal tergadai




KUALA LUMPUR 15 Ogos - Satu demi satu amalan agama dan tradisi umat Melayu Islam di negara ini bakal tergadai sekiranya tiada pihak mahu mempertahankannya semata-mata kerana mengejar kepentingan politik pihak tertentu.
Dalam isu terbaru berkenaan larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara yang disokong oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu jelas membuktikan undi rakyat adalah lebih penting daripada mempertahankan akidah Islam.
Justeru katanya, adalah lebih baik pemimpin Pas menukar slogan perjuangan mereka kepada 'Berjuang Demi Undi' yang memberi maksud 'Aku mesti menang walaupun Islam kalah'.
''Nampaknya hujan sudah naik ke langit. Agaknya Menteri Besar Kelantan dan pemimpin Pas lain tidak lagi berhasrat menggunakan pembesar suara apabila memberi tazkirah atau program qiyamullail di masjid atau surau walaupun jumlah jemaah ramai," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat 7 April lalu memutuskan, membaca al-Quran dengan pembesar suara di masjid dan surau adalah dilarang mengikut hukum syarak. Selanjutnya sila klik di sini

Pemudatg kata: Rakyat harus bijak menilai dan membuat pertimbangan dalam mencari kebenaran dan tidak membuat keputusan berasaskan kepada fitnah pembangkang semata-mata.

Sunday, August 14, 2011

Felda cerita manis dalam lipatan sejarah Malaysia - PM




KOTA TINGGI 14 Ogos — Felda adalah cerita manis dalam lipatan sejarah negara kerana agensi pembangunan tanah itu telah mengadakan transformasi awal pada ketika perkataan transformasi bukanlah suatu perkataan popular ketika Felda ditubuhkan dahulu.

Menyifatkan kejayaan Felda pada hari ini sebagai sesuatu yang unik dan istimewa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 114,000 keluarga sudah pun mendapat manfaat daripada Felda dan kerajaan akan menjadikan Felda sebuah institusi yang semakin kuat.

Bercakap ketika melakukan lawatan ke Gugusan Felda Tunggal di sini hari ini, beliau berkata, pendapatan masyarakat Felda seperti di Felda Tunggal yang rata-ratanya mencecah RM4,000 sebulan sama nilainya dengan pendapatan penduduk di bandar kira-kira RM8,000 sebulan.

Najib berkata, kejayaan Felda yang menjadi tonggak kekuatan kerajaan menyebabkan sesetengah pihak tidak senang duduk, lantas menabur fitnah mengatakan Felda sudah bankrap.

Transformasi Felda, kata Najib, bukan setakat dalam kalangan peneroka sendiri, malah membabitkan anak-anak Felda yang ramai di antaranya kini berpendidikan tinggi sehingga ke peringkat Sarjana. — Bernama

Permudatg kata: Alhamdulillah.......semoga Felda akan terus cemerlang dan menaikkkan ekonomi negara disamping membantu golongan Bumiputera. 

Friday, August 12, 2011

Jangan sertai perhimpunan haram di Kuching esok - polis




KUCHING 12 Ogos — Polis hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai sebarang perhimpunan anjuran Gerakan Untuk Perubahan Sarawak (MoCS) esok kerana tiada sebarang permit dikeluarkan untuk tujuan itu.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong berkata, polis telahpun mendapat perintah mahkamah semalam (11 Ogos) untuk mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta perhimpunan tersebut jika mereka masih lagi enggan mematuhi arahan yang telah diberikan polis.
"Polis juga telah diberikan kuasa untuk menahan sembilan indidivu termasuk Ketua MoCS Franchis Siah sendiri jika mereka turut berada di kawasan sekitar halaman Muzium Sarawak petang esok,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata, untuk memastikan keadaan terkawal, pasukan keselamatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di beberapa lokasi strategik sekitar kawasan yang dirancang untuk perhimpunan itu.
Menurutnya polis juga sudahpun bersedia dengan beberapa strategi untuk mengawal sebarang perhimpunan haram berdasarkan kepada beberapa pengalaman sebelum ini. — Bernama

pemudatg kata: Apalah bengap pakatan haram jadah nie....tak ambil iktibar lansung dari kejadian di London yang telah berlaku...masih tidak memikirkan perpaduan dan keselamatan majoriti rakyat yang menolak sebarang demo dan kacau ganggu kepada masyarakat yang hidup rukun damai.

Thursday, August 11, 2011

Warga London buat laman web bantu kutip dana - Asyraf

Broken jaw, smashed teeth ... Ashraf Haziq speaks from his hospital bed in a video posted on YouTube.




KUALA LUMPUR 11 Ogos – Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang disamun sehingga mengakibatkan rahangnya terpaksa dibedah Isnin lepas.

Seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di London, Shahrul Muzammir Mohd Sahir berkata, satu laman web diwujudkan warga London.
Laman web yang beralamat http://somethingniceforashraf.tumblr.com/ itu direka oleh 

The Minimalist dan ia antara lain menggunakan tagline: 'Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq'.
Beliau berkata, turut dipapar di laman web itu ialah video dari YouTube yang merakam detik-detik cemas ketika Asyraf disamun oleh beberapa remaja berkulit putih dan hitam yang berpakaian ala remaja hip-hop.

Di laman web itu juga, The Minimalist mencadangkan agar satu kutipan dana dibuat bagi membantu Ashraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.

Antara cadangannya ialah: 'Pay His student fees' (bayar yuran pengajiannya), 'Pay for his family to come and visit him in hospital' (bayar perbelanjaan keluarganya untuk datang dan melawat beliau di hospital) dan 'Buy back the stuff that got nicked, PSP, bike, phone' (membelikan semula barangan yang dicuri, PSP, basikal, telefon bimbit). – Bernama

Pemudatg kata; Cadangan dari penulis ialah kesemua yang dicadangkan diatas ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan Britain.

Wednesday, August 10, 2011

Apakah Kaitan Baju Kuning Ratu dan Kota London?




Wah bukan main bloggers pembangkang memainkan isu Ratu Elizabeth berbaju kuning semasa Datuk Seri Najib Razak berkunjung ke Istana Buckingham, London. Isu yang dimainkan adalah Ratu Elizabeth berbaju kuning seolah-olah menyokong perhimpunan Bershit dan memperli Malaysia yang menghalang perhimpunan itu di Kuala Lumpur.

Ha....sekarang amik ko....Betul-betul punya demo yang sangat mengemparkan di sebuah negara yang kononnya mengamalkan demokrasi secara total. Hura-hara sampai semua premis perniagaan di jarah dan dibakar. Penduduk setempat takut untuk keluar dari rumah masing-masing. Pelajar-pelajar asing dipukul dan dirompak sewenangnya.... Patutnya, mereka yang pergi perhimpunan bershit hari itu, elok dihantar ke sana dan rasai sendiri pengalaman mimpi ngeri di Kota London....

Inilah gaya yang mahu diamalkan oleh puak Bershit ni. Mahu menghuru-hara kan negara.... Cukup-cukuplah...jangan mencoteng arang ke muka sendiri....Akhirnya makan diri sendiri.....

Fikir-fikirkanlah.....

Saturday, August 6, 2011

Tutup Mulut....OK..? Tapi kalau nak cakap boleh aje....




SHAH ALAM 5 Ogos - Semua Exco Kerajaan Negeri Selangor diarahkan 'menutup mulut' daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya pada malam Selasa lalu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu arahan itu diikuti sehingga kerajaan negeri menerima laporan penuh daripada JAIS dan kemudian mempersembahkannya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat nasihat baginda dalam menyelesaikan isu tersebut.
''Kerajaan negeri peka dengan laporan media berkenaan serbuan oleh JAIS pada majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada malam 3 Ogos 2011.
''Sebaik menerima laporan JAIS, saya akan menghadap Tuanku Sultan untuk mendapat nasihat dalam menyelesaikan isu ini serta memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar di sini, hari ini.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali dalam kenyataan akhbarnya menafikan pasukan penguat kuasa JAIS dan anggota polis melakukan serbuan ke atas gereja berkenaan, sebaliknya membuat pemeriksaan selain terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam ke atas penganut Islam.
Ia dilakukan setelah mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.
Kenyataan Hasan yang dilihat mempertahankan tugas penguatkuasaan JAIS didapati bercanggah dengan kenyataan Menteri Besar semalam yang kesal dengan insiden serbuan pasukan penguatkuasaan agensi agama itu dan mahu laporan penuh diberikan kepada beliau.

Pemudatg kata: Boleh ke yang lain tutup mulut? Berani pulak beri kata dua pada exco untuk tutup mulut? Atau saja-saja nak tunjuk power, lepas tu bila kena desak dgn Dapig...akhirnya tak da makna....? Kalau betul-betul nak tunjuk power, jgn kasi muka....siasat sampai ke akar umbi. Kalau salah kata salah, kalau tidak tunjukkan bukti....? Ada berani ke mat gagap? Buat Hassan pulak, apa beza nya serbuan dgn pemeriksaan, sama je kan...kalau dah masuk ke kawasan gereja tu, kira ko dah serbu dan periksa lah kan.....Apa la dol sangat ko nie...?

Tuesday, August 2, 2011

DAP mahu calonnya jadi MB, PM

KUALA LUMPUR 1 Ogos – DAP berhasrat untuk meletakkan lebih ramai wakilnya sebagai Menteri Besar apabila bersedia untuk bertanding di kerusi yang majoriti pengundinya ialah Melayu.
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, DAP sudah mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008 lalu apabila parti itu gagal mencalonkan wakil mereka sebagai Menteri Besar.

