Habis melingkop Yayasan Selangor, tak semena-mena defisit RM7.41 juta. Hem...korek tabung Kerajaan Negeri la lagi lepas ni....kalau tak, mana nak datang duit bagi membiayai anak-anak fakir miskin untuk menyambung persekolahan.
Tapi masalahnya diletakkan pegawai yang tidak ada kredibiliti dan makan gaji buta kat Yayasan Selangor tu nak buat apa?
Semuanya menghabiskan beras je....
Dah tu tak sekerat mana pun bertugas, dah naik pangkat lagi....hem...tak ke banggang nama nya tu...lebih-lebih lagi apabila keadaan dah menjadi defisit seperti ini.
Renung-renungkan..........
SHAH ALAM 18 Mac – Yayasan Selangor dilaporkan mengalami defisit RM7.41 juta sehingga November lepas setelah audit dalaman dilakukan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri baru-baru ini.
Menurut laporan audit itu, perbelanjaan yang tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos perbelanjaan Ulang Tahun ke-40 yayasan itu mencecah RM996,472 malah terdapat perbelanjaan yang selesai dibayar kepada pengurus acara walaupun aktiviti belum dilaksanakan.
Laporan itu yang diedarkan kepada media hari ini menyebut semakan audit juga mendapati terdapat pembayaran elaun-elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada Ahli Mesyuarat di dalam yayasan itu.
Pihak audit berpendapat Tadbir Urus Korporat di Yayasan Selangor tidak memuaskan termasuk lantikan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar yang dikatakan bukan pilihan utama panel temu duga, manakala seorang lagi telah mendapat Notis Kebankrapan.
Kedua-dua pegawai tertinggi itu dilaporkan telah dinaikkan pangkat dalam tempoh masa yang singkat yang diluluskan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor hanya melalui ”Circular Resolusi” tanpa merujuk kepada pihak berkuasa negeri untuk kelulusan.
Audit Dalaman dijalankan dari 29 November hingga 1 Disember 2010 ekoran beberapa isu dibangkitkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. – Bernama
No comments:
Post a Comment