Thursday, June 23, 2011

ADUN DAP buat hal, Pas salahkan UMNO




KUALA LUMPUR 22 Jun - Dewan Pemuda Pas kesal dengan sikap 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak daripada DAP yang tidak memakai pakaian rasmi pada majlis perasmian Sidang DUN negeri itu, kelmarin.

Bagaimanapun apa yang anehnya, walaupun menganggap tindakan tidak memakai songkok dan baju rasmi tersebut tidak mencerminkan 'kekitaan' di kalangan parti pembangkang, Naib Ketua Pemuda Pas, Raja Ahmad Al-Hiss menyalahkan UMNO.

Beliau mendakwa, UMNO gagal mendidik rakyat Malaysia supaya memahami budaya adat resam dan agama di negara ini.
"Orang Islam tidak faham apa itu Islam yang sebenar sehingga banyak perkara berkaitan Islam telah disalah tafsir oleh orang bukan Islam,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagi menutup sikap biadab ADUN-ADUN DAP yang merupakan sekutu kepada Pas yang kini memperjuangkan negara berkebajikan, Raja Ahmad berhujah, ''UMNO sendiri menghalang hukum Islam daripada dilaksanakan dan UMNO sendiri tidak 'mesra' terhadap hukum hakam agama sehingga orang bukan Islam takut dan gagal untuk memahami terjemahan Islam itu.

''Begitu juga isu songkok yang dianggap elemen keagamaan bagi orang Islam adalah satu contoh kegagalannya,'' katanya.
Namun begitu, Raja Ahmad menegaskan, walaupun perkara itu berlaku di Sarawak, Pemuda Pas kesal kerana keadaan tersebut sedikit sebanyak akan memberi tanggapan yang salah terhadap sokongan rakyat terutama orang Melayu kepada pakatan pembangkang selama ini.

''Kami dengan ini mendesak agar Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat memberikan pemahaman terhadap ADUN-ADUN tersebut agar tindakan ini tidak berulang,'' katanya.

Beliau juga menggesa supaya semua lapisan masyarakat menghormati peraturan dan tatacara yang telah disepakati bersama seperti Peraturan Tetap DUN seluruh negara yang ia sudah disepakati bersama sejak dahulu lagi.


pemudatg kata: Biasa lah...pas pis pusing memang suka spin....dia buat semua nya tak menjadi.....lepas tu semua nak tiru BN, negara kebajikan lah...dah abis modal ke? Tok Adi pun pakai serban je...tak pakai pun songkok...

Tok Adi dah tak boleh nak pikir ke lagi selain dari meniru? Cakap berapi-api...ceramah sana sini... tapi habuk pun tak boleh pakai...
Mat Sabun pulak seronok bukan main.....dah jadi macam geng sivaji poooodah...dapat infak....kasi sapu bersih....taruk jie..amak big....kasi bikin Bershit 2.0 puk...

No comments:

Post a Comment