Tuesday, February 14, 2012

Adam Adli Geli Gagal Lagi.....


Ceramah sampah yang hendak diadakan telah dibatalkan oleh penganjur. Penganjur bimbang kerana telah mendapat sambutan terhangat dari golongan "Hardcore" di Dewan Kg Idaman.

Adem Geli telah menyorok didalam kereta BMW biru dan tidak berani menunjukkan muka jambunya di dalam Dewan Kg Idaman. Cuma kawan-kawan Adem yang berada ditempat tersebut kerana ingin memberikan laporan muktahir sebelum dapat memberikan isyarat "line clear". Akibat dari sambutan hangat yang telah diberikan oleh "Hardcore" Kg Idaman, Adem Geli tidak muncul-muncul dan membuatkan "Hardcore" Kg Idaman tidak dapat menahan perasaan marah.
Suasana tegang itu telah membuatkan penganjur membatalkan ceramah sampah tersebut.

Ramai lagi sebenarnya kat luar tunggu..si Jambu.Adem.. 
Adam Geli hanya membuat kemunculan beliau di Balai Polis Pandamaran untuk memberikan kenyataan. Sejurus keluar Adem Geli terus kecut perut melihat "Hardcore" menunggu beliau dihadapan pintu Balai. Apalagi, berlarilah si Jambu itu masuk kedalam BMW Biru yang diletakkan dihadapan Balai dan terus dipecut laju. Tapi puas gak lah kena ludah dgn "Hardcore". 
Maaf kualiti foto kurang baik. Tapi Adam Geli tak berani punya masuk Klang...
Ha ha ha ...Adem Geli kecut teluq..
Ha ha ha...tau kau takut ye Adem Geli...!  Kalau nak rasa lagi, jemputlah datang ke Klang.

Saturday, February 11, 2012

Ceramah Sampah Adam Adli Di Kg Idaman, Klang



Penulis mengalu-alukan kedatangan Adem Adli Geli ke Kg Idaman, Klang, Selangor untuk memberikan ceramah sampah beliau pada malam ini (11/02/2012).


Ternyata beliau memang patut datang ke Kg Idaman untuk membersihkan segala sampah sarap yang telah di carca marba oleh pihak berwajib negeri Selangor.


Aturcara Majlis seperti dibawah;
8.30 Malam - Penyokong2 dari luar kawasan datang berbus-bus kerana tiada penduduk tempatan yang hadir
8.45 Malam - Adem Adli Geli memberikan ceramah mengenai sampah sarap di Selangor
9.00 malam - Angkat kaki kerana tak tahan kena baling dengan sampah yang dihadiah oleh penduduk tempatan


Lu langsi ha.....kita lihat sapa yang kena........(mcm cite P Ramlee).

Friday, January 6, 2012

Sedia dedah rahsia 'bateri 3A'




KUALA LUMPUR 5 Jan. - Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 berjanji akan mendedahkan rahsia dahsyat kepimpinan atasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau trio 'bateri 3A' sekiranya mereka tidak bertaubat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ummi memberi amaran itu kerana beliau tidak sanggup melihat trio berkenaan iaitu Anwar, isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan abangnya sendiri, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terus mengelirukan rakyat dengan dakyah demi kepentingan politik mereka.

"Hari ini mereka panggil polis anjing tetapi semasa Anwar berkuasa pada 1997, dia guna 50 orang polis untuk menangkap saya, jadi orang muda terutama mahasiswa perlu tahu siapa yang buat salah laku dan salah guna kuasa.

"Wan Azizah mempunyai pengaruh untuk menasihatkan suami kembali ke pangkal jalan, jangan sampai saya serta 'geng' iaitu (Datuk) Nallakaruppan, (Datuk) Zulkifli Noordin dan Rahimi Osman dedahkan perkara sampai nanti mereka (3A) tidak boleh angkat kepala. Kami merayu mereka kembali ke pangkal jalan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas di sini hari ini bagi meminta ketiga-tiga pemimpin tertinggi parti pembangkang itu menghentikan perjuangan politik mereka yang didakwanya mempunyai kepentingan peribadi dan bertujuan menukar sistem negara ini kepada sebuah republik.

