Sunday, November 27, 2011

Taktik Anwar selamatkan diri



KUALA LUMPUR 26 Nov. - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh sistem kehakiman negara tidak bebas dalam siri ceramahnya di Indonesia baru-baru ini, disifatkan sebagai 'serangan awal' bagi menangkis apa jua keputusan mahkamah yang melibatkan perbicaraan kes liwatnya.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, tujuan Anwar itu adalah supaya masyarakat di dalam dan luar negara melihat beliau kononnya berada di pihak yang benar.

Malah, katanya, taktik menyelamatkan diri itu turut digunakan oleh parti pembangkang untuk menghadapi pilihan raya.

"Anwar memang bermasalah di mahkamah, jadi dia serang awal-awal. Kalau keputusan tidak memihak kepadanya nanti, maka dia pun beritahu apa yang dikatakannya itu adalah benar.

"Dalam pilihan raya pula, pembangkang tuduh proses pilihan raya berat sebelah, jadi apabila kalah, mereka akan kata bukan tidak mendapat sokongan rakyat tetapi pilihan raya yang tidak telus," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas ucapan Anwar yang memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara tidak bebas kerana dikongkong pihak kerajaan.
Anwar turut mendakwa, hakim-hakim yang menjalankan tugas tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.

Menurut Zahrain, Anwar boleh dilabelkan sebagai penderhaka negara kerana tidak beretika dalam permainan berpolitik dengan membawa cerita-cerita pembohongan. SELANJUTNYA KLIK DISINIhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Tuesday, November 15, 2011

Takut Ditangkap Polisi Malaysia, Nelayan Tak Melaut




Metrotvnews.com, Deli Serdang:Ratusan nelayan di Deli Serdang, Sumatra Utara, Selasa (15/11) enggan melaut. Sebab, mereka takut melintasi tapal batas yang dibuat Malaysia.

Nelayan di Pantai Labu, Deli Serdang, saat ini trauma. Mereka enggan menangkap ikan di sekitar lokasi mereka biasa menangkap ikan. Pasalnya, lokasi tersebut diklaim sebagai wilayah Malaysia. Bahkan, Polisi Diraja Malaysia, sering berpatroli menangkap nelayan yang mencari ikan. Saat ini, nelayan hanya mencari ikan kecil untuk menyambung hidup.

Menurut data dari Himpunan Nelayan Seluruh Indonesia, selama empat tahun terakhir, lebih dari 50 nelayan ditangkap Polisi Diraja Malaysia. Namun, hal tersebut tak ditanggapi serius oleh pemerintah.

Sebelumnya, ketidaktegasan sikap pemerintah dalam menetapkan tapal batas, membuat nelayan menjadi korban. Mereka takut nasibnya sama seperti Nelayan yang tewas di Tahanan Tapah, Kota Prak, Malaysia.(****)