Thursday, May 19, 2011

Cabaran Buat Anwar sekeluarga

Cer cite...Cer cite...Cer cite..!
KUALA LUMPUR 18 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah didesak melakukan empat perkara asas bagi membersihkan nama ketua pembangkang itu.


Empat perkara tersebut ialah:

  • Melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks.

  • Menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong.

  • Menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

  • Tuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.


  • Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, jika empat perkara asas tersebut dilakukan, tiga anak-beranak berkenaan tidak perlu lagi bersusah-payah mengelilingi negara.

    Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiga beranak itu begitu takut untuk melakukan empat perkara asas tersebut sedangkan semua mereka sedar jika dilakukan ia akan memberi keuntungan politik yang cukup hebat kepada Anwar.

    “Mengenali Anwar ini bukan cara dia. Anwar sudah pasti akan menyahut seruan dan cabaran supaya melakukan empat perkara asas ini jika beliau tidak bersalah. Paling tidak Anwar akan melakukan salah satu daripadanya.

    “Namun, sehingga hari ini bukan sahaja Anwar tetapi Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah juga tidak berani untuk melakukannya. Jika tidak bersalah mengapa takut,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

    Dalam pada itu, Ezam berkata, rakyat kini boleh menilai dengan mata dan fikiran mereka sendiri, mengapa seseorang yang mendakwa dirinya tidak bersalah begitu takut untuk menyahut cabaran semudah itu, sedangkan maruahnya dicaci.

    Katanya, Anwar sekeluarga hanya mampu dan berani menyalahkan pihak lain dalam skandal video seks tersebut tetapi ia tidak memberi kesan selagi persoalan pokok mengenai empat perkara asas tersebut tidak disahut dengan tindakan.

    “Mereka hanya mampu bersandiwara kononnya ini satu konspirasi. Mereka cuba meraih simpati dengan tangisan dan air mata tetapi Anwar lupa rakyat sudah meluat dengan sandiwara lapuk ini,” jelasnya.

    pemudatg kata: Memang tak berani punya, kalau tak benar semua benda yang didakwa oleh orang lain tu tak betul, lama dah mereka semua buat benda yg kat atas semua tu. Tapi yang peliknya, Nuar anak beranak berani plak mendakwa itu ini semua benda yang dibuat oleh Kerajaan BN tak betul. Tapi bila bab salah laku seks dan sebagainya, takut la pulak....Jadi renung-renungkan dan buat keputusan untuk tidak menyokong pakatan haram ini !

    2 comments:

    1. AHHHH 1 PON DIA X BRANI NAK BUAT BROO. TP KALAU SUH MELIWAT MENYUNTUT DIA LE ORG YG PERTAME KE DEPAN! TAK PAYAH ORG SUROH KEHKEHKEH

      ReplyDelete