Sunday, May 15, 2011

Kuan Yew, Chok Tong bersara

LKW & CT bersara...memang patut pun ngok...dok umah je la...Apalagi ko nak?



SINGAPURA 14 Mei – Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dan Menteri Kanan, Goh Chok Tong hari ini mengumumkan peletakan jawatan mereka dari Kabinet bagi memberi peluang kepada pemimpin generasi muda menentukan masa depan politik republik ini.

Pengumuman mengejut itu dibuat seminggu selepas pihak pembangkang meraih kejayaan paling besar dalam pilihan raya umum negara sejak Parti Tindakan Rakyat (PAP) memerintah lebih 50 tahun lalu.
“Kami telah mengkaji situasi politik masa kini dan memikirkan bagaimana ia akan memberi kesan kepada masa depan.

“Selepas keputusan pilihan raya lalu yang menyaksikan satu titik perubahan, kami memutuskan untuk melepaskan semua jawatan dalam Kabinet dan memberi peluang kepada menteri-menteri lebih muda untuk mendekati golongan muda dalam menentukan hala tuju negara,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dijangka membentuk kerajaan baru dalam masa terdekat selepas memenangi pilihan raya pada 7 Mei lalu.
Walaupun PAP memenangi 81 daripada 87 kerusi yang dipertandingkan, pihak pembangkang buat pertama kalinya berjaya menggoyahkan kekuatan parti pemerintah dengan mengurangkan majoriti undian.

Kuan Yew, 87, adalah Perdana Menteri Singapura dari tahun 1959 hingga 1990, sebelum digantikan oleh Chok Tong sehingga 2004.
Kedua-dua mereka memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya 7 Mei lalu dengan PAP memenangi 60 peratus undi, merosot berbanding 67 peratus semasa pilihan raya 2006 dan 75 peratus pada pilihan raya 2004.

Parti Pekerja pula memenangi enam kerusi, jumlah paling banyak diperoleh parti pembangkang sejak negara ini merdeka

Edisi Video Warna Bung Nuar Bantai China Doll....Aaaaaauuuwww.


Terkini latest video edition berwarna Bung Nuar sedang membantai china doll....Fuhhhhhhh...Technicoluring u... Kelas la ko Bung Nuar. Kali ini siap edisi warna......Auuuuuuuuuuwwww. Cayo..lah Bung. Jelas banget deh....Bung. Kok masih ngak mau ceritain dong..... Ayuh....Bung...!

Auuuuwww...Pink color....Bung Nuar like it...

Yg pastinya video ini tidak menggunakan pensel warna atau watercolor. Ambik ko Bung Nuar....

Wednesday, May 11, 2011

Jasa dan khidmat UMNO bukti kekal relevan



KUALA LUMPUR 10 Mei - Menganjak ke usia 65 tahun, UMNO diharap akan terus gagah memacu negara serta membela perjuangan bangsa seperti yang pernah dibuktikan sewaktu menuntut kemerdekaan suatu ketika dahulu.

Bagi para veteran UMNO, segala jasa dan khidmat dicurah parti keramat itu menjadi bukti betapa ia mampu diharapkan dalam membawa rakyat negara ini khususnya kaum Melayu untuk terus memajukan diri dan negara.

Salah seorang daripadanya, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh berkata, berasaskan faktor-faktor itu, beliau mahu melihat UMNO terus kekal di atas landasan perjuangan yang dibina sejak penubuhannya pada 1946.

"Pada usia 65 tahun, UMNO masih kekal relevan kepada orang Melayu kerana kita memerlukan satu platform yang memperjuangkan suara kita secara kolektif," kata bekas Menteri Besar Perlis itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tuesday, May 10, 2011

Pandi kutty: Anwar kian panik



KUALA LUMPUR 9 Mei – Sikap sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini berselindung di sebalik topeng agama semakin terserlah apabila sanggup menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran yang tidak sepatutnya.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Anwar panik kerana rakyat sudah bijak menilai peribadinya dan semakin menolak kepimpinan beliau yang jelas tidak mempunyai prinsip dan hala tuju.

“Justeru, Anwar melancarkan pelbagai serangan yang boleh merendahkan keperibadian Perdana Menteri khususnya kepada penyokong tegarnya walaupun ia bertentangan dengan agama serta tatasusila peradaban manusia.

“Ia adalah usaha terancang dan berterusan Anwar demi melampiaskan nafsu politiknya, meskipun nyata beliau kini semakin kehilangan sokongan termasuk daripada pembangkang sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor pula mencadangkan kerajaan agar mengambil tindakan tegas ke atas Anwar kerana ketua pembangkang itu sengaja mewujudkan suasana tegang.

“Anwar kini semakin terdesak, beliau bukan sahaja akan cakap kotor malah akan main kotor. Kerajaan perlu segera tangkap Anwar dan rampas pasportnya kerana saya dapat maklumat daripada sumber terdekat beliau merancang untuk cabut lari selepas menimbulkan huru-hara,” katanya.

pemudatg kata: Adakah ini sikap bacul seorang ketua pembangkang? Suka menghuru hara negara & rakyat? Apakah keuntungan yang rakyat dapat dari kata nista ini?

