Sunday, July 10, 2011

Koleksi Bershit 2.0 Edisi KL Menjerit

Katakan Tidak Pada Keganasan




Sivaji sudah sampai...hero satu jubbb


Kenapa ko makan burger sampai cili sos meleleh-leleh ni...? Buat Malu aku je
Sori bos, aku lapar sgt lah....dari semalam mengidam burger... 


Papa, are you alright...why mama is not with you..? Why  Amak big with you now?  

Help me Amak Big....Why you leave me alone...

Tangkap tangkap...tangkap nuat...


Peh....dasat la mamat ni...Suka main baling-baling
Yang ni foto yang patut menang anugerah....Aksi memadam  bom asap mengunakan air mineral ....peh...bengapnya..

Aku ingat nak tumpang la...balik balai...boleh..?
Bravo PDRM....Tahniah...

Foto kredit MPP dan kenkawan blog lain....

Diolah semula bagi disesuaikan dengan jalan cerita Bershit 2.0 edisi KL Menjerit 






Friday, July 8, 2011

Awas Bershit....! KL akan dipertahankan dari Anasir Bershit ?



Amak Big Bershit akan tetap mengadakan perhimpunan haram di KL. Dan mereka-mereka ini akan berkumpul dalam kumpulan-kumpulan kecil di suatu lokasi yang berasingan dan kumpulan-kumpulan kecil ini akan bertemu di suatu lokasi yang lain dan bergerak menjadi kumpulan haram jadah yang lebih besar.

Tapi korang ingat senang-senang ke nak buat perhimpunan haram lagi terlaknat ini?

Strategi tutup dan  kawal (close & control) oleh pihak berwajib akan melumpuhkan gerakan haram ini. Ha ha ha...jangan haraplah nak masuk KL...duduk la korang Bershit kat tempat lain.....Hampeh...


Korang punya hal, buat orang lain semua jadi susah...Yang kena gantung cuti la, kena transfer duty kat tmpt lain la..kena standyby la..ini semua gara-gara Bershit. 


Ini belum ambil kira peniaga2 yang terpaksa tutup kedai....habis sumber rezeki peniaga terputus. Lu pikir la sendiri....

Awas Jangan Cabar Kami....!

Wednesday, July 6, 2011

Adakan perhimpunan di stadium negeri pembangkang




KUALA LUMPUR 6 Julai – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengesyorkan agar penganjur perhimpunan pada Sabtu ini mengadakannya di stadium-stadium di negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang.
"Oleh kerana mereka menguasai beberapa negeri dan lantaran gerak kerja politik mereka di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor, pilihlah tempat di negeri-negeri mereka.

“Negeri-negeri di mana kerajaan Barisan Nasional berkuasa dan mentadbir perlu menjadi pilihan kedua,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Briged Komunikasi di pejabatnya di sini hari ini.

Rais berkata, memandangkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menganjurkan perhimpunan itu bukan sebuah badan yang sah daripada segi undang-undang, maka permohonan mereka untuk menggunakan stadium di sini seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat dipertimbangkan.

"Oleh itu, perlu bagi kumpulan itu diwakili individu ataupun badan bukan kerajaan yang sah di sisi undang-undang untuk membuat permohonan bagi mengadakan perhimpunan itu bagi pihak Bersih, katanya.

Tindakan pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara semalam adalah satu pertemuan ikhlas yang diperkenankan oleh Seri Paduka baginda. – Bernama

pemudatg kata: Seharusnya mereka menghormati suara majoriti iaitu seluruh rakyat Malaysia yang tidak menyokong sebarang demostrasi jalanan yang boleh menganggu gugat kenteteraman awam.

 Pihak Kerajaan yang memerintah pada masa ini adalah suara majoriti dan pihak di satu pihak lain harus menghormatinya sebagai mana kita menghormati negeri-negeri yang telah di perintah oleh pembangkang.

Monday, July 4, 2011

Gotong Royong yang menjahanamkan....dan tak Bersih...Katakan Tidak!





