Wednesday, May 25, 2011

Undi golongan ulama berpecah



KUANTAN 24 Mei - Berpecahkah undi golongan ulama bagi jawatan Timbalan Presiden Pas?
Itulah persoalan yang timbul apabila seorang lagi calon daripada golongan berkenaan mengesahkan bertanding jawatan itu pada pemilihan parti bulan depan.

Ia berikutan keputusan Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan kesediaan merebut jawatan Timbalan Presiden yang akan dipertahankan oleh Nasharudin Mat Isa.
Kedua-dua mereka yang merupakan daripada golongan ulama setakat ini akan bersaing bersama wakil golongan profesional, Mohamad Sabu.

Tuan Ibrahim yang merupakan Pesuruhjaya Pas Pahang dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau akur dengan kehendak para perwakilan menerusi jumlah pencalonan yang diterima walaupun selama ini lebih berminat meneruskan kerja-kerja dalam parti sebagai Naib Presiden.
"Kelmarin saya menerima surat rasmi daripada Jawatankuasa Pemilihan parti yang memaklumkan saya mendapat pencalonan untuk dua jawatan iaitu timbalan presiden dan naib presiden.

"Setelah melihat kepada jumlah pencalonan untuk jawatan timbalan presiden lebih besar maka saya memutuskan memilih pencalonan untuk jawatan timbalan presiden dengan hati yang terbuka dan menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan," katanya melalui kenyataan yang disiarkan dalam blognya.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau tidak bercadang menyatakan jumlah pencalonan yang diterima sebaliknya menjelaskan jumlah tersebut memerlukan beliau memikirkan sedalam-dalamnya sebelum membuat sebarang keputusan.

"Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbang, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang telah mencalonkan beliau sewaktu mesyuarat di peringkat bahagian.

"Dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain yang jauh lebih layak daripada saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sejak sekian lama," jelasnya.

pemudatg kata: Kata ada demokrasi dalam pas pis pus.....Biar lah semua bertanding.....Baru la gentleman

2 comments:

  1. ERDOGEN DH KECUT TELOW. TU PASAL HUSAM KUSAM & TUAN MAN TERPAKSA BERTANDING. KLU TAK PENGARUH ERDOGEN TELUNGKUP BERSAMA ANUVAJI PANDIKUTTI KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. Di sebalik tabir nuar aljuburi...keh keh keh...pelawok pelawok pelawok....kite bakor je...

    ReplyDelete