Monday, December 26, 2011

DAP lebih utamakan soal kuasa




KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kemelut kepimpinan yang melanda DAP Pulau Pinang merupakan bukti jelas bahawa parti itu lebih mengutamakan soal kuasa berbanding kebajikan rakyat.
Penasihat MCA Pulau Pinang, Datuk Koay Kar Huah berkata, rakyat negeri itu perlu mengambil iktibar daripada perkembangan tersebut bagi mengelak mereka terus ditipu pada masa depan.
''Barisan Nasional (BN) mungkin tidak sempurna malah tidak ada parti politik di dunia yang sempurna. Tetapi, BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan langkah-langkah pembetulan menerusi program transformasi.
''Tetapi bagi parti-parti pembangkang apa yang dapat dilihat mereka lebih mengutamakan serangan peribadi dan meninggalkan kebajikan rakyat yang telah meletakkan mereka di tampuk kuasa hari ini,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas kemelut DAP di negeri itu yang menyaksikan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh meminta Timbalan Setiausaha Agung parti itu Prof. P. Ramasamy mengundurkan diri daripada menjadi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, Ramasamy sepatutnya meletakkan jawatan secara rela hati disebabkan gagal mematuhi arahan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai parti itu dan menyerang para pemimpinnya.
Kar Huah berkata, DAP perlu mengenepikan ego dengan meletakkan kepentingan rakyat di depan contohnya dalam soal pembinaan flat kos rendah yang masih gagal dilaksanakan sejak 2008.
Sementara itu, Setiausaha MCA Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan berkata, siasatan perlu dilakukan bagi membuktikan dakwaan Ramasamy berlaku kronisme dalam parti itu.
"Oleh kerana ia melibatkan Karpal yang meminta Ramasamy mengundurkan diri daripada menjadi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, maka DAP seharusnya membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memastikan siasatan pihak ketiga dilakukan secara bebas.
"Dakwaan itu juga melibatkan duit pembayar cukai. Maka DAP tidak boleh mengatakan mereka akan menyelesaikan secara dalaman dan menggunakan taktik biasa, menutup mulut dengan harapan ia dapat berlalu begitu sahaja," jelasnya.
Chiek Tuan berkata, DAP juga sepatutnya mempraktikkan amalan yang selalu digembar-gemburkan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang melalui slogan Kompeten, Akauntabiliti serta Telus (CAT).

Sumber: Utusan Malaysia

Thursday, December 22, 2011

DAP berjaya ubah imej Pas, perjuangan dikorban



KUALA LUMPUR 21 Dis. - Kebergantungan Pas kepada DAP demi memulihkan imej ekstrem dan pelampau parti itu dari kaca mata bukan Melayu ternyata berjaya, tetapi ia dilaksanakan dengan harga yang cukup mahal iaitu dengan mengorbankan dasar perjuangan parti sendiri.
Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad berkata, pengakuan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad bahawa parti itu banyak bergantung kepada DAP bukan sahaja mengesahkan Pas kini 'pak turut' tetapi terhutang budi kepada DAP.
Katanya sebab itu kepimpinan Pas hari ini sanggup menukar perjuangan menubuhkan negara Islam kepada negara kebajikan, berdiam diri dalam soal murtad serta tidak berani menyokong Himpunan Sejuta Umat (Himpun) walaupun perhimpunan itu dilakukan demi menyelamat akidah orang Islam.
Sehubungan itu, beliau berkata, Pas bukan sahaja tidak layak mendakwa parti itu bakal menggantikan UMNO bagi memayungi kepentingan orang Melayu, malah tidak lagi relevan untuk menggelar parti tersebut sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan agama Islam.
"Pengakuan Khalid itu hanya mengesahkan segala kebimbangan orang Melayu selama ini kerana apabila Pas berkerjasama dengan DAP, parti ini bukan sahaja terhutang budi tetapi sanggup menggadai segala dasar demi menjaga hati DAP, makna kata yang mengatur Pas adalah DAP.
"Sebaliknya DAP walaupun Pas sendiri banyak membantu dan bersungguh mahu memulihkan imej cauvinis tetapi mereka tidak menggadaikan dasar parti. DAP tetap dengan dasar cauvinis dan sentiasa lantang memperjuang kepentingan orang Cina serta lantang menolak negara Islam.
"Pas pula hanya ghairah mengejar undi bukan Melayu tetapi mereka lupa orang Melayu kini kecewa dan mula menolak parti Pas. Malah pemimpin kanan mereka sendiri mengkritik perkara ini secara terbuka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas pengakuan Khalid semalam bahawa Pas banyak bergantung kepada DAP dalam usaha membantu memulihkan imej parti itu daripada label ekstremis serta pelampau khususnya di kalangan bukan Melayu bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya.
Dalam pada itu, Mohd. Nakhaie berkata, apa yang dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dam Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa adalah tepat kerana Pas kini jauh tersasar.
Menurut keberanian Hasan menyatakan pandangan berbeza secara tegas membuktikan beliau seorang pemimpin yang ikhlas dan benar-benar berjuang demi Islam serta bukan kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon sebagaimana didakwa Pas Selangor.
"Alasan kecewa tidak disenarai alasan lapuk dan ia langsung tidak terpakai ke atas Hasan. Beliau bangkit berjuang bukan kerana pangkat dan darjat tetapi kerana beliau seorang pemimpin yang objektif serta berprinsip, beliau tidak rela Pas dan Islam ditunggang oleh DAP," katanya.

