Sunday, May 1, 2011

Kerajaan mahu kerjasama NGO Dlahirkan 3.3j Modal Insan


MUAR 30 April — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil bekerjasama dengan kerajaan dalam melahirkan 3.3 juta modal insan cemerlang.

Beliau berkata, jumlah modal insan itu yang diperlukan negara dalam tempoh 10 tahun akan datang bertujuan mengisi 12 sektor pembangunan yang diberi penekanan di bawah program tranformasi ekonomi untuk meningkatkan pendapatan rakyat.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran dan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet bagi Pembangunan Modal Insan, berkata demikian semasa melancarkan Gabungan Anak Pagoh (GAPa) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Dewan Sukan Pagoh di sini hari ini.

Cadangan penubuhan GAPa yang dicetuskan oleh Muhyiddin itu adalah pendekatan dan usaha untuk mengumpul kelompok pentadbir, pensyarah dan mahasiswa dari IPTA seluruh negara yang berasal dari Pagoh.

Ia berfungi sebagai organisasi yang dapat menyumbang kepada komuniti Pagoh dan memupuk jalinan hubungan di antara pelajar IPTA khususnya GAPa dengan masyarakat di kawasan Parlimen Pagoh. — Bernama

No comments:

Post a Comment