Monday, July 18, 2011

Pemberian wang: BN kutuk cara DAP pancing undi

sekadar hiasan



GEORGETOWN 18 Julai – Cadangan kerajaan negeri pimpinan DAP memberikan wang tunai RM100 menerusi Program Anak Emas Pulau Pinang disifatkan sebagai tindakan memancing undi untuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, BN mengutuk cadangan kerajaan negeri DAP itu kerana ia jelas bermotifkan politik.

"Cadangan itu jelas bermotifkan politik dengan memberi wang kepada pengundi yang mempunyai kelahiran baru bayi dalam keluarga.
"Ini bukan cara yang baik untuk mentadbir sebuah kerajaan dan sangat jelas pemberian itu bermotifkan politik,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra bersama barisan kepimpinan BN negeri di Pasar Air Itam di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mengumumkan kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk pemberian wang tunai RM100 kepada setiap bayi yang dilahirkan di negeri ini mulai tahun ini dengan syarat salah seorang ibu bapa bayi berkenaan adalah pengundi dan mempunyai pendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan.

Program pemberian wang itu dijangka melibatkan perbelanjaan sehingga RM10 juta setiap tahun. – Bernama

pemudatg kata: Boleh pulak pilih samada pengundi atau tidak, lebih baik bagi pada sesiapa yang baru daftar pengundi terus je. Mesti ramai yang pergi daftar nama...he he he...

2 comments:

  1. boleh ambik duit rm100 tu. takdak sapa pun boleh halang. tp apakah rm100 itu hanya diberi begitu saja? tentu ada syarat disebaliknya! pikirla sendiri

    selama ni bila nak beranak pi duduk dlm ward mana? hospital dap? lepas beranak pi inject imunisasi anak di mana? klinik dap? bila anak ada komplikasi, pi hospital/klinik mana? hak dap?

    orang2 kampung yg berpendapatan rendah tetap akan memilih hospital/ klinik kerajaan krn mutu perkhidmatan yg tidak ternilai itu. pegawai2 kerajaan yg gaji ciput pun akan memilih utk ke hospital/ klinik kerajaan krn bayaran yg minima.

    perkhidmatan perubatan & jagaan yg hospital/ klinik kerajaan bagi berganda2 harganya dari rm100 yg lge cadang nak bagi tu. selama ni bila tak dapat rm100 tu, tak boleh beranak ka? hanya orang yg kufur nikmat shj akan mengagung2kan pemberian seciput tu!

    ReplyDelete
  2. KHALID BELANJE WARGA EMAS RM100..GUAN SIYAL ENG PUN NAK BUAT JUGAK. SEBELUM NI GUNA DUIT JUDI. DARI MANA SUMBER DUIT YG DI BYR NANTI KITA PUN TAK TAU..HUHUHU

    ReplyDelete