sumber : Utusan Malaysia

Wednesday, December 14, 2011

Panas Berapi ! ASB diragui di Selangor?


Terdapat dakwaan oleh satu pihak, bahawa ASB diragui di Selangor... Benarkah seperti yg didakwa? 
Terdapat juga dakwaan beberapa siri taklimat oleh pihak tertentu dilakukan di pejabat-pejabat negeri....Benarkah?

Kenapa perkara ini baru ditimbulkan oleh pihak tersebut? Walhal sudah bertahun lamanya skim ASB telah ada. Alasannya, terdapat beberapa pelaburan yang diragui statusnya...? Pelik...mana perginya mereka yang duduk sebagai pihak yang mengawal selia pelaburan yang dibuat berdasarkan Syariah?

Tapi aku pun nak tanya gak, apakah status hasil-hasil cukai rumah perjudian, rumah urut, cukai pelabuhan yang membawa masuk barangan import yang diragui statusnya, cukai tanah bagi premis2 yang diragui statusnya dan berbagai-bagai yang dikutip oleh Kerajaan Negeri? 

Hasil kepada Kerajaan Negeri dan dibayar pula gaji kepada penjawat awam Negeri? Adakah dari punca yang sama?

Aku pun nak tahu gak. Semoga pihak yang terlibat dapat memberikan penjelasannya.

Thursday, December 8, 2011

Tiada hudud dalam manifesto



KUALA TERENGGANU 7 Dis. - Pas tidak akan memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan demikian dengan berkata, manifesto tidak perlu disebut secara terperinci.

"Bila sebut konsep yang adil, mencegah kemungkaran, ia isu yang sudah berkait dengan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata, Islam akan menterjemah secara jelas mengenai pelaksanaannya jika pakatan pembangkang memerintah kerana ia agama yang menyeluruh.
Namun, katanya, ia harus mengikut turutan dengan mukadimahnya sambil memberi contoh untuk memulakan solat perlu mengambil wuduk terlebih dahulu.

"Kita pilih negeri-negeri yang kita (Pas) ada kuasa sepenuhnya dan kita menerima pendapat supaya orang bukan Islam tidak dipaksa.
"Biar mereka melihat terlebih dahulu, sekiranya mereka melihat, mereka boleh terima," ujar beliau.

Ditanya kemungkinan Pas tidak mampu mencorak hala tuju yang diperjuangkan parti itu, beliau berkata, semua parti telah menerima Islam dan Melayu sebagai teras kepimpinan negara.

Terdahulu semasa sesi perbahasan, penyokong kerajaan Alias Abdullah (BN-Alor Limbat) menempelak Pas kerana pendekatan parti itu lebih memberi peluang kepada DAP untuk menggantikan tempatnya.

sumber: Utusan Malaysia

pemudatg kata: Apa pun tak boleh.....hamPas...