Thursday, June 9, 2011

Hadi tetap jadi PM jika ahli parti mahu...Biar Betul...?



KUALA LUMPUR 8 Jun - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap perlu memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sekiranya seluruh ahli dalam pakatan pembangkang menaruh kepercayaan kepada beliau.
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan berkata, Abdul Hadi kena akur dengan permintaan akar umbi jika pembangkang berjaya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 kerana kepercayaan itu adalah satu amanah yang perlu digalas.

"Tidak semestinya apabila beliau kata tak mahu jadi Perdana Menteri, maksudnya mesti menolak terus. Kalau ahli parti mahukan beliau, rakan-rakan dalam pakatan pembangkang juga mahukan beliau, akhirnya beliau kena akur juga.
"Masa itu mungkin beliau tak dapat lagi menolak sekiranya tanggungjawab diletakkan kepadanya. Beliau perlu pikul amanah itu kerana ahli akar umbi percaya pada kebolehannya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mari kita pakat ramai-ramai berkebajikan, tu dia....senyum sokmo tok garu
Nasruddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengakuan terbuka Abdul Hadi di Kelantan semalam, bahawa dia tidak berminat menjadi Perdana Menteri kerana perjuangan Pas adalah untuk menyelamatkan negara.
Kenyataan mengejut Ahli Parlimen Marang itu yang dibuat hanya beberapa hari selepas golongan 'Anwarinas' menguasai pucuk pimpinan Pas menimbulkan pelbagai tanda-tanya, kerana ia boleh menjatuhkan moral ahli parti.

Menurut Nasruddin, satu pertemuan khas akan diadakan dengan Presiden Pas itu hujung minggu ini bagi membincangkan secara khusus maksud sebenar Abdul Hadi, agar ia tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli Pas.

Dalam perkembangan berkaitan, Nasruddin berkata, kenyataan Abdul Hadi itu mencerminkan sikap sebenar beliau sebagai seorang pemimpin yang merendah diri dan tawaduk, kerana tidak meletakkan keinginan terhadap jawatan mahu pun pangkat.

"Inilah bezanya seorang pemimpin yang tawaduk. Bagi kami, tidak kira siapa sahaja yang jadi Perdana Menteri. Apa yang penting dasar yang kita perjuangkan dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat," katanya.

pemudatg kata: Kebajikan Dapig kot yang hamPAS nak jaga......

Takkan bung Nuar tak nak jadi PM kot....ini cita-cita dia sejak dari dulu lagi...ingat senang-senang ke nak bagi pada pada orang lain......

Jangan diharap la Hadi oooooiiiii. Bung Nuar berjuang sampai berkeringat-keringat balon china doll.....kerja keras siang malam nak jadi PM. Alih-alih Hadi pulak nak masuk line.....pelawok-pelawok....

Korang semua ni memang la cita-cita nak jadi PM. Melingkop.....

1 comment:

  1. SEBENARNYA MMG HADI DAH JANGKA DIA AKAN JADI PM. TAKDE CALON LAIN YG LAYAK. KLU HADI LANTIK KIT SIYAL MMG PERANG BESAR LA JWBNYEE KEHKEHKEH

    ReplyDelete