Saturday, May 28, 2011

Ulama Pas digesa 'siasat' Anwar cari kebenaran

sekadar hiasan


KUALA LUMPUR 27 Mei - Golongan ulama Pas digesa melakukan siasatan sendiri berhubung beberapa skandal didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar parti itu boleh menyatakan pendirian sebenar terhadap kepimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, sekiranya Pas tidak memperakui siasatan polis, pendakwaan di mahkamah serta sumpah laknat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, parti itu terutama golongan ulama perlu melakukan siasatan untuk mencari kebenaran.
Menurutnya, siasatan itu perlu dilakukan demi keadilan kepada golongan ulama, profesional dan penyokong Pas yang mendokong cara kepimpinan menurut lunas Islam.

"Jika benar Anwar terlibat dalam skandal-skandal yang didakwa ke atasnya termasuk yang terbaru video (seks), Pas perlu menyatakan pendirian rasmi mereka terhadap kerjasama parti itu dengan PKR dan DAP yang diterajui Anwar.
"Sekiranya Pas tidak memperakui siasatan polis, kes mahkamah serta sumpah laknat oleh Shazryl Eskay dan Mohd. Saiful Bukhari, maka parti itu terutama golongan ulama perlu lakukan siasatan sendiri ke atas Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa Anwar kini takut dengan penerimaan golongan ulama dalam Pas terhadapnya, selepas pelbagai salah laku beliau didedahkan kebelakangan ini.

Zulkifli seterusnya mendakwa, Anwar kini mengarahkan pemimpin serta ahli Pas yang cenderung menyokong beliau untuk merancang gerakan menghakis penguasaan golongan ulama dalam parti itu, ekoran pemilihan Pas yang akan berlangsung minggu depan.

Nakhaie berkata, golongan ulama dalam Pas mempunyai peranan penting untuk mencari kebenaran mengenai perilaku Ketua Pembangkang itu bagi menyampaikan mesej yang selari dengan tuntutan Islam.

Jelas beliau, salah satu tuntutan dalam ajaran Islam adalah memastikan seseorang pemimpin itu dilihat bersih dan terpelihara daripada sebarang tohmahan.

"Seseorang pemimpin bukan sahaja perlu bersih tetapi terpelihara daripada tohmahan dan dalam kes ini, Pas perlu menyiasat sendiri, bukannya menolak ataupun menerima tohmahan itu secara membuta tuli demi menjaga kredibiliti Anwar," tegasnya.

pemudatg kata: Semoga Ulama pas mendapat kebenaran yang nyata dan menolak nuar aljuburi dari merosakkan agama, bangsa & negara. Jangan dicampur adok kan dengan politik sempit oleh golongan yang dangkal akal fikirannya. 

Thursday, May 26, 2011

Pemilihan Pas umpama 'dam aji'



KUALA LUMPUR, 25 Mei - Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Ahmad menyifatkan, pemilihan parti itu umpama permainan dam aji.

Ini kerana kata beliau ia bakal menyaksikan pertembungan antara golongan ulama bagi merebut jawatan Timbalan Presiden tetapi dalam masa yang sama menyerlahkan percaturan kumpulan yang condong kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan strategi mereka.

''Saya katakan begitu (umpama dam aji) kerana percaturan kumpulan yang condong kepada Anwar lebih bijak menyusun orang-orang mereka dan hanya 
menunggu masa untuk sampai kepada sasaran,'' katanya.

Bercakap kepada media UMNO Online, Ghazali berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin lemas dengan asakan puak-puak yang 'berkiblatkan' Anwar

Oleh itu, katanya,, Abdul Hadi perlu pantas melakukan sesuatu jika beliau mahu melihat parti itu terus bergerak sejajar dengan laungan bersama kepimpinan ulama.

''Pertembungan antara Nasharudin Mat Isa dengan Tuan Ibrahim Tuan Man sudah pasti akan memecahkan undi golongan ulama dan yang paling selamat adalah Mohamad Sabu dan kita andaikan beliau menang di kerusi berkenaan.

''Seterusnya di kerusi Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, kita turut buat andaian mereka mendapat kepercayaan perwakilan dan di situlah kita akan nampak berakhirnya kepimpinan ulama di dalam Pas,'' katanya.

pemudatg kata: Ada apa aku kisah?.... dam haji ke dumb dumb ke, memang mereka semua dah kena dumb pun oleh pok nik. Ikut je cakap pok nik, tapi pok nik tak tahu dia pun dah kena dumb oleh si nuar. Lagi la jadi dumbler.

Wednesday, May 25, 2011

Nik Aziz belum sedia terima cadangan tidak bubar DUN



KOTA BHARU 25 Mei – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau belum bersedia menerima cadangan DAP supaya semua negeri pimpinan pakatan pembangkang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing jika pilihan raya umum (PRU) diadakan pada tahun ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, belum ada keputusan diambil oleh pucuk pimpinan dalam pakatan pembangkang berhubung perkara itu.

