Saturday, July 2, 2011

8 termasuk Ezam dibebaskan


GEORGETOWN 2 Julai – Polis Pulau Pinang hari ini telah membebaskan lapan individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Mohamad Ezam Mohd Nor yang menyertai satu demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, kesemua mereka yang berusia berumur antara 27 dan 46 tahun itu dibebaskan secara berperingkat sejak malam tadi hingga hari ini.

“Polis telah membebaskan kesemua mereka selepas mengambil keterangan,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi “Jom Cegah Jenayah” di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini.
Katanya, mereka ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 27 Akta Polis 1967 kerana menyertai perhimpunan tanpa permit.

Selain Mohamad Ezam, antara yang ditahan ialah Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman dan Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin.

Kesemua mereka ditahan kerana menyertai kira-kira 1,500 orang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman dengan berarak dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komtar, di sini.

Perarakan sejauh kira-kira enam kilometer yang bermula 2.45 petang itu bagi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng. - Bernama

pemudaTG kata: Alhamdulillah, akhirnya kesemua para pejuang telah dibebaskan. Semoga ianya menjadi wadah perjuangan semua NGO-NGO Melayu agar bersatu menentang DAPig laknat... INSYAALLAH !

Hebat lah Penang....Next mana lagi...?







Ha...kan dah kena....Ingat depa kita ni takut sgt ke dgn depa....ingat kita dok diam-diam, kita tak blh kumpul orang......nak kumpul 7 juta orang pun boleh....kalau setakat nak lawan Bersih tu kuis pakai jari kaki je.....tapi apkah itu kesudahannya....? Setiap bulan berdemo, setiap hjg minggu berdemo....sampai bila nak selesainya demo?



Byk lagi kerja2 yang belum selesai, memajukan negera, ekonomi, pendidikan dan sebagainya....Itu lebih baik dari berdemo setiap masa untuk melepaskan ketidakpuasan hati. Dimana-mana negara dalam dunia ini, siapa yang rajin, adalah lah hasil yang boleh dicapai. Tapi kalau malas, dok kat umah harap rezeki datang bergolek, lebih baik terjun sungai.

Selama ini kita tidak menyuarakan ketidakpuasan hati secara berdemo2 nie. Tapi jgn sesekali mencabar, padah akibatnya... Oleh demikian, batalkan sahaja Bersih tu. Semua aman sejahtera....

Hidup Patriot.......Awas, Jangan cabar kami.....!!!




Monday, June 27, 2011

Buat Hal lagi si Pengacara TV nie....Siapa...ye...?

Buat hal lagi...si sorang pengacara TV nie..... Kalau ada cite-cite nak jadi ahli politik...letak je jawatan pengacara TV tu dulu....kan senang.....


Berani ke letak jawatan...?


Ceh.....tu dia...berkawat ke apa? Atau practice nak gi BERSHIT...
Cerite lanjut kat sini...Klik Di Sini

Dan juga di sini....Klik Di Sini

Thursday, June 23, 2011

Lin Dan Lagi Buat Hal...Di Jakarta




JAKARTA 23 Jun — Bintang China, Lin Dan, secara mengejut tersingkir dari Kejohanan Badminton Super Siri Terbuka Indonesia selepas dijinakkan oleh pemain Jepun pada saingan pusingan kedua di sini hari ini.

Penonton yang hadir di Stadium Istora Senayan di sini kecewa apabila melihat Lin Dan tidak menampilkan aksi sebenar sebagai jaguh dunia apabila tunduk 12-21, 18-21 di tangan Sho Sasaki.

Selepas perlawanan itu, juara Olimpik 2008 berusia 27 tahun itu memberitahu media bahawa beliau berasa amat letih berikutan masalah gastrik masih menghantuinya.

Pada Ahad lalu, Lin Dan menjadi mangsa ejekan dan sorakan penonton selepas menarik diri daripada perlawanan akhir menentang rakan senegara, Chen Jin, pada Siri Super Terbuka Singapura atas masalah kesihatan yang sama.

"Tiada alasan... saya tidak sengaja mahu kalah. Saya perlu berjumpa dengan doktor selepas pulang dan melihat apa masalah sebenar dalam perut saya,” katanya. - Bernama

ADUN DAP buat hal, Pas salahkan UMNO




KUALA LUMPUR 22 Jun - Dewan Pemuda Pas kesal dengan sikap 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak daripada DAP yang tidak memakai pakaian rasmi pada majlis perasmian Sidang DUN negeri itu, kelmarin.

Bagaimanapun apa yang anehnya, walaupun menganggap tindakan tidak memakai songkok dan baju rasmi tersebut tidak mencerminkan 'kekitaan' di kalangan parti pembangkang, Naib Ketua Pemuda Pas, Raja Ahmad Al-Hiss menyalahkan UMNO.

Beliau mendakwa, UMNO gagal mendidik rakyat Malaysia supaya memahami budaya adat resam dan agama di negara ini.
"Orang Islam tidak faham apa itu Islam yang sebenar sehingga banyak perkara berkaitan Islam telah disalah tafsir oleh orang bukan Islam,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagi menutup sikap biadab ADUN-ADUN DAP yang merupakan sekutu kepada Pas yang kini memperjuangkan negara berkebajikan, Raja Ahmad berhujah, ''UMNO sendiri menghalang hukum Islam daripada dilaksanakan dan UMNO sendiri tidak 'mesra' terhadap hukum hakam agama sehingga orang bukan Islam takut dan gagal untuk memahami terjemahan Islam itu.