JOHOR BAHRU 3 Julai - Taktik Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan lima lagi ahli DAP mengedar risalah untuk menyeru orang ramai menjaga 'kebersihan' tidak menjadi apabila mereka turut ditahan polis kerana didapati cuba mempromosi perhimpunan haram Bersih di 
Pasar Awam Taman Sri Tebrau, di sini hari ini.

Ketika ditahan pukul 9.40 pagi, mereka memakai baju T berwarna kuning tertera perkataan 'negara BERSIH rakyat bertuah' dengan gambar penyapu dan penyodok.
Malah mereka turut mengedarkan risalah dipercayai berkaitan perhimpunan Bersih.
Antara kandungan risalah itu adalah 'membersihkan sampah-sarap negara' dan 'aktiviti ini tiada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai pukul 2 petang di KL' serta kononnya mengajak orang ramai bergotong-royong membersihkan rumah.

Dalam setiap perkataan bersih yang digunakan, semuanya dicetak menggunakan huruf besar.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, kes itu akan disiasat di bawah Akta Pertubuhan, Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan.
"Tiada seorangpun daripada yang ditahan mempunyai rekod jenayah, namun kami akan memfailkan permohonan reman ke atas mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, antara barangan dirampas adalah kain rentang dan enam helai baju T serta 300 risalah Bersih.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Dr. Boo Cheng Hau berkata, kesemua ahli DAP yang ditahan berada dalam keadaan baik.
Ditanya tentang risalah itu yang secara tidak langsung mempromosi perhimpunan Bersih, beliau berkata, semua ditahan berhak menyampaikan mesej secara aman.

"Terpulang kepada interpretasi orang yang membaca risalah itu, bersih itu adalah perkataan bahasa Melayu. Kerajaan tidak boleh sensitif terhadap perkataan dan warna tertentu," katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan selepas menemui ahli DAP yang ditahan.

Dalam perkembangan sama, satu perhimpunan mini Bersih yang dijadual oleh Pas negeri di Plaza Angsana pada pukul 2 petang gagal dijalankan hasil tindakan pantas polis menyekat rancangan itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, pihaknya menempatkan 14 anggota dan pegawai untuk mengadakan kawalan di lokasi bagi mengelak ia berlaku.

pemudatg kata: Sampai tahap macam ini yang mereka nak lakukan dan mempromosi demo bersih....Apalah kepala hotak diorang boleh pikir sampai nak memanupulasi ayat Gotong Royong....Ceh, akai ada ka....

Sunday, July 3, 2011

‘Ambiga jangan fikir kuat’





PASIR PUTEH 2 Julai – “Ambiga jangan fikir kuat sangat.” Demikian peringatan keras Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram di ibu negara pada Sabtu ini.

Perdana Menteri berkata, majoriti rakyat, termasuk lebih 20,000 yang hadir pada Majlis Bersama Rakyat di padang Sekolah Kebangsaan Sri Aman dekat sini, menentang sebarang tindakan pihak terbabit untuk mencetuskan kekecohan di ibu negara sehingga boleh menjejaskan keamanan dan ekonomi negara.

Katanya, sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, beliau boleh mengarahkan ahli-ahli parti untuk berdepan dengan kumpulan tersebut tetapi tidak berbuat demikian kerana mengambil kira kesan buruk yang mungkin berlaku.



Katanya, jika kacau-bilau berlaku, keadaan itu akan menjejaskan kestabilan ekonomi dan menjejaskan perjuangan pemimpin BN terdahulu dalam membangunkan negara sehingga maju ke tahap ini, tetapi hendak dirosakkan oleh Ambiga.

“Jadi, Ambiga janganlah fikir kuat sangat, kita kenal siapa Ambiga. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita simpan kuku kita dulu, kita jangan hunus keris kita sebab kalau ambo (saya) bagi isyarat, semua boleh pakat-pakat turun.


“Kita jangan (turun), sebab kita tidak mahu ada perbalahan terbuka dalam negara sebab bila ada demonstrasi jalanan, mungkin ada orang yang tidak boleh kawal perasaan, boleh timbul huru-hara dalam negara.

