Monday, May 2, 2011

UMNO terus perjuangkan Melayu



PAGOH 1 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, UMNO akan terus menjadi parti politik berteraskan perjuangan politik Melayu yang bersifat wasatiyyah iaitu politik Melayu dengan pendekatan sederhana dan adil kepada semua.

Timbalan Perdana Menteri berkata, biarpun UMNO adalah parti politik untuk orang Melayu, perpaduan dengan kaum lain tetap diberi keutamaan kerana perkara tersebut yang akan menjamin kesejahteraan di negara ini.

"Oleh sebab itu, permuafakatan politik yang dibina oleh UMNO bersama dengan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) dapat bertahan, malah bertambah kukuh sehingga ke hari ini. Terasnya ialah politik Melayu yang bersifat wasatiyyah yang sederhana, bukan ekstrem.

"Tetapi sederhana tidak bermaksud kita boleh menggadai prinsip perjuangan apabila berhadapan dengan suasana politik yang getir dan mencabar. Apa lagi menggadai prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik yang sementara," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Seri Pekembar di sini hari ini.

pemudatg kata: Bila mempersoalkan perjuangan MELAYU & ISLAM, tiada lagi kompromi dalam kesederhanaan. Wajib mempertahankan sehingga ke titisan darah terakhir. Selama ini sudah terlalu banyak MELAYU bertolak ansur dan bersabar. Sudut ekonomi, pemilikan hartanah, pengajian di IPTA dan lain-lain. 

No comments:

Post a Comment