“Tujuan mereka bukan kerana mahu mengangkat pemimpin Melayu, tetapi ingin memastikan pengaruh dan memperluaskan kuasa sekali gus menjadi parti induk di dalam pembangkang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berasakan sudah tiba masanya bagi parti itu meluaskan pengaruh dengan menjangkau seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Kit Siang dalam wawancara eksklusif bersama portal pembangkang MalaysiaKini itu turut menambah, ia adalah sesuatu yang baik untuk pembangkang meskipun mengakui mungkin terpaksa membuat ‘keputusan yang sukar’.
Sementara itu Pengerusi Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin pula berpandangan, DAP sedang menyusun langkah yang lebih besar iaitu untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang memerlukan parti itu melebarkan jaringan di kawasan Melayu.

Secara halusnya kata beliau, DAP sedang mengadaptasikan cara Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura menguasai kerusi Melayu di negara itu sejak 1965.
“Malah, hubungan keluarga dan politik abang-adik PAP dan DAP juga merupakan jambatan yang sangat utuh yang diyakini oleh DAP untuk menguasai politik negara ini,” katanya.

Pemudatg kata: Hem....bercita-cita besar Dapig untuk menakluk kuasa politik di Malaysia. Malahan mereka sangat berkeyakinan untuk mendapatkan Putrajaya... Kita tunggu dan lihat apakah lagi stategi mereka dalam mendapatkan calon dan undi dari orang Melayu..... Mungkin ada sebilangan orang Melayu yang akan melakukanya demi kepentingan peribadi. Suasana pemikiran dan politik rakyat semakin terbuka tanpa memikirkan kepentingan Agama, Bangsa dan Negara. Mungkin pakcik diatas yang mengangkat bendera Dap itu sewajarnya layak menjadi calon Dapig. Sama-sama kita nantikan....

Monday, August 1, 2011

Anwar berang hasrat Pas?




KUALA LUMPUR 31 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai telah memberi mandat sepenuhnya kepada Azmin Ali, bagi menggagalkan usaha pemimpin tertentu dalam Pas untuk membawa Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam pakatan pembangkang, bagi mengambil alih kedudukannya selaku Ketua Pembangkang.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan itu diambil kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dikatakan berang dengan tindakan 'tikam belakang' yang dilakukan oleh barisan pucuk pimpinan Pas, ketika beliau begitu mengharapkan sokongan daripada rakan dalam pembangkang.

Menurut Anuar, maklumat terbaru itu disampaikan sendiri oleh orang dalam PKR kepadanya dan ia selari dengan pendedahan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim semalam, bahawa Anwar kini berang serta tersinggung dengan tindakan Pas.
"Saya dapat maklumat bahawa Anwar sudah mengarahkan Azmin supaya menyerang seorang pemimpin kanan Pas yang berasal dari Kelantan, kerana dialah yang menjadi perancang utama di sebalik usaha untuk menabalkan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang jika Anwar dihukum penjara atas kesalahan meliwat.

"Anwar dikatakan kecewa kerana usaha sulit ini tidak ubah seperti perbuatan 'tikam belakang'. Apatah lagi dia sendiri tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai usaha ini sehinggalah pertemuan antara dua pemimpin kanan Pas dengan Tengku Razaleigh terbongkar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Semalam, Zamil mendakwa dia menerima maklumat daripada pemimpin PKR Selangor yang memberitahu Anwar terkejut, kecil hati serta marah dengan tindakan beberapa pemimpin Pas sehingga Ketua Pembangkang itu mengarahkan orang kepercayaannya untuk menjejaki individu bertanggungjawab.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, Pas berhasrat untuk membawa masuk Tengku Razaleigh ke dalam pakatan kerana mahu mengimbangi semula kekuatan serta pengaruh DAP dan PKR, yang dilihat jauh lebih berkuasa dalam menentukan hala tuju pembangkang berbanding parti itu.

"Pas sedar mereka berada paling bawah dalam hierarki pakatan pembangkang dan ia diburukkan lagi dengan tindakan Anwar yang lebih memberi muka kepada DAP. Jadi, jika Anwar terpaksa meringkuk dalam penjara inilah peluang terbaik bagi Pas untuk kembali menerajui pembangkang melalui Tengku Razaleigh," katanya.

pemudatg kata: Mana tak berang kawan tu, senang-senang je orang lain nak potong line. Aikkkk, mengamuk la dia. 

Kena plak tu, Ku Li, lagi la hangin satu badan....macam-macam usaha dah si nuat lakukan, tiba-tiba kena cantas masa kat korner.... Biasa la bro, inikan politik....macam tak paham...