Tuesday, March 29, 2011

Generasi muda perlu tahu tujuh wasiat raja Melayu


Anda seorang MELAYU......SILA BACA INI................

PULAU PINANG 28 Mac - Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) mencadangkan tarikh 5 Ogos 1957 diingati sebagai sejarah penting negara bagi memberi kesedaran kepada rakyat khususnya generasi muda tentang tujuh wasiat raja-raja Melayu yang digariskan untuk mereka.


Presidennya, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, pada tarikh tersebut seramai sembilan raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi wasiat-wasiat berkenaan.

Menurut beliau, perkara itu wajar diketahui oleh generasi muda bagi memastikan hak orang Melayu dan kaum-kaum lain tidak dipertikaikan.

"Tarikh ini seharusnya diingati sebagai sejarah penting negara supaya generasi akan datang tidak akan cuba mengganggu-gugat apa yang telah menjadi milik rakyat khususnya hak orang Melayu.
"Ini penting supaya semua kaum dapat terus hidup aman tanpa sebarang pertelingkahan," katanya pada majlis tahlil sempena ulang tahun ke-84 Pemenang di sini malam tadi.

Pada majlis tersebut, beliau menyerahkan gambar yang merakamkan peristiwa menandatangani perjanjian berkenaan untuk dipamerkan kepada orang ramai di Bangunan Pemenang di sini.
Antara tujuh wasiat yang terkandung dalam perjanjian tersebut adalah nisbah tanah milik orang Melayu perlu dikekalkan sehingga 50 peratus, jaminan kedaulatan raja-raja Melayu dikekalkan dan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan.

Turut diwasiatkan ialah melindungi keistimewaan hak orang Melayu dan kaum-kaum lain, Islam sebagai agama rasmi serta penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja bagi membanteras ancaman dari luar dan dalam negara.

No comments:

Post a Comment