''Begitu juga isu songkok yang dianggap elemen keagamaan bagi orang Islam adalah satu contoh kegagalannya,'' katanya.
Namun begitu, Raja Ahmad menegaskan, walaupun perkara itu berlaku di Sarawak, Pemuda Pas kesal kerana keadaan tersebut sedikit sebanyak akan memberi tanggapan yang salah terhadap sokongan rakyat terutama orang Melayu kepada pakatan pembangkang selama ini.

''Kami dengan ini mendesak agar Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat memberikan pemahaman terhadap ADUN-ADUN tersebut agar tindakan ini tidak berulang,'' katanya.

Beliau juga menggesa supaya semua lapisan masyarakat menghormati peraturan dan tatacara yang telah disepakati bersama seperti Peraturan Tetap DUN seluruh negara yang ia sudah disepakati bersama sejak dahulu lagi.


pemudatg kata: Biasa lah...pas pis pusing memang suka spin....dia buat semua nya tak menjadi.....lepas tu semua nak tiru BN, negara kebajikan lah...dah abis modal ke? Tok Adi pun pakai serban je...tak pakai pun songkok...

Tok Adi dah tak boleh nak pikir ke lagi selain dari meniru? Cakap berapi-api...ceramah sana sini... tapi habuk pun tak boleh pakai...
Mat Sabun pulak seronok bukan main.....dah jadi macam geng sivaji poooodah...dapat infak....kasi sapu bersih....taruk jie..amak big....kasi bikin Bershit 2.0 puk...

Tuesday, June 21, 2011

Pelajar dilatih gerakan menghasut & menumbang kerajaan ?? Tampin ??



SEREMBAN 20 Jun - Pelajar yang terlibat dalam gerakan didakwa menghasut untuk membenci dan menumbangkan kerajaan dengan alasan jihad di sebuah sekolah agama di Tampin telah diminta untuk berbaiah menyimpan rahsia, selain diajar cara mengadakan demonstrasi haram.

Salah seorang pelajar terlibat dikenali sebagai Ahmad, 18, memberitahu, mereka perlu membuat ikrar taat setia kepada kumpulan itu supaya ia tidak dihidu oleh orang lain dan jika mengingkarinya mereka akan ditimpa kecelakaan atau musibah.

Dalam pengakuannya kepada Utusan Malaysia, dia mendakwa program selama tiga hari dua malam itu dihadiri seramai 100 pelajar di sebuah ladang terpencil di Kuala Pilah dekat sini pada bulan lalu.

"Upacara baiah itu dilakukan sebagai tanda sumpah setia kami terhadap kumpulan itu dan kami juga dilarang sama sekali untuk membocorkan rahsia kepada umum atau kami akan menerima musibah jika diingkari.

"Majlis ikrar taat setia itu dijalankan di hadapan beberapa ustaz dan fasilitator yang datang dari beberapa buah universiti tempatan," dakwanya.
Mengulas lanjut, Ahmad menjelaskan, sebaik sahaja selesai upacara baiah itu, semua pelajar diajar untuk terbabit dalam demonstrasi bagi tujuan persediaan dan merasai pengalaman mengadakan perhimpunan haram.

Beliau berkata, dalam aktiviti itu, sebahagian daripada pelajar akan berlakon sebagai polis manakala satu kumpulan lagi bertindak sebagai penunjuk perasaan.

"Ketika mengadakan tunjuk perasaan itu, kami diminta bertakbir beberapa kali sekuat hati sambil berlakon melawan kumpulan yang menjadi anggota polis. Kami juga dibaling dengan kasut dan botol minuman plastik bagi merasai pengalaman berdemonstrasi.

"Sebaik sahaja aktiviti selama sejam itu berakhir, beberapa fasilitator kemudian memberi ceramah dan menceritakan pengalaman mereka menyertai perhimpunan haram," katanya.

Menurutnya, dia mula berasa curiga selepas menghadiri program itu kerana melihat apa yang dilakukan sudah jauh menyimpang dan menyalahi undang-undang negara.
Sementara itu, sumber dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) hari ini mengesahkan pernah wujud gerakan militan di sebuah maahad di Kuala Pilah.

"Kita tahu kehadiran beberapa pemimpin ekstremis di maahad berkenaan dan kita pantau perkembangan itu sehingga kini.

"Kita juga menyiasat dakwaan sekolah agama di Tampin yang dipercayai menanamkan kebencian kepada kerajaan dan mengajar demonstrasi kononnya atas jemputan program motivasi," kata sumber itu.

pemudatg kata: Perlu siasatan yang lebih mendalam mengenai fasilitator dan penganjur yang membawa pelajar-pelajar untuk melakukan demostrasi dan rusuhan. 

Ternyata ini sangat bahaya dengan pemimpin ekstremis yang mengajar untuk membuat huru hara negara.
Selidik sekiranya terdapat latihan yang membabitkan pengunaan senjata dan lain-lain.  

Monday, June 20, 2011

Maklumat kaum Melayu diserang kumpulan Malabar di Klang palsu

SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah hari ini mengesahkan bahawa maklumat berkaitan kaum Melayu diserang oleh kumpulan Malabar di Klang seperti yang tersebar melalui khidmat pesanan Blackberry semalam adalah palsu. 

Beliau turut menafikan bahawa maklumat itu dikeluarkan oleh pihak polis.
"Sehingga kini polis Selangor tidak menerima sebarang laporan polis dari mana-mana pihak berkenaan kaum Melayu diserang di daerah Klang," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Media Polis Kontinjen Selangor di sini.


Sehubungan itu, Tun Hisan memberi amaran supaya pihak yang bertanggungjawab dalam penyebaran berita palsu itu supaya berhenti berbuat demikian dengan serta merta. 

"Kenyataan seperti itu boleh mendatangkan khianat awam dan ianya satu kesalahan jenayah sebagaimana peruntukan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA 
Sumber - Berita Harian