Friday, April 29, 2011

Lelaki "Y" tidak muncul-muncul...?

Dua iman la pulak.....

Apa dah jadi? Masjid dijadikan sebagai tempat berdemonstrasi oleh puak-puak pakatan haram. Apa la ngok tahap bebal si ketot sorang tu?

Dalam masjid pun boleh kecoh2 macam ni ke?
Kenapa perlu menghalang dan membuat  kacau ganggu di dalam Masjid apabila ada individu lain yang dengan niat suci hati demi menegakkan kebenaran untuk membuat sumpah laknat?

Sekiranyalah apa pun risiko yang ditanggung oleh Dato "T", perhatikan sahaja sama ada berani atau tidak Dato "T" ini benar membuat sumpah laknat terhadap diri mereka dan jangan ganggu, demi kebenaran.

Kalau berani, sahut la cabaran untuk berbuat perkara yang sama sekiranya untuk membuktikan kebenaran di pihak mereka.

Tapi sebaliknya yang berlaku, dan membuat kacau ganggu terhadap orang lain. Mana bayang si Anu-gerah pakatan? Mengapa tidak berani menampilkan diri dan membantah Dato "T"?


Tak berani muncul la pulak. Takut totey anu-gerah jadi buruan paparazi ke?

Thursday, April 28, 2011

Berita gembira jika ketua pembangkang lakukan sumpah laknat


Cabaran ini dilontar kepada anu -gerah tuhan si jijah untuk membuat sumpah laknat, ternyata berita gembira ini tidak mengembirakan kepada Anu-wa kerana mengikut tafsiran beliau, tuntutan dari mana yang meminta Anu-wa untuk berbuat demikian. 

Tapi kenapa perlu takut sekiranya benar? Bikin saja lah. Tapi....si jijah pun buat tak kisah je.... Jijah tak kisah ke kalau anu-gerah ini terus-menerus menganaz? Atau Jijah memang suka aksi ganaz?


PUTRAJAYA 27 April – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengalu-alukan jika benar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin bersumpah mubahalah iaitu sumpah laknat dalam masa terdekat.
Menurut beliau, kesediaan Anwar melakukan sumpah laknat tersebut akan membolehkan rakyat negara ini mengetahui kedudukan sebenar isu yang menyelimuti Penasihat PKR itu.

“Saya tidak tahu mengenai perkara itu, tetapi kalau benar, Alhamdulillah dan amat dialu-alukan supaya umat Islam dapat penjelasan mengenai kedudukan sebenar.
“Jika benar dia akan melakukan sumpah laknat dalam masa terdekat, ia satu berita gembira kepada masyarakat ketika ini mahu mengetahui cerita sebenar di sebalik isu video seks yang kian hangat diperkatakan,” katanya.

Menurut Jamil Khir, bersumpah merupakan salah satu cara dalam Islam bagi membuktikan diri tidak bersalah dalam sesuatu perkara
“Anwar hanya perlu lafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi di hadapan masyarakat umum seperti yang dilakukan individu lain bagi membersihkan namanya, jika betul dia tidak terlibat dalam video seks tersebut, maka sumpah laknat bukan satu masalah baginya,” katanya.

Jamil Khir mengulas khabar angin yang mengatakan Anwar dan trio ‘Datuk T’ akan melakukan sumpah laknat dalam masa terdekat bagi membuktikan siapa yang benar dalam isu video seks yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang itu

Apo nak di Kato.....Bukan Anu-gerah ke?

Dengan keluar nya clip part ke 2 ni, makin kuat la puak-puak tu mempertahankan Anu-Gerah tuhan ni. Apa kejadahnya.....buta hati gamaknya puak2 tuh....

Kesian-kesian, sampai macam mana lagi la nak kasi percaya kat diorang semua ni. Sampai minta 4 saksi la....bodoh piang la depa semua ni. 
Tau pulak nak guna hukum Islam, tapi cuba cite pasal nak buat sumpah laknat....tak pulak nak ikut. Tang ni lari la pulak....

Apa la nak jadi? Foto Kredit pada theflyingkick a.k.a cucu tok wan.


Tuesday, April 26, 2011

DAP peralat sokongan Cina - Ezam



KUALA LUMPUR 25 April - Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat bijak membakar sentimen perkauman Cina demi mendapat sokongan kaum itu dan seterusnya mengekalkan kekuasaan dinasti keluarganya dan parti berkenaan di Pulau Pinang.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, tindakan Kit Siang itu tidak ubah seperti langkah Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang berjaya mengekalkan kekuasaan dinasti Lee di republik tersebut.

Di samping itu, katanya, Kit Siang juga akan terus mempergunakan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memecahkan undi Melayu yang pastinya akan memberi dividen politik kepada DAP.
"Kit Siang sanggup memperbodohkan kaum Cina jika ia memberi jaminan supaya keluarganya dapat mengekalkan kuasa politik di Pulau Pinang.

