Wednesday, May 11, 2011

Jasa dan khidmat UMNO bukti kekal relevan



KUALA LUMPUR 10 Mei - Menganjak ke usia 65 tahun, UMNO diharap akan terus gagah memacu negara serta membela perjuangan bangsa seperti yang pernah dibuktikan sewaktu menuntut kemerdekaan suatu ketika dahulu.

Bagi para veteran UMNO, segala jasa dan khidmat dicurah parti keramat itu menjadi bukti betapa ia mampu diharapkan dalam membawa rakyat negara ini khususnya kaum Melayu untuk terus memajukan diri dan negara.

Salah seorang daripadanya, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh berkata, berasaskan faktor-faktor itu, beliau mahu melihat UMNO terus kekal di atas landasan perjuangan yang dibina sejak penubuhannya pada 1946.

"Pada usia 65 tahun, UMNO masih kekal relevan kepada orang Melayu kerana kita memerlukan satu platform yang memperjuangkan suara kita secara kolektif," kata bekas Menteri Besar Perlis itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

3 comments:

  1. UMNO AKAN TETAP MEKAR. CUMA ORG2 KAT DLM UMNO TU YG BELUM MUHASABAH DIRI TU BAIK CEPAT2 BUAT SBLUM NASIK JADI BUBOR PRU13 NANTI HUHUHU

    ReplyDelete
  2. Kau umpama bunga yang mekar dihati ku...UMNO...dulu kini dan selamanya...INSYAALLAH.

    ReplyDelete
  3. UMNO ni bukan umurnya 65 tahun. UMNO ni tak ada kena mengena dengan UMNO Datuk Onn Jaafar. Takkan begitu cepat lupa sejarah. UMNO 1946 dah berkubur dengan keputusan Mahkamah Tinggi oleh Yg Arif Harun Hashim. Keputusan ini lantas menyebabkan Mahathir "mengambil alih" cabang kehakiman yang kesannya dirasai sehingga sekarang- satu "jasa" dan "khidmat" UMNO yang amat "dihargai" oleh masyarakat sivil.
    Makhluk bernama UMNO sekarang ini seorang penyamar setelah berjaya membuang perkataan "BARU" di belakang nama asalnya "UMNO BARU" yang dikepalai oleh Mahathir. Fikir fikirkanlah.

    ReplyDelete