“Kita sudah payah bina negara, pemimpin dulu kerja sampai mati nak bangunkan negara, nak jadi Malaysia negara contoh, pemimpin dulu banyak berjasa sebab itu kita hidup dalam negara aman damai. Tapi Ambiga nak rosakkan ini semua,” katanya berucap pada Majlis Bersama Rakyat itu di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO bahagian, Zawawi Othman.

Menurut Perdana Menteri, matlamat perhimpunan haram itu bukan untuk membersihkan pilihan raya, kerana ternyata Pas boleh memerintah Kelantan lebih 21 tahun dan pembangkang menang di lima negeri pada pilihan raya umum lalu.
Katanya, keadaan itu menunjukkan demokrasi di negara ini adalah lebih baik dan tidak sama seperti di negara Asia Barat seperti Mesir, di mana parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.

Justeru, beliau pelik dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sanggup bersekongkol dengan Ambiga dalam gerakan itu bagi merosakkan keamanan negara.
Ini kerana katanya, Ambiga merupakan orang yang cuba mengganggu-gugat Islam, dan UMNO serta BN mesti menegakkan kebenaran.
“Apa sudah jadi dengan pemimpin Pas,” soalnya sambil mengingatkan rakyat dalang paling besar di sebalik perhimpunan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, beliau yang melihat angin perubahan sedang bertiup di Kelantan, menyatakan janji BN untuk membawa pembangunan ke negeri ini sekiranya rakyat Kelantan memberi mandat kepada parti itu.

pemudatg kata: Jangan cabar kami, membujur lalu, melintang patah......Hidup UMNO...! Hidup Patriot...! Hidup Perkasa...! Hidup Melayu...!

Kalau kau orang sanggup nak menjual, kami sanggup membeli...! Lakhanat lu fuckatan..kata bersih, konon, semuanya pun pembangkang gak yg anjur...Ngo kepala hotak ko...

Saturday, July 2, 2011

8 termasuk Ezam dibebaskan


GEORGETOWN 2 Julai – Polis Pulau Pinang hari ini telah membebaskan lapan individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Mohamad Ezam Mohd Nor yang menyertai satu demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, kesemua mereka yang berusia berumur antara 27 dan 46 tahun itu dibebaskan secara berperingkat sejak malam tadi hingga hari ini.

“Polis telah membebaskan kesemua mereka selepas mengambil keterangan,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi “Jom Cegah Jenayah” di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini.
Katanya, mereka ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 27 Akta Polis 1967 kerana menyertai perhimpunan tanpa permit.

Selain Mohamad Ezam, antara yang ditahan ialah Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman dan Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin.

Kesemua mereka ditahan kerana menyertai kira-kira 1,500 orang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman dengan berarak dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komtar, di sini.

Perarakan sejauh kira-kira enam kilometer yang bermula 2.45 petang itu bagi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng. - Bernama

pemudaTG kata: Alhamdulillah, akhirnya kesemua para pejuang telah dibebaskan. Semoga ianya menjadi wadah perjuangan semua NGO-NGO Melayu agar bersatu menentang DAPig laknat... INSYAALLAH !

Hebat lah Penang....Next mana lagi...?







Ha...kan dah kena....Ingat depa kita ni takut sgt ke dgn depa....ingat kita dok diam-diam, kita tak blh kumpul orang......nak kumpul 7 juta orang pun boleh....kalau setakat nak lawan Bersih tu kuis pakai jari kaki je.....tapi apkah itu kesudahannya....? Setiap bulan berdemo, setiap hjg minggu berdemo....sampai bila nak selesainya demo?



Byk lagi kerja2 yang belum selesai, memajukan negera, ekonomi, pendidikan dan sebagainya....Itu lebih baik dari berdemo setiap masa untuk melepaskan ketidakpuasan hati. Dimana-mana negara dalam dunia ini, siapa yang rajin, adalah lah hasil yang boleh dicapai. Tapi kalau malas, dok kat umah harap rezeki datang bergolek, lebih baik terjun sungai.

Selama ini kita tidak menyuarakan ketidakpuasan hati secara berdemo2 nie. Tapi jgn sesekali mencabar, padah akibatnya... Oleh demikian, batalkan sahaja Bersih tu. Semua aman sejahtera....

Hidup Patriot.......Awas, Jangan cabar kami.....!!!