Wednesday, March 23, 2011

Parlimen Panas Dengan Isu Video Seks


Mana tak panas nya...belum abis lagi kes Mr Y di Mahkamah, ada lagi plak isu video seks. Meletup satu Malaysia dgn kes terkini pula.

Selepas ini apa pula lagi....?

KUALA LUMPUR 22 Mac - Seharian berada di Parlimen, isu yang paling hangat diperkatakan tentunya mengenai pendedahan rakaman video seks pemimpin pembangkang oleh individu misteri bergelar Datuk 'T'.
Namun, tidak ramai di antara ahli Parlimen yang mahu memberi kenyataan kepada media mengenainya dan amat berhati-hati untuk memberikan ulasan.

Antara yang 'dijangkiti sindrom' berhati-hati itu termasuklah Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali yang sebelum ini lantang bersuara dengan mengingatkan semua pihak agar tidak mudah membuat kesimpulan mengenai siapa yang terlibat.

"Saya berpendapat seeloknya Datuk 'T' menyerahkan video itu kepada polis. Biarkan polis siasat dan kalau perlu, mungkin boleh ditubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat video tersebut.
"Bagaimanapun berdasarkan reaksi yang diterima, rakyat tidak kisah sama ada ini tuduhan, penafian atau konspirasi. 

Mereka hanya mahu tahu kebenaran tentang siapa terlibat," katanya sambil menegaskan ini hanyalah pandangan peribadi yang tidak melibatkan Perkasa.
Dalam pada itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berharap, pihak berkaitan menggunakan saluran perundangan dalam mencari kebenaran.

"Kalau setakat tuduh dan nafi, ia tidak akan menyelesaikan masalah malah saya risau polemik menjadi berpanjangan sehingga mendatangkan perpecahan dan pergaduhan yang tidak menguntungkan," katanya.
Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sekiranya benar pemimpin pembangkang itu terlibat, maka secara moralnya beliau perlu mengaku dan meletak jawatan tanpa membuat penafian serta menimbulkan kekeliruan.

"Hendak komen pun susah tetapi difahamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pun membuat laporan polis. Maka tiba masanya polis membuat siasatan rapi terhadap video tersebut.

"Jika bersalah perlulah diambil tindakan tetapi janganlah pula sesiapa berdolak-dalik dengan alasan perut buncit dan sebagainya,'' katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bebas, N. Gobalakrishnan enggan mengulas dengan alasan masih belum melihat video itu.

2 comments:

  1. Bro,

    GT dah link blog modestos nih...

    Selamat berjuang..

    ReplyDelete
  2. Bro GT,
    Tima kacih...tak perasan dah link...
    Ampunkan patik wahai..Bro GT

    ReplyDelete