Thursday, March 31, 2011

Hantu dan Jembalang Menyerang Sarawak...?



Kepada para pengundi di Sarawak, hendaklah sentiasa bersiap sedia sepanjang masa kerana terdapat Hantu dan Jembalang yang akan datang dan melakukan aksi-aksi "thriller".

Hantu dan Jembalang ini akan sedaya upaya akan cuba merasuk seberapa ramai pengundi-pengundi di Sarawak. Sebagai langkah bejaga-jaga, sediakanlah seberapa banyak perangkap untuk menangkap Hantu dan Jembalang ini. Jangan takut dan gentar untuk menangkap Hantu dan Jembalang ini, kerana mreka pun makan nasi dan makan mee. Mereka juga dapat dilihat dengan mata kasar samaada siang atau malam.

Tetapi Hantu dan Jembalang ini akan lebih aktif terutama sekali pada waktu malam untuk memberikan ceramah. Memang terar lah Hantu dan Jembalang ini boleh memberi ceramah....
Mari kita ramai-ramai tangkap itu Hantu dan Jembalang......  


KUCHING 30 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengingatkan rakyat di negeri ini bahawa 'hantu dan jembalang' yang wujud pada pilihan raya negeri April ini hanya berjuang untuk puak serta suku-sakat mereka tanpa menghiraukan nasib rakyat secara keseluruhannya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana 'hantu dan jembalang' itu datang dengan 'mulut manis' membuat tawaran-tawaran yang disifatkannya sebagai pembohongan serta palsu semata-mata.

''Inilah waktu untuk rakyat Sarawak menolak hantu dan jembalang yang sebahagiannya datang dari Semenanjung dan sebahagian pula berada di negeri ini sejak sekian lama.

''Jadi ini adalah detik penentuan yang sangat penting bagi rakyat, satu penentuan masa depan yang lebih terjamin dengan memastikan Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan padu rakyat lebih besar berbanding pilihan raya negeri sebelum ini," katanya.

Wednesday, March 30, 2011

Rakyat mahu kerajaan yang cekap, bersih dan telus - Najib


KUALA LUMPUR 30 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat hari ini mengharapkan bukan hanya pembangunan semata-mata tetapi sebuah kerajaan yang mampu mentadbir dengan cekap, telus dan bersih yang boleh dianggap sebagai tadbir urus yang baik.

Perdana Menteri berkata, jangkaan rakyat dan juga sikap mereka terhadap pemimpin dan kerajaan sudah berbeza.
Menurutnya, sebab itu ukuran untuk menjadi pemimpin hari ini adalah lebih tinggi dari dahulu kerana pada masa dahulu maklumat tidak mudah diperolehi tetapi pada hari ini rakyat lebih berpendidikan dan memperoleh maklumat yang lebih.

"Hari ini apapun kita nak sembunyipun akhirnya akan timbul juga, orang akan tahu juga. Jadi kita sebagai pemimpin mesti sedar (dan) kena buat perubahan pada diri kita... penyesuaian”. "InsyaAllah kalau kita buat penyesuaian, saya yakin rakyat masih lagi mahu kepada Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara kita, tapi mereka nak BN yang sudah berubah mengikut selera keadaan hari ini,” katanya berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) ke-34 di Bangunan BAKTI Siti Hasmah, di sini, hari ini. - Bernama

Tuesday, March 29, 2011

Generasi muda perlu tahu tujuh wasiat raja Melayu


Anda seorang MELAYU......SILA BACA INI................

PULAU PINANG 28 Mac - Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) mencadangkan tarikh 5 Ogos 1957 diingati sebagai sejarah penting negara bagi memberi kesedaran kepada rakyat khususnya generasi muda tentang tujuh wasiat raja-raja Melayu yang digariskan untuk mereka.


Presidennya, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, pada tarikh tersebut seramai sembilan raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi wasiat-wasiat berkenaan.

Menurut beliau, perkara itu wajar diketahui oleh generasi muda bagi memastikan hak orang Melayu dan kaum-kaum lain tidak dipertikaikan.

"Tarikh ini seharusnya diingati sebagai sejarah penting negara supaya generasi akan datang tidak akan cuba mengganggu-gugat apa yang telah menjadi milik rakyat khususnya hak orang Melayu.
"Ini penting supaya semua kaum dapat terus hidup aman tanpa sebarang pertelingkahan," katanya pada majlis tahlil sempena ulang tahun ke-84 Pemenang di sini malam tadi.

Pada majlis tersebut, beliau menyerahkan gambar yang merakamkan peristiwa menandatangani perjanjian berkenaan untuk dipamerkan kepada orang ramai di Bangunan Pemenang di sini.
Antara tujuh wasiat yang terkandung dalam perjanjian tersebut adalah nisbah tanah milik orang Melayu perlu dikekalkan sehingga 50 peratus, jaminan kedaulatan raja-raja Melayu dikekalkan dan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan.

Turut diwasiatkan ialah melindungi keistimewaan hak orang Melayu dan kaum-kaum lain, Islam sebagai agama rasmi serta penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja bagi membanteras ancaman dari luar dan dalam negara.

Sunday, March 27, 2011

Sorry No Blogging Today....


Maaf....penulis blog Cuti untuk berkursus....... Kursus apa...? Rahsia... He he he...

Thursday, March 24, 2011

Ringkas & Mudah - PRU Sarawak

Semoga Manifesto ini banyak memberi perhatian dalam membangunkan rakyat terutama sekali di luar bandar dan membantu rakyat miskin di Sarawak. Tidak lupa juga meneruskan pembangunan di bandar-bandar baru bagi mengembangkan ekonomi agar dapat dirasai oleh rakyat keseluruhannya.


KUCHING 24 Mac - Manifesto Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi pilihan raya negeri ke-10 adalah ”ringkas dan mudah” dan akan diumumkan kepada orang ramai selepas penamaan calon, kata Pengerusi BN negeri dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Saya baru saja meneliti draf akhir. Ia OK, sangat ringkas dan mudah,” katanya selepas merasmikan Pameran Bangunan Perdagangan anjuran Institut Arkitek Malaysia Bahagian Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini.

Taib, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, kandungan manifesto itu dipermudahkan untuk membolehkan anggota BN memahami dan mengaitkannya dengan kawasan pilihan raya masing-masing. - Bernama

Wednesday, March 23, 2011

Jangan Bugil Depan Kamera...Nanti jadi video seks



Memang buang masa pun, semua nya hari-hari cerita nuar. Tak de ke cite lain yang elok-elok....tak habis-habis cerita seks seolah-olah sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia dengan sensasi cerita seks luar tabiee & seks bebas.

Seperti tiada kesudahannya. Dipaparkan dimuka hadapan akhbar-akhbar utama Malaysia dari berbahasa Malaysia, English, Mandarin, Tamil dan sebagainya.
Segan rasanya nak bawa balik akhbar balik kerumah kerana anak yang masih kecil membaca akhbar tersebut dan bertanya kepada ibubapa mengenai tajuk hadapan tersebut.

Jawapan apa yang hendak diberikan...? Letih nak menjawabnya ni.....

Parlimen Panas Dengan Isu Video Seks


Mana tak panas nya...belum abis lagi kes Mr Y di Mahkamah, ada lagi plak isu video seks. Meletup satu Malaysia dgn kes terkini pula.

Selepas ini apa pula lagi....?

KUALA LUMPUR 22 Mac - Seharian berada di Parlimen, isu yang paling hangat diperkatakan tentunya mengenai pendedahan rakaman video seks pemimpin pembangkang oleh individu misteri bergelar Datuk 'T'.
Namun, tidak ramai di antara ahli Parlimen yang mahu memberi kenyataan kepada media mengenainya dan amat berhati-hati untuk memberikan ulasan.

Antara yang 'dijangkiti sindrom' berhati-hati itu termasuklah Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali yang sebelum ini lantang bersuara dengan mengingatkan semua pihak agar tidak mudah membuat kesimpulan mengenai siapa yang terlibat.

"Saya berpendapat seeloknya Datuk 'T' menyerahkan video itu kepada polis. Biarkan polis siasat dan kalau perlu, mungkin boleh ditubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat video tersebut.
"Bagaimanapun berdasarkan reaksi yang diterima, rakyat tidak kisah sama ada ini tuduhan, penafian atau konspirasi. 

Mereka hanya mahu tahu kebenaran tentang siapa terlibat," katanya sambil menegaskan ini hanyalah pandangan peribadi yang tidak melibatkan Perkasa.
Dalam pada itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berharap, pihak berkaitan menggunakan saluran perundangan dalam mencari kebenaran.

"Kalau setakat tuduh dan nafi, ia tidak akan menyelesaikan masalah malah saya risau polemik menjadi berpanjangan sehingga mendatangkan perpecahan dan pergaduhan yang tidak menguntungkan," katanya.
Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sekiranya benar pemimpin pembangkang itu terlibat, maka secara moralnya beliau perlu mengaku dan meletak jawatan tanpa membuat penafian serta menimbulkan kekeliruan.

"Hendak komen pun susah tetapi difahamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pun membuat laporan polis. Maka tiba masanya polis membuat siasatan rapi terhadap video tersebut.

"Jika bersalah perlulah diambil tindakan tetapi janganlah pula sesiapa berdolak-dalik dengan alasan perut buncit dan sebagainya,'' katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bebas, N. Gobalakrishnan enggan mengulas dengan alasan masih belum melihat video itu.