Monday, June 6, 2011

Pas tidak konsisten perjuang negara Islam

Koyak-koyak.....semua sudah tukar..


KUANTAN 5 Jun - Pas tidak lagi konsisten dalam memperjuangkan konsep negara Islam kerana yang lebih penting bagi parti itu kini adalah menjaga hubungan dengan rakan pembangkang yang lain.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, tindakan Pas mengetepikan perjuangan penubuhan negara Islam, jelas menunjukkan agenda sebenar parti itu yang hanya mahu mendapatkan kuasa.

"Perkara ini jelas kerana dalam muktamar Pas, tiada langsung ucapan yang menyebut mengenai penubuhan konsep negara Islam, malah hukum hudud yang dilaungkan selama ini tidak disentuh langsung.

"Sebaliknya, mereka mengubah perjuangan itu kepada konsep negara kebajikan yang lebih disenangi rakan pembangkang lain iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar, di sini hari ini.

1 comment:

  1. PAS NI MCM LALANG BROO. DEEAAYPIG TIUP KE KIRI DIA IKUT, PEGAYRARR TIUP KE KANAN DIA IKUT. XDE PENDIRIAN LANGSUNG!. TUBUH PARTI CUMA NAK JADI BALACI ORG LAIN KEHKEHKEH

    ReplyDelete