JOHOR BAHRU 3 Julai - Taktik Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan lima lagi ahli DAP mengedar risalah untuk menyeru orang ramai menjaga 'kebersihan' tidak menjadi apabila mereka turut ditahan polis kerana didapati cuba mempromosi perhimpunan haram Bersih di
Pasar Awam Taman Sri Tebrau, di sini hari ini.
Ketika ditahan pukul 9.40 pagi, mereka memakai baju T berwarna kuning tertera perkataan 'negara BERSIH rakyat bertuah' dengan gambar penyapu dan penyodok.
Malah mereka turut mengedarkan risalah dipercayai berkaitan perhimpunan Bersih.
Antara kandungan risalah itu adalah 'membersihkan sampah-sarap negara' dan 'aktiviti ini tiada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai pukul 2 petang di KL' serta kononnya mengajak orang ramai bergotong-royong membersihkan rumah.
Dalam setiap perkataan bersih yang digunakan, semuanya dicetak menggunakan huruf besar.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, kes itu akan disiasat di bawah Akta Pertubuhan, Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan.
"Tiada seorangpun daripada yang ditahan mempunyai rekod jenayah, namun kami akan memfailkan permohonan reman ke atas mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, antara barangan dirampas adalah kain rentang dan enam helai baju T serta 300 risalah Bersih.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Dr. Boo Cheng Hau berkata, kesemua ahli DAP yang ditahan berada dalam keadaan baik.
Ditanya tentang risalah itu yang secara tidak langsung mempromosi perhimpunan Bersih, beliau berkata, semua ditahan berhak menyampaikan mesej secara aman.
"Terpulang kepada interpretasi orang yang membaca risalah itu, bersih itu adalah perkataan bahasa Melayu. Kerajaan tidak boleh sensitif terhadap perkataan dan warna tertentu," katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan selepas menemui ahli DAP yang ditahan.
Dalam perkembangan sama, satu perhimpunan mini Bersih yang dijadual oleh Pas negeri di Plaza Angsana pada pukul 2 petang gagal dijalankan hasil tindakan pantas polis menyekat rancangan itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, pihaknya menempatkan 14 anggota dan pegawai untuk mengadakan kawalan di lokasi bagi mengelak ia berlaku.
pemudatg kata: Sampai tahap macam ini yang mereka nak lakukan dan mempromosi demo bersih....Apalah kepala hotak diorang boleh pikir sampai nak memanupulasi ayat Gotong Royong....Ceh, akai ada ka....
ALA DIORANG NI SAJE AMIK KESEMPATAN BROO. MCM LA KAT KAWASAN SENDIRI TAKDE SEMAK ATAU LALANG. TAKDE LONGKANG TERSUMBAT..DTG JAUH2 CUMA NAK GOTONG ROYONG PAKAI BAJU ALA2 BERSIH. APE KEHEE? KEHKEHKEH
ReplyDelete