Benarkah DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini walaupun Kerajaan Persekutuan akan membubarkan Parlimen?
Boleh ke perkara seperti ini boleh dilakukan? Apakah ini satu lagi strategi untuk melemahkan Kerajaan Persekutuan?
Bilakah pula DUN Selangor akan dibubarkan? Adakah selepas Mac 2012?
Adakah Tan Sri Abdul Khalid ini terus mengekalkan kuasa beliau sebagai Menteri Besar yang besar kepalanya?
Adakah mereka akan mengamalkan terus sistem autokrasi mereka di Selangor dan mengharamkan demokrasi?
Ingat, Rakyat Selangor akan bangun memberontak sekiranya sifat bacul ini dilakukan di Selangor. Rakyat Selangor akan menumbangkan Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid seperti mana yang berlaku di Mesir.
Ingat Kuasa di tangan Rakyat dan bukannya di tangan pakatan rakyat.
SHAH ALAM 1 April - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini walaupun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen.
Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 memandangkan mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013.
"Selain itu, desas-desus bertiup bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya,” katanya pada persidangan media selepas sidang DUN Selangor yang berakhir hari ini dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan. - Bernama
No comments:
Post a Comment