Nik Aziz menganggap kenyataan DAP agar tidak membubarkan DUN itu sebagai satu kenyataan bersifat peribadi pemimpin itu, yang tidak mewakili pandangan parti.

"Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan pendapat mengikut keperluan semasa dan kepentingan masing-masing.

"Itu adalah pendapat peribadi, saya tidak tahu sama ada ia diputuskan di peringkat pucuk pimpinan parti atau tidak, sebab itu saya sifatkan ia pendapat peribadi,” katanya di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di sini, hari ini. – Bernama

pemudatg kata: Kenapa pulak kata pandangan peribadi, kata dalam pakatan rakyat. Mcm mana plak blh jadi mcm ni? Ni la namanya tidur sebantal, tapi mimpi lain-lain.

Undi golongan ulama berpecah



KUANTAN 24 Mei - Berpecahkah undi golongan ulama bagi jawatan Timbalan Presiden Pas?
Itulah persoalan yang timbul apabila seorang lagi calon daripada golongan berkenaan mengesahkan bertanding jawatan itu pada pemilihan parti bulan depan.

Ia berikutan keputusan Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan kesediaan merebut jawatan Timbalan Presiden yang akan dipertahankan oleh Nasharudin Mat Isa.
Kedua-dua mereka yang merupakan daripada golongan ulama setakat ini akan bersaing bersama wakil golongan profesional, Mohamad Sabu.

Tuan Ibrahim yang merupakan Pesuruhjaya Pas Pahang dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau akur dengan kehendak para perwakilan menerusi jumlah pencalonan yang diterima walaupun selama ini lebih berminat meneruskan kerja-kerja dalam parti sebagai Naib Presiden.
"Kelmarin saya menerima surat rasmi daripada Jawatankuasa Pemilihan parti yang memaklumkan saya mendapat pencalonan untuk dua jawatan iaitu timbalan presiden dan naib presiden.

"Setelah melihat kepada jumlah pencalonan untuk jawatan timbalan presiden lebih besar maka saya memutuskan memilih pencalonan untuk jawatan timbalan presiden dengan hati yang terbuka dan menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan," katanya melalui kenyataan yang disiarkan dalam blognya.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau tidak bercadang menyatakan jumlah pencalonan yang diterima sebaliknya menjelaskan jumlah tersebut memerlukan beliau memikirkan sedalam-dalamnya sebelum membuat sebarang keputusan.

"Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbang, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang telah mencalonkan beliau sewaktu mesyuarat di peringkat bahagian.

"Dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain yang jauh lebih layak daripada saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sejak sekian lama," jelasnya.

pemudatg kata: Kata ada demokrasi dalam pas pis pus.....Biar lah semua bertanding.....Baru la gentleman

Tuesday, May 24, 2011

Kerajaan perlu bertanggungjawab kepada rakyat - TPM



MUAR 24 Mei - Walaupun menyedari kajian semula dasar pemberian subsidi akan menyebabkan kerajaan tidak popular dalam kalangan rakyat, langkah itu perlu dilakukan kerana ia merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab ia perlu menguruskan pembangunan dan ekonomi negara dengan betul untuk mengelak rakyat menanggung beban lebih teruk pada masa depan.

"Apa sahaja yang membabitkan penambahan kos kepada rakyat, ia akan menyebabkan kerajaan tidak popular. Walaupun kita mahu popular, tetapi pada masa yang sama kita juga perlu bertanggungjawab kepada rakyat,” katanya di Pagoh hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Tulang Gajah dan menerima borang keahlian UMNO daripada penduduk Orang Asli Kampung Sentosa.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pengurusan ekonomi dan kewangan yang betul akan memastikan Malaysia tidak mengikut jejak beberapa negara Eropah yang ekonominya mengalami masalah. - Bernama

Monday, May 23, 2011

Bung nuar oh...Bung Nuar......Ingat lah Bung...

Video Terhangat di ruang bloggers........

satu lagi produk berkualiti Bung Nuar.....

Kredit kepada 1peluru.blogspot.com

Sunday, May 22, 2011

YB Gobala mengamok Sakan kat Nuar di Flat Sri Berembang Pelabuhan Klang

Foto-foto sessi Ceramah SSDE di Flat Seri Berembang Pelabuhan Klang

Terkedu Nuar tgok banner nih....Ambik ko Nuar...
Tarikh: 21 Mei 2011


Walaupun tetamu jemputan belum tiba, tetapi ruang kerusi didalam khemah telah penuh 
Antara tetamu yang hadir Dato Mazlynoor, Dato Teh Kim Poh, wakil MIC turut serta
Cayo-cayo.....telanjang bulat si Nuar kena....
Celako celako celako Nuar...