KOTA BHARU 25 Mei – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau belum bersedia menerima cadangan DAP supaya semua negeri pimpinan pakatan pembangkang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing jika pilihan raya umum (PRU) diadakan pada tahun ini.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, belum ada keputusan diambil oleh pucuk pimpinan dalam pakatan pembangkang berhubung perkara itu.
Nik Aziz menganggap kenyataan DAP agar tidak membubarkan DUN itu sebagai satu kenyataan bersifat peribadi pemimpin itu, yang tidak mewakili pandangan parti.
"Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan pendapat mengikut keperluan semasa dan kepentingan masing-masing.
"Itu adalah pendapat peribadi, saya tidak tahu sama ada ia diputuskan di peringkat pucuk pimpinan parti atau tidak, sebab itu saya sifatkan ia pendapat peribadi,” katanya di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di sini, hari ini. – Bernama
pemudatg kata: Kenapa pulak kata pandangan peribadi, kata dalam pakatan rakyat. Mcm mana plak blh jadi mcm ni? Ni la namanya tidur sebantal, tapi mimpi lain-lain.
No comments:
Post a Comment