Friday, August 12, 2011

Jangan sertai perhimpunan haram di Kuching esok - polis




KUCHING 12 Ogos — Polis hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai sebarang perhimpunan anjuran Gerakan Untuk Perubahan Sarawak (MoCS) esok kerana tiada sebarang permit dikeluarkan untuk tujuan itu.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong berkata, polis telahpun mendapat perintah mahkamah semalam (11 Ogos) untuk mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta perhimpunan tersebut jika mereka masih lagi enggan mematuhi arahan yang telah diberikan polis.
"Polis juga telah diberikan kuasa untuk menahan sembilan indidivu termasuk Ketua MoCS Franchis Siah sendiri jika mereka turut berada di kawasan sekitar halaman Muzium Sarawak petang esok,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata, untuk memastikan keadaan terkawal, pasukan keselamatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di beberapa lokasi strategik sekitar kawasan yang dirancang untuk perhimpunan itu.
Menurutnya polis juga sudