Tuesday, August 16, 2011

Amalan Islam bakal tergadai




KUALA LUMPUR 15 Ogos - Satu demi satu amalan agama dan tradisi umat Melayu Islam di negara ini bakal tergadai sekiranya tiada pihak mahu mempertahankannya semata-mata kerana mengejar kepentingan politik pihak tertentu.
Dalam isu terbaru berkenaan larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara yang disokong oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu jelas membuktikan undi rakyat adalah lebih penting daripada mempertahankan akidah Islam.
Justeru katanya, adalah lebih baik pemimpin Pas menukar slogan perjuangan mereka kepada 'Berjuang Demi Undi' yang memberi maksud 'Aku mesti menang walaupun Islam kalah'.
''Nampaknya hujan sudah naik ke langit. Agaknya Menteri Besar Kelantan dan pemimpin Pas lain tidak lagi berhasrat menggunakan pembesar suara apabila memberi tazkirah atau program qiyamullail di masjid atau surau walaupun jumlah jemaah ramai," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat 7 April lalu memutuskan, membaca al-Quran dengan pembesar suara di masjid dan surau adalah dilarang mengikut hukum syarak. Selanjutnya sila klik di sini

Pemudatg kata: Rakyat harus bijak menilai dan membuat pertimbangan dalam mencari kebenaran dan tidak membuat keputusan berasaskan kepada fitnah pembangkang semata-mata.

No comments:

Post a Comment