Wednesday, March 9, 2011

Takut nak jawab ke MB Kedah ?


Takkan dah takut bila wartawan tanya soalan tentang pelaksanaan manifesto? Sebagai seorang MB, sewajarnya menceritakan segala kejayaan dan kegagalan selama 3 tahun pentadbiran dan mengkaji apa punca sebenarnya. Bukan hanya mengelak dari menjawab soalan.

Kerana rakyat sekarang semua telah lebih celik dalam membuat keputusan hasil dari sesuatu percakapan atau ulasan. Jadi tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri dan tidak perlu emosi.

Tapi kalau agak-agak dah tak tahan sangat dengan soalan-soalan panas wartawan, hem...lebih baik letak jawatan dan dok kat umah je..... Hati pun tenang dan hidup pun lebih aman. Habis cerita.

ALOR SETAR 7 Mac - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini cuba mengelak untuk menjawab soalan mengenai sejauh mana pelaksanaan manifesto pilihan raya Pas Kedah selepas tiga tahun menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Sebaliknya beliau mendakwa media massa hanya mahu menyiarkan berita negatif berbanding positif berkaitan kerajaan Pas Kedah.

"Manifesto orang perintah lain dah, dia orang buat banyak dah. Tanya manifesto apa lagi," soalnya selepas melawat kumpulan kedua pelajar Kedah seramai 216 orang yang akan berlepas ke Mesir di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Beliau ditanya pemberita mengenai pelaksanaan manifesto pilihan raya umum Pas Kedah 2008 memandangkan esok adalah genap tiga tahun parti itu memerintah Kedah.

Ditanya berapa peratus daripada keseluruhan manifesto berkenaan yang belum dilaksana, beliau berkata:
"Tanya yang laksana dulu, tanya yang tak laksana pasal apa? Ini yang saya tak berapa seronok itu. Nak tanya hak (yang) negatif, lepas itu hak (yang) negatif baru siar. Hak (yang) positif tak mahu siar, mana boleh macam itu."

 Terdahulu, Azizan berkata, beliau gembira dan bangga kerana dapat mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri selama tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008 meskipun sebelum ini ada yang beranggapan hanya mampu bertahan tiga bulan.

No comments:

Post a Comment