"Dia akan membuat apa saja janji yang perlu bagi mengekalkan Pulau Pinang jadi hak milik dinasti keluarga. Kit Siang akan terus membakar sentimen kaum Cina untuk mendapat undi kaum itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Ezam yang juga bekas Ketua Pemuda PKR menambah, Kit Siang kini membakar sentimen kaum Cina dengan membawa slogan 1Cina bagi mencabar konsep 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyatupadukan seluruh masyarakat dalam negara.

"Soalan utama adalah apakah tujuan Lim Kit Siang membawa konsep Satu Cina ini?," katanya
sumber - Utusan Malaysia

Saturday, April 16, 2011

Terkini Dari Sarawak......


Keputusan tidak rasmi bagi Pilihanraya Umum Negeri Sarawak.....

BN - 30
Dap - 3
Pas - 0
PKR - 0
Bebas - 0 

Thursday, April 7, 2011

Selamat Berjuang....BN Sarawak




SIBU 7 April  -  Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan manifestonya bertemakan “Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN” bagi menghadapi pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini.
Manifesto itu mengandungi sembilan perkara iaitu:
1. Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak
2. Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum
3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua
4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua
5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita
6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara
7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik
8. Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan
9. Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia
Pelancaran itu diumumkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan MUC, Kampung Bandung, di sini, sebentar tadi.

Wednesday, April 6, 2011

Mirip je....tapi bukan Abg Nuar.....

Sekadar Hiasan
Kata Jijah, mirip je, tapi bukan abg nuar. Abg nuar badan sasa, tegap selalu exercise atas katil. Jadi perut dia ada six pack abds. Mana boroi mcm dalam video clip tu.

Mustahil-mustahil, jijah ingat lagi, perut abg nuar memang tak sama dalam video clip tu.

Tentang jam omega plak, ada jijah simpan...., tapi jijah tak ingat kat mana simpan jam tu. 

Tapi nanti kalau dah jumpa, jijah tunjukkan kat reporter. Tapi jijah kena cari dulu lah yang sama macam abg nuar punya...tapi jijah ingat nak cari kat petaling street je lah. 

Boleh dapat murah dan boleh beli byk2. Kalau hilang, jijah dah ada byk stok boleh la cover line abg nuar.

Tak gitu........


KUALA LUMPUR 5 April - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini menafikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu dalam rakaman video yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Bagaimanapun pada sidang akhbar khas di kediamannya di Segambut, di sini, Wan Azizah yang ditemani anaknya, Nurul Izzah dan beberapa pemimpin pembangkang dilihat agak emosi apabila menjawab soalan daripada wartawan terutamanya berkaitan jam Omega yang didakwa ada dalam simpanannya.

Menurut Wan Azizah, setelah menonton klip video itu menerusi Internet, beliau dan anggota keluarga percaya lelaki dalam video tersebut yang mirip suaminya, bukan Anwar.
"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berbeza daripada susuk badan Anwar.

"Sejak lebih setahun lalu, anak-anak sering menemani bapa mereka (Anwar) melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi. Ia sebahagian aktiviti pemulihan kesihatan tulang belakangnya.
"Anwar ketika ditahan dalam lokap sering bersenam, jadi badannya tegap. Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami," katanya.
Media hari ini melaporkan rakaman video itu yang dimuat naik ke laman sosial YouTube dipercayai sebahagian daripada rakaman selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di Hotel Seri Carcosa, baru-baru ini.
Wan Azizah berkata, walaupun polis mengesahkan video seks itu tulen, ia tidak membuktikan bahawa suaminya merupakan pelaku dalam video tersebut.
Ditanya berhubung jam tangan Omega milik Anwar yang dikatakan berada dalam simpanannya, Wan Azizah enggan menunjukkan barang bukti itu sebaliknya mempersoalkan tindakan wartawan yang dianggap cuba bertindak seperti polis.

"Kenapa saya mesti tunjuk kepada anda (wartawan), awak semua bukan pendakwa," katanya.
Jam tangan Omega dipercayai milik Anwar diserah trio Datuk T kepada polis bagi membantu siasatan rakaman video seks tersebut.

Dalam pada itu, Wan Azizah ketika ditanya mengenai kesediaan pihaknya untuk melakukan sumpah secara Islam atau dibukti secara saintifik menggunakan mesin poligraf menegaskan, kedua-dua kaedah itu tidak relevan kerana ia taktik UMNO.

Beliau turut menolak cadangan beberapa pihak supaya diwujudkan suruhanjaya diraja bagi siasatan terperinci skandal video seks tersebut atas alasan rakaman video itu sudah tersebar. - Utusan Malaysia

Tuesday, April 5, 2011

Terus dan terus penafian.....Bukan Si dia....


PC yang telah diadakan oleh Jijah dan Nurul akhirnya memakan diri sendiri apabila kantoi dengan serangan-serangan soalan dari para wartawan.