Sunday, May 8, 2011

Pembangkang guna pendekatan baru pada PRU13



MUAR 8 Mei — Pakatan pembangkang akan menggunakan pendekatan baru untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dengan menumpukan sasaran mereka terhadap UMNO pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri itu berkata, pendekatan ini dilakukan setelah matlamat mendapatkan sokongan 80 peratus pengundi bukan Melayu dalam bandar dalam pilihan raya umum 2008 telah tercapai.

Pakatan tersebut kini menggunakan slogan undilah calon Melayu asalkan bukan dari UMNO berbeza dengan pilihan raya umum lalu yang mengajak pengundi beralih kepada pembangkang asalkan bukan BN sehingga calon MCA dan Gerakan mengalami kekalahan teruk di Johor.

"Pendekatan terbaru yang dimulakan sejak dua tahun lalu semakin rancak selepas pilihan raya Dewan Undangan Negeri Serawak yang menyaksikan pembangkang menguasai kerusi kawasan bandar dan pekan pada 16 April lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Ledang di Serom, Sungai Mati, di sini hari ini. — Bernama

pemudatg kata: Inilah sikap pakatan haram yang menggunakan pendekatan rasis dan memecah belahkan rakyat demi kepetingan politik mereka. 

Rampas kedudukan Islam wujud



KUALA LUMPUR 7 Mei - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendakwa memang wujud gerakan oleh pertubuhan agama lain untuk merampas kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Katanya, beliau menyedari kewujudan gerakan itu setahun yang lalu dan ia bergerak secara senyap dalam usaha cuba menghakis kedudukan agama Islam sedikit demi sedikit.

Katanya, perjuangan pergerakan itu berlandaskan kepada 14 tuntutan seperti yang dikemukakan oleh pihak pembangkang kepada Suruhanjaya Antara Agama (IFC).

"Saya difahamkan antara perkara yang mereka perjuangkan ketika ini adalah untuk mengkategorikan golongan di bawah 18 tahun sebagai 'tidak beragama' dan mereka hanya boleh memilih agama apabila mencapai usia tersebut.

"Alasan yang digunakan adalah bagi menyelesaikan masalah penetapan agama anak yang sering menjadi perdebatan di negara ini apabila salah seorang daripada ibu atau bapanya bukan beragama Islam.

"Selain itu, saya juga difahamkan bahawa pergerakan ini sedang berusaha untuk membolehkan persatuan agama lain 
ditubuhkan di peringkat sekolah rendah dan menengah," katanya ketika ditemui pada perhimpunan pemimpin pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, tuntutan-tuntutan tersebut akan disuarakan menerusi ahli Parlimen yang mewakili pertubuhan agama tersebut.
"Jadi, saya harap kerajaan mengambil berat perkara ini. Kita tidak menafikan hak kaum lain untuk mengamalkan fahaman serta agama mereka, tetapi jangan sekali-kali cuba mencabar Islam," katanya.

"Saya juga menyeru semua umat Islam di negara ini supaya bersatu. Kita semakin lemah dan berpecah-belah sejak akhir-akhir ini, sebab itu golongan yang dengki dengan kita, dengki dengan Islam semakin berani mengambil kesempatan," jelasnya.

pemudatg kata: Ini bukan suatu kebetulan, tetapi pastinya ianya merupakan suatu organisasi yang wujud secara senyap dan bergerak secara aggresif. Dari mana sumber kewangan ini masuk? Siapakah dalang di sebalik organisasi ini? Apakah "blue print" untuk mejayakan sesuatu agenda itu? Siasat sebelum terlambat.....

Saturday, May 7, 2011

Wahai MELAYU Bersatulah Kita


Bangkitlah wahai MELAYU. Bersatulah kita.....
Diharap lagu ini akan menjadi pemangkin semangat kita untuk Bersatu khususnya Generasi Muda

Copy posting dari The Unspinners
Utusan kini dijadikan kambing hitam dan dianggap musuh oleh puak pelampau Cina.

Bangsa Cina sering kali menulis artikel didalam ruangan Editorial di akhbar Cina untuk mendesak Kerajaan memenuhi kehendak mereka dan ada diantara artikelnya memberikan kata dua kepada kerajaan sekiranya permintaan ini tidak dipenuhi.

Adakah orang Melayu sedar akan perkara ini? Adakah Melayu pernah berbuat apa tindakan didalam perkara ini?

Jesteru itu, kenapa perlu DAP dan MCA bergabung untuk memboikot Utusan? Ini merupakan peperangan terbuka yang dilancarkan terhadap akhbar Melayu dan orang Melayu seharusnya sedar dan bangkit dari lamunan!

Kita mahu ingatkan kepada semua yang suka mengusik kepentingan Melayu agar lebih berhati-hati. Api yang dinyalakan akan membara sekiranya kita tidak mengawalnya, dan jangan melihat hanya Melayu yang diluar ini, pikirkan juga Melayu yang ada di kem-kem askar!

Baca seterusnya di Suara Pemuda

Apa salahnya utusan gesa melayu untuk bersatu? Adakah dengan bersatunya Melayu, kepentingan bangsa lain akan terjejas. Tidak ada. Habis itu kenapa takut sangat?