Add caption |
KUALA LUMPUR 19 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai kini giat membina rangkaian dan memperkukuhkan hubungannya dengan Republik Indonesia yang bertujuan memberi tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia.
Menurut sumber dari Indonesia, ini dibuktikan apabila Ketua Pembangkang itu mengadakan siri jelajah dan dialog bersama rakyat di negara jiran tersebut, baru-baru ini.
Katanya, malah Anwar popular di Indonesia kerana dianggap tokoh reformasi, agama, bahasa selain pandai memenangi hati rakyat negara tersebut.
"Kumpulan sasarannya adalah segenap lapisan masyarakat terutama dari kalangan rakyat yang bertaraf hidup rendah, mahasiswa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media, menteri-menteri dan bekas ahli politik.
"Anwar giat memperluaskan pengaruh 'Anwarisme' terutama kumpulan sasaran politik iaitu 70 peratus rakyat yang bertaraf hidup sederhana dan miskin.
"Kumpulan sasaran politik itu sangat memerlukan perhatian pemerintah, namun mereka dijadikan sasaran manipulasi dan eksploitasi politik," kata sumber itu ketika menghubungiUtusan Malaysia di sini, hari ini.
Sumber itu memberitahu, Anwar dipercayai mengambil peluang tersebut kerana memahami budaya politik negara berkenaan yang perlu dilihat sebagai prorakyat untuk mengekalkan populariti.
"Beliau mendapat sokongan daripada beberapa menteri dan bekas menteri yang popular dalam kalangan rakyat republik itu tersebut.
"Antara strateginya setiap kali menyampaikan ceramah di sana ialah menjanjikan perkara-perkara asas kehidupan yang bukan berbentuk material seperti keadilan, hak asasi dan kebebasan.
"Hakikatnya, dia sudah mewujudkan beberapa rangkaian antarabangsa, termasuk di negara Barat bagi memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia," jelasnya.
Beliau turut berpendapat, cara menangani pengaruh Anwar di Indonesia ialah dengan mengerakkan semua sumber kerajaan yang sedia ada untuk bersama memperkukuhkan rangkaian di negara itu serta mewujudkan sistem pertahanan Malaysia di republik tersebut.
pemudatg kata: Perkara ini memang ada kebenarannya, ini kerana baru-baru ini, setelah PTG berada di sana, berita mengenai demo bershit ini mendapat liputan yang sangat-sangat meluas dan dibesar-besarkan seolah-olah KL itu diibarat lumpuh secara total.
Malahan penjual-penjual ditepi jalan dan juga pemandu teksi bertanyakan perkara yang sama kepada PTG. Kalau lebih dari 5 orang penjual jalanan yang PTG temui bertanyakan mengenai perkara yang sama, maksudnya berita ini memang tersebar luas di negara jiran.
PTG dapat merasakan sesuatu yang sangat pelik kerana, penjua jalanan juga boleh mengetahuai mengenai demo tersebut, apatah lagi golongan yang lain. PTG menerangkan perkara sebenar kepada si penjual tersebut mengenai perkara sebenar. Tetapi apakan daya, itu sahaja yang dapat dilakukan dengan memberitahu perkara yang sebenarnya kepada mereka.
KERAJAAN KENE BERTINDAK CEPAT BROO. KLU DI BIARKAN LAMA2 HANCUR NEGARA. PIHAK2 KEDUTAAN MALAYSIA DI NEGARA LUAR KENE KEJE KERAS UNTUK TERUS BERI PENERANGAN AKAN ISU2 SEMASA. DAH TAK BOLEH PELUK TUBUH LAGI! HUHUHU
ReplyDelete