Saturday, June 4, 2011

Tidak timbul isu kumpulan profesional dan ulama - Mohamad Sabu



KUALA LUMPUR 4 Jun — Timbalan Presiden Pas yang baru, Mohamad Sabu berkata, tidak timbul isu wujudnya kumpulan profesional dan ulama dalam Pas memandangkan sudah terdapat peranan yang jelas antara sayap eksekutif dan ulama dalam parti itu.

"Ulama masih menguasai sepenuhnya terutama dalam Majlis Syura dan Dewan Ulama. Kami dalam parti Islam tidak seperti UMNO iaitu mereka meletakkan golongan ulama dalam bentuk biro tetapi kita dalam bentuk satu Majlis Syura yang mengawal dasar parti dan disiplin parti,” katanya mengulas mengenai keputusan pemilihan parti itu hari ini pada Muktamar Tahun Pas ke-57 di sini hari ini. - Bernama

pemudatg kata: Dasar la mat syabu ni. Lagi lah pelik bila Nasha kalah teruk tu. 50% lari undi tu......Takkan sampai tahap kena belasah gila?

Something is wrong somewhere....? 

No comments:

Post a Comment