Mari lah mari, daftar mengundi, jangan lupa kewajipan pada negara....
Yeh....ni la yang selama beberapa siri jejak pengundi yang telah dilakukan oleh BLKDP UMBK semenjak ianya ditubuhkan....
Layan zasssss....cari lagi ramai pengundi....mari-mari....
KUALA LUMPUR 13 Mac - Kesemua parti komponen Barisan Nasional (BN) digesa mempergiatkan usaha mendaftarkan kira-kira empat juta pengundi baru yang layak mengundi tetapi masih belum berbuat demikian.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pendaftaran para pengundi baru sama ada ahli parti dalam BN ataupun masyarakat awam yang tidak menganggotai mana-mana pertubuhan politik adalah penting demi kemenangan perikatan itu pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita tidak boleh membiarkan usaha pendaftaran pemilih baru dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semata-mata, sebaliknya kesemua parti komponen BN perlu menggiatkan usaha mendampingi golongan itu.
"Sebagai pemerintah di Pusat, kita harus mendampingi rakyat kerana kalau ini tidak dilakukan secara berterusan, sokongan masyarakat kepada BN boleh pudar," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Perasmian Persidangan Tahunan 135 Cawangan UMNO Bahagian Selayang di Sungai Buloh, dekat sini malam tadi.
Shafie yang juga Pengerusi Biro Keahlian dan Pendaftaran Ahli UMNO menambah, UMNO kini mempunyai 3,248,228 ahli namun daripada jumlah itu, seramai 478,017 belum berdaftar sebagai pengundi walaupun mereka sudah layak.
Katanya, seramai 78,378 ahli UMNO pula belum layak berdaftar sebagai pengundi memandangkan mereka masih berusia di bawah 21 tahun.
Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan UMNO Selangor supaya tabah dan terus memperjuangkan hak rakyat sungguhpun menghadapi pelbagai kekangan kerana mereka kini bertindak sebagai pembangkang di negeri itu.
TUL LA BRO. JGN TANGGUH2 DAFTAR MENGGUNDI. NANTI DIRI SENDIRI YG RUGI. ORG LAIN DAH MEMILIH PILIHAN SENDIRI. YG BELUM MENDAFTAR TU SEGERA LA TUNAIKAN TANGGUNGJWB KPD NEGARA YEHAAAAAAAA!!!
ReplyDelete