Wednesday, May 18, 2011

Anwar kekal sebagai punaisihat ekonomi Selangor...?

Punai i memang sihat....cayo cayo cayo


SHAH ALAM 18 Mei - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Punaisihat Ekonomi Negeri Selangor walaupun menghadapi pertuduhan liwat di Mahkamah Tinggi.

Yes....i like it.

"Tak ada kena mengena. Saya fikir peranan punaisihat ekonomi berkaitan dengan kegiatan ekonomi dan kewangan tapi saya fikir dalam kes ini peranannya adalah berbeza sama sekali,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Beliau ditanya sama ada jawatan Anwar itu akan dikaji semula berikutan perbicaraan kes liwat yang dihadapinya dan isu rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang mirip Anwar.
Di KUALA LUMPUR, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Anwar akan kekal sebagai pemimpin pakatan pembangkang.

"Tiada pengganti pemimpin pembangkang dan ia tidak perlu selagi beliau masih seorang MP (Anggota Parlimen) beliau masih pemimpin pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh dan penasihat Parti Keadilan Rakyat, membela diri atas dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu. - Bernama

pemudatg kata: Memang selayaknya menjadi punai-sihat. Lihat sahajalah punai dia yang sihat. Umur 64 tahun, tetapi masih sihat walafiat punainya....tak gitu? 

No comments:

Post a Comment