Apabila diajukan mengenai Jam Omega, dengan teragak-agak memberikan jawapan dan tidak semena-mena air muka jijah dan nurul, berubah.

Nurul pun hanya tunduk dan tidak berani mengangkat muka memandang kepada wartawan seperti mana kebiasaan yang dilakukan oleh beliau.

Gerak bahasa tubuh (body language) dari kedua-dua mereka ini jelas menunjukkan ada sesuatu yang cuba ditutup dan dilindungi (protective).

Ditambah pula jijah mendakwa siapa kamu, untuk mendakwa beliau. Ini juga salah satu aspek cuba untuk melarikan diri dari menjawab soalan yang diajukan.

Tapi tidak mengapa, mereka boleh terus menafikan, menafikan, menafikan dan menafikan selagi mana yang mereka mahukan. 

Teruskan menafikan......dan semakin kuatlah rakyat ingin mengetahuai perkara yang sebenarnya. Malahan sehingga ke suatu tahap nanti, mereka akan mengatakan itu bukan ayam, tapi monyet......walaupun realitinya itu adalah ayam.

Apabila keadaan ini berlaku, masih adakah rakyat akan mempercayainya?

Monday, April 4, 2011

Apa Video Anu War dah keluar di pasaran?........Terbaek dari ladang..


Ha ha ha ....Terbeliak bijik mata si nicky ajis bila tengok kan video Anu war terlaris di pasaran... Rangking naik secara mendadak sebilangan bloggers...Terima Kasih atas video terkini Anu war.

Kantoi.........kantoi...kantoi...toteynya dalam towel....

Sunday, April 3, 2011

Pelakon Terbaik di Malaysia - Siapa lagi, Anu War lah...


Apabila Datuk S. Nallakurappan memberikan komen beliau bahawa Anu War adalah sebagai pelakon terbaik, sewajarnya layak lah anugerah itu diberikan kepada beliau.

Tiada insan selain dari mahluk Anu Gerah tuhan ini diberikan tersebut.

Lakonan beliau sewaktu berkerusi roda, memakai pendakap leher dan yang terbaru dalam kategori video panas beliau, jelas sekali Anu Gerah ini mendapat title berkenaan.

Sememangnya layak dengan 2 kali pancutan dalam tempoh 20 minit.....Cukup hebat insan Anu Gerah tuhan ini.

Lihat lah dunia, Lihat lah dunia........ Anu Gerah ini telah berada di dalam genggaman ku.....berbisik di hati Anu War...

Waka waka waka....

BUAT pertama kalinya Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), DATUK S. NALLAKARUPPAN bersetuju ditemu bual. Itu pun selepas muak dan mual menonton lagak Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjuk perutnya pada sidang akhbar menafikan beliau individu dalam video seks yang didedahkan baru-baru ini.

Terlalu banyak yang diketahui Nallakaruppan tentang penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Bagi beliau, adegan-adegan yang disaksi dengan matanya sendiri bukan cerita bohong dan juga bukan konspirasi. Beliau hairan mengapa masih ramai yang tegar mempercayai Anwar tidak bersalah sedangkan keengganan Ketua Pembangkang itu menyerahkan sampel DNA-nya sudah cukup untuk membuktikan sebaliknya.
Sepanjang tiga jam ditemu bual, beliau sering dilihat berfikir dan merenung pengalamannya semasa menjadi rakan baik Anwar. Ditanya mengapa terlalu lama mengambil masa untuk meninggalkan Anwar, katanya, selepas bebas daripada dipenjara setahun, beliau menyangka ‘sahabatnya’ sudah berubah. Namun Anwar tidak berubah. Ikuti wawancara Nallakaruppan bersama wartawan Mingguan Malaysia, NORAINI ABD. RAZAK dan HAFIZAHRIL HAMID.

Friday, April 1, 2011

DUN Selangor tidak akan bubar tahun ini


Benarkah DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini walaupun Kerajaan Persekutuan akan membubarkan Parlimen?

Boleh ke perkara seperti ini boleh dilakukan? Apakah ini satu lagi strategi untuk melemahkan Kerajaan Persekutuan?

Bilakah pula DUN Selangor akan dibubarkan? Adakah selepas Mac 2012?
Adakah Tan Sri Abdul Khalid ini terus mengekalkan kuasa beliau sebagai Menteri Besar yang besar kepalanya?

Adakah mereka akan mengamalkan terus sistem autokrasi mereka di Selangor dan mengharamkan demokrasi?

Ingat, Rakyat Selangor akan bangun memberontak sekiranya sifat bacul ini dilakukan di Selangor. Rakyat Selangor akan menumbangkan Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid seperti mana yang berlaku di Mesir.

Ingat Kuasa di tangan Rakyat dan bukannya di tangan pakatan rakyat.




SHAH ALAM 1 April - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini walaupun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen.

Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 memandangkan mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013.

"Selain itu, desas-desus bertiup bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya,” katanya pada persidangan media selepas sidang DUN Selangor yang berakhir hari ini dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan. - Bernama