Sunday, June 19, 2011

Amak Big.....pojaaan pas pis pusing....

sekadar hiasan


KEPALA BATAS 18 Jun - Pemimpin Pas diselar kerana mengamalkan budaya 'politik kelkatu', iaitu menjadi pak turut dalam melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin menjelaskan, mereka sanggup mengetepikan agama dan perjuangan asal parti semata-mata mahu memegang kuasa.

Katanya, sokongan Pas terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini mencerminkan wajah sebenar para pemimpin parti itu.
"Tuhan bagi akal fikiran, gunakanlah. Jangan sampai jual agama, jual perjuangan semata-mata mahu pegang kuasa.

"Jangan jadi macam kelkatu. Kelkatu tahu cahaya boleh membunuhnya tetapi serangga ini tetap menuju ke arah cahaya meskipun sudah nampak kawan-kawannya yang lain jatuh.
"Jangan kita amal politik kelkatu, iaitu politik yang boleh menjatuhkan kita," katanya ketika menyampaikan ceramah pada program Wajah Sebenar..??!! Pakatan anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Permatang Tok Brain, Penaga di sini malam tadi.

Hadir sama Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris.
Zulkifli menambah, beliau hairan bagaimana pemimpin Pas sanggup menyokong Bersih yang dipengerusikan oleh 
Datuk Ambiga Sreenevasan, iaitu penyokong kuat Majlis Antara Agama (IFC).

Kumpulan sama juga pernah menuntut hak sama rata antara Islam dan bukan Islam, selain menjadi pelopor ulung kes murtad Lina Joy.
"Lupakah pemimpin Pas siapa Ambiga? Dialah penganjur IFC yang mereka pernah lawan habis-habisan dulu.
"Namun, hari ini mereka boleh angkat Ambiga. Merekalah hipokrit paling besar," tegasnya.

pemudatg kata: Pas pis pusing semuanya, sekalang sudah amak big sudah menjadi permata nilam kepada pas pis pusing. Menjadi pojaan hati pas pis pusing. Lobang hidung amak big menjadi pojaan hati pas pis pusing.

Bebal-bebal, tak pulak nak masukkan fatwa-fatwa bila tang amak big nie...... Apalah nak jadi depa semua.....
Mana pergi semua golongan ulamak pas pis pusing? Senyap....tak berkata apa?
Mana pergi golongan profesional...? Semua pun dah jadi bengap ke?

3 comments:

  1. PENCACAI2 PAS YG BEBAL2 TU PALING KITA KESIAN BROO. HIDUNG MASING2 DH KENE CUCUK KENE TAMBAT. NAK LEPAS AGAK SUSAH SKET LA SBB KETUA2 REJIM PASRAEL IKAT GUNA FATWA MERAPU. TU PUN MASIH ADE YG TERLEPAS. YG TERLEPAS TU KIRA NASIB2 LAA HUHUHU

    ReplyDelete
  2. Puak Pebangkang sudah sedar yg mereka tidak akan ada upaya utk menumbangkan Kerajaan BN di PRU13 nanti.
    Ini disebabkan kesalahan mereka sendiri. Tengok bagaimana Pakatan Rakyat gagal memerintah dgn betul:
    1. Kaum India telah sedar bagaimana mereka telah dibohongi Anwar di Kg Buah Pala."Kita menang pilihanraya, dlm satu minggu kita bagi semua penduduk Kg Buah Pala surat milik tanah" Bila dah menang di Penang, Pakatan Rakyat telah menjual tanah Kg Buah Pala kpd pemaju dan penduduk2 boleh POH YA!
    2. Rakyat, terutamanya kaum Melayu dapat melihat bagaimana kerajaan DAP Penang merobohkan gerai2 Melayu. Tetapi gerai2 Cina yg berniaga sampai ke tengah jalan tak apa!
    3. PAS dah jadi sangat bacul dlm mengikut saja apa kata DAP komunis. PAS dah terpaksa mengharapkan undi dpd kaum Cina kerana kaum Melayu dah sedar mainan politik PAS yg sanggup menggadaikan agama Islam utk mendapat kepercyaan kaum Cina dan sekali gus kehilangan sokongan kaum Melayu.
    4. PR di Selangor telah merompak wang rakyat sehingga habis.
    5. PAS di Kedah hanya membalun duit rakyat bersama dgn kroni2 MB.
    6. PAS Kelantan pun 2 x 5, tidak membangun bersama Isle. Sebaliknya Nik Aziz dan konco2nya telah melahap semua duit balak.
    Di atas semua keburukan di atas, Pakatan Rakyat mana ada harapan utk menang PRU13. Sampai jika Parliamen dibubarkan sekarang, semua negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak akan membubarkan DUN sebab sudah tidak yakin akan menang balik kerusi2 DUN mereka.
    Jadi utk mengambil jalan pintas ke Putrajaya, Pakatan Rakyat telah mengambil keputusan utk mengadakan huru hara melalui Bersih2 ala Tahrir Square di Mesir.
    Satu Ops Lalang harus diambil sekarang utk menangkap semua petualang yg bertanggungjawab utk mengadakan Bersih2 di bawah Akta ISA.
    Kita semua tahu bahawa jika Bersih tidak dapat diadakan, pihak Pembangkang akan kerugian beratus ribu ringgit wang utk membuat T-shirt Bersih2. Duit itu sewajarnya digunakan utk kempen pilihanraya PRU13 nanti.
    Yang kita rakyat, terutamanya kaum Melayu kesalkan adalah kenapa hanya kaum Melayu dpd PAS dan PKR shj yg berdemo? Mana perginya kaum Cina dari DAP? Pihak DAP hanya merancang, membiayai dan melihat dari jauh shj?
    Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pun harus ditangkap bersama Ambiga dan Mat Sabu.
    Cegah sebelum parah.
    Kecuali jika Melayu mudah lupa ????

    ReplyDelete
  3. Bro Jeff,
    Tak kan sampai semua golongan profesional dalam pas pis pus semua tak berani bersuara? Kata bijak pandai.... Kenapa bila UMNO buat sesuatu, semua jadi tak betul?
    Mana kewarasannya? Tapi kena ingat lah balik, pasalnya.....depa semua ni pun manusia gak...ada nafsu untuk pegang jawatan, ada nafsu nak jadi kaya, ada nafsu nak kuasa.....
    Tu je matlamat akhir depa....

    ReplyDelete