Cabaran ini dilontar kepada anu -gerah tuhan si jijah untuk membuat sumpah laknat, ternyata berita gembira ini tidak mengembirakan kepada Anu-wa kerana mengikut tafsiran beliau, tuntutan dari mana yang meminta Anu-wa untuk berbuat demikian.
Tapi kenapa perlu takut sekiranya benar? Bikin saja lah. Tapi....si jijah pun buat tak kisah je.... Jijah tak kisah ke kalau anu-gerah ini terus-menerus menganaz? Atau Jijah memang suka aksi ganaz?
PUTRAJAYA 27 April – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengalu-alukan jika benar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin bersumpah mubahalah iaitu sumpah laknat dalam masa terdekat.
Menurut beliau, kesediaan Anwar melakukan sumpah laknat tersebut akan membolehkan rakyat negara ini mengetahui kedudukan sebenar isu yang menyelimuti Penasihat PKR itu.
“Saya tidak tahu mengenai perkara itu, tetapi kalau benar, Alhamdulillah dan amat dialu-alukan supaya umat Islam dapat penjelasan mengenai kedudukan sebenar.
“Jika benar dia akan melakukan sumpah laknat dalam masa terdekat, ia satu berita gembira kepada masyarakat ketika ini mahu mengetahui cerita sebenar di sebalik isu video seks yang kian hangat diperkatakan,” katanya.
Menurut Jamil Khir, bersumpah merupakan salah satu cara dalam Islam bagi membuktikan diri tidak bersalah dalam sesuatu perkara
“Anwar hanya perlu lafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi di hadapan masyarakat umum seperti yang dilakukan individu lain bagi membersihkan namanya, jika betul dia tidak terlibat dalam video seks tersebut, maka sumpah laknat bukan satu masalah baginya,” katanya.
Jamil Khir mengulas khabar angin yang mengatakan Anwar dan trio ‘Datuk T’ akan melakukan sumpah laknat dalam masa terdekat bagi membuktikan siapa yang benar dalam isu video seks yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang itu
No comments:
Post a Comment