Thursday, March 10, 2011

ROS, tak jadi ke bergabung puak Pakatan?



Pulak dah ROS ? Macam mana jadinya nie...Diharap satu keputusan yang muktamad dapat dikeluarkan agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan kepada mana-mana pihak.

Sekiranya sesuatu undang-undang atau peraturan itu telah digazetkan, sewajarnya ianya dipatuhi oleh semua pihak. Tidak perlu tunduk kepada tekanan daripada pihak Pakatan Haprak.



PUTRAJAYA 9 Mac - Pakatan pembangkang tidak boleh membentuk satu gabungan rasmi kerana tidak memenuhi syarat tujuh anggota yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Pakatan itu yang dikenali sebagai 'pakatan rakyat' ketika ini dianggotai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, beliau tidak tahu-menahu jika ada tanggapan atau kenyataan sebelum ini menyebut pakatan pembangkang boleh membentuk satu gabungan parti walaupun hanya ada tiga anggota.

Beliau juga menolak dakwaan Pendaftar ROS sebelum ini, Datuk Md. Alias Kalil bahawa pakatan itu boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.
"Undang-undang cakap syarat nak wujudkan sebuah pertubuhan ialah perlu ada tujuh anggota.

"Jika ada andaian seperti itu (cukup dengan tiga anggota), dikhuatiri nanti akan timbul kekeliruan dan banyak orang tafsirkan macam-macam ke arah kita (ROS), dalam hal ini biar mahkamah putuskan.
"Bagaimanapun sama ada ROS sudah menerima permohonan rasmi daripada pakatan pembangkang untuk menubuhkan gabungan rasmi, itu saya tidak pasti, kena semak dulu. Tapi syarat yang ditetapkan oleh undang-undang ialah kena ada tujuh anggota, barulah boleh tubuh pertubuhan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau ditanya tentang gesaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 4 Mac lalu supaya parti-parti dalam pakatan pembangkang mengusahakan dengan serius rancangan mereka untuk membentuk gabungan rasmi seperti Barisan Nasional (BN).

Ini bagi mengelakkan masalah kepada SPR dan polis pada setiap kali pilihan raya kecil kerana Pas, PKR dan DAP tidak dibenarkan untuk menaikkan bendera dan sepanduk bagi tujuan kempen. Ini adalah juga disebabkan tidak berdaftar sebagai satu gabungan di peringkat nasional.

Md. Alias dalam kenyataan ROS sebelum ini menjelaskan, pakatan pembangkang boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.
Syarat itu hanya terpakai untuk pertubuhan tidak berstatus kebangsaan yang ingin menjadi pertubuhan kebangsaan sedangkan parti politik sudah berstatus nasional.

Kali terakhir pembangkang membuat kenyataan berhubung gabungan secara rasmi itu ialah pada tahun lepas oleh sekretariat yang ditubuhkan khusus untuk merangka dan meneliti soal penggabungan.

Ketika itu salah seorang anggota sekretariat memaklumkan bahawa pakatan itu sedang meneliti dan dalam tahap akhir merangka draf mengenai penggabungannya sebagai sebuah parti di peringkat nasional.

sumber: Utusan Malaysia

Wednesday, March 9, 2011

Takut nak jawab ke MB Kedah ?


Takkan dah takut bila wartawan tanya soalan tentang pelaksanaan manifesto? Sebagai seorang MB, sewajarnya menceritakan segala kejayaan dan kegagalan selama 3 tahun pentadbiran dan mengkaji apa punca sebenarnya. Bukan hanya mengelak dari menjawab soalan.

Kerana rakyat sekarang semua telah lebih celik dalam membuat keputusan hasil dari sesuatu percakapan atau ulasan. Jadi tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri dan tidak perlu emosi.

Tapi kalau agak-agak dah tak tahan sangat dengan soalan-soalan panas wartawan, hem...lebih baik letak jawatan dan dok kat umah je..... Hati pun tenang dan hidup pun lebih aman. Habis cerita.

ALOR SETAR 7 Mac - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini cuba mengelak untuk menjawab soalan mengenai sejauh mana pelaksanaan manifesto pilihan raya Pas Kedah selepas tiga tahun menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Sebaliknya beliau mendakwa media massa hanya mahu menyiarkan berita negatif berbanding positif berkaitan kerajaan Pas Kedah.

"Manifesto orang perintah lain dah, dia orang buat banyak dah. Tanya manifesto apa lagi," soalnya selepas melawat kumpulan kedua pelajar Kedah seramai 216 orang yang akan berlepas ke Mesir di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Beliau ditanya pemberita mengenai pelaksanaan manifesto pilihan raya umum Pas Kedah 2008 memandangkan esok adalah genap tiga tahun parti itu memerintah Kedah.

Ditanya berapa peratus daripada keseluruhan manifesto berkenaan yang belum dilaksana, beliau berkata:
"Tanya yang laksana dulu, tanya yang tak laksana pasal apa? Ini yang saya tak berapa seronok itu. Nak tanya hak (yang) negatif, lepas itu hak (yang) negatif baru siar. Hak (yang) positif tak mahu siar, mana boleh macam itu."

 Terdahulu, Azizan berkata, beliau gembira dan bangga kerana dapat mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri selama tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008 meskipun sebelum ini ada yang beranggapan hanya mampu bertahan tiga bulan.

Tuesday, March 8, 2011

Calon Tepat Faktor Kemenangan


KUALA LUMPUR 7 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, prinsip pemilihan calon yang boleh menang adalah antara ramuan kejayaan Barisan Nasional (BN) menewaskan pihak pembangkang di dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang diadakan sejak kebekangan ini.

Justeru Perdana Menteri berkata, prinsip itu akan dijadikan kriteria utama bagi BN kerana pemilihan calon yang tepat merupakan salah satu faktor terpenting dalam menentukan kemenangan pada setiap pilihan raya.

Selain itu beliau berkata, kemantapan jentera pilihan raya sama ada di peringkat parti komponen mahu pun sayap parti juga merupakan penyumbang kepada kejayaan BN dan yang terbaru di Merlimau dan Kerdau.

‘‘Selain daripada jentera kita apa yang selalu saya tekankan ialah calon yang boleh menang. Kita memegang kuat kriteria ini.
‘‘Oleh itu sebelum pemilihan calon dimuktamadkan saya akan berunding dengan (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Besar yang terlibat dan prinsip ini menjadi keutamaan kepada kita,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Yang Kedua Belas 2011 di Bangunan Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada faktor calon menjadi faktor utama kemenangan BN dalam beberapa siri pilihan raya kecil sejak kebelakangan ini.

Untuk rekod kejayaan BN di Merlimau dan Kerdau semalam adalah kemenangan lima kali berturut-turut selepas Parlimen Batu Sapi (November 2010), Galas (November 2010) dan Tenang (Januari 2011).

Sebelum ini Najib semasa diadakan konvensyen BN di Wisma MCA Disember lalu memberi jaminan bahawa pemilihan calon-calon BN terutama pada Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah berdasarkan pilihan serta kehendak rakyat.

Monday, March 7, 2011

Apa lagi...alasan Pas...?


Mula mencari alasan sebagai cover up dari 2 kekalahan berganda oleh Pas. Seharusnya Pas harus bermuhasabah diri dan membersihkan parti mereka dari juak-juak yang sering menyesatkan umat Islam di Malaysia.

Sedarlah wahai Pas Pis Pus...anda tidak diterima lagi oleh masyarakat.....!

Bukan semata-mata kegagalan menembusi kawasan Felda, PAS juga patut melihat lebih serius terhadap kemerosotan undi golongan muda ekoran kegagalannya merampas kerusi Kerdau daripada BN semalam.

Berbeza dengan penumpuan awal, keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan bahawa kekuatan PAS hampir tidak berubah – tidak banyak bertambah atau berkurang – di tiga kawasan Felda dan sebuah rancangan Felcra, yang dikatakan kubu BN.

Bagaimanapun, jika berbanding dengan lawannya, pertambahan sokongan BN lebih besar. Persoalannya, dari manakah datangnya sokongan ini? Jawapannya boleh dilihat pada jumlah pertambahan pengundi dan peratusan yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka semalam.

Calon PAS Hassanuddin Salim tumpas di tangan Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan majoriti 2,724 undi. Hassanuddin mendapat 2,336 undi manakala Syed Ibrahim mendapat 5,060 undi.

Dalam pilihan raya kecil kali ini, seramai 8,999 pemilih layak mengundi – pertambahan 542 orang daripada 8,451 pada tahun 2008. Manakala peratusan keluar mengundi pula meningkat kira-kira 3 peratus - daripada 80.33 kepada 83.2 peratus.

Ini menunjukkan bahawa orang muda dan pengundi baru lebih banyak terlibat dalam pesta demokrasi di kawasan seluas 273km persegi yang 65 peratus penduduknya bergantung hidup kepada aktiviti pertanian.

Undi muda merosot 6 peratus


PAS juga mengakui kedua-dua fenomena itu – pertambahan jumlah dan peratusan pengundi – menyumbang kepada kekalahannya kali ini.

Bagaimanapun, analisis segera pengarah pilihan rayanya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada Ahad malam tidak menyebut tentang trend pengundi muda yang kini kembali kepada BN.

Berdasarkan keputusan di saluran ketiga di Jengka 22, Jengka 23 dan Desa Murni, berbanding 43 peratus (atau 307 pengundi muda) sokongan dalam pilihan raya umum, sokongan kepada PAS merosot 6 peratus kepada 37.44 peratus sahaja.

Parti Islam itu mendapat 423 undi di ketiga-tiga kawasan itu berbanding BN sebanyak 707 undi. Jika ditanya apakah persamaan antara ketiga-tiga kawasan tersebut dibandingkan dengan tempat lain, mungkin satu jawapannya – mereka mendapat gelanggang futsal baru.

Di tempat-tempat lain, BN dilihat cuba memancing undi dengan mengumumkan pelbagai projek kebajikan seperti projek sambungan air bersih dan pembinaan masjid baru berharga RM500,000.

Sokongan itu selari dengan kenyataan timbalan ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim sebelum ini yang berpendapat golongan muda lebih mahu didekati melalui aktiviti berasaskan riadah dan sukan.

Malah, timbalan menteri belia dan sukan itu sebelum ini tampil turut serta bermain futsal di Desa Murni bersama pengundi muda di Desa Murni.

Bob Lokman lawan Ana Raffali

Satu lagi projek yang dilihatkan memberikan kesan kepada undi muda adalah projek perkampungan Wi-Fi di Kerdau yang diumumkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim sebelum ini.

Populariti PAS di mata orang muda meningkat ekoran kedatangan pelawak dan penulis lirik terkenal Bob Lokman, menjadi luntur apabila BN membariskan penyanyi yang sedang meletup Ana Raffali yang menjadi kegilaan anak muda selepas menang dalam Anugerah Juara Lagu.

Mungkin tindakan PAS menagih sokongan pengundi Felda menyebabkan mereka lupa kepada 38.53 peratus pengundi muda - umpama pepatah "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran'.

Jika diteliti undi di kawasan 3+1, PAS hanya mendapat 1,276 undi berbanding BN sebanyak 2,131. Bagaimanapun, tidak harus menafikan, mereka mendapat tambahan 476 undi di kawasan itu.

Berdasarkan fakta ini, bermakna, PAS tidak pernah kehilangan sokongan di kawasaan itu sebaliknya mengalami masalah meluaskan pengaruhnya. Soalnya, adakah serangan mereka melalui Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) tidak berkesan?

Jawapannya tidak, ia berkesan. Cuma pemerhati politik berpandangan, kenapa ANAK baru muncul setelah hari kelima berkempen? Dan kenapakah pusingan awal kempen hanya bertumpukan isu “Buku Jingga” yang dilihat tidak difahami dan diambil peduli orang banyak pengundi di bawah?

Jawapannya ada pada PAS sendiri.



sumber: Free Malaysiakini

Sunday, March 6, 2011

Live Dari Kerdau



BN Mendahului dengan Majoriti Besar - KERDAU


BN - 3746
Pas - 1622
Setakat 08.09 p.m

BN Menang Lagi.......Terkini dari Merlimau & Kerdau



TERKINI:

MERLIMAU - BN MENDAHULUI DGN 4875...PAS 1127

KERDAU - BN MENDAHULUI DGN 4793...PAS 1008

8 344 pengundi atau 78.40 % telah menunaikan tanggungjawab mereka di Merlimau

jefry damien melaporkan .

Friday, March 4, 2011

Jejak Pengundi Kg Telok Gong, Pelabuhan Klang - Part II

Nak kata penat, memang memenatkan, tapi mereka-mereka ni tetap terus-menerus berjuang.......

Fuh...dasat...

Ini la orangnya...Terus Berjuang

Tak kenal erti penat lelah, mereka ini terus melakukan usaha-usaha bagi mendapatkan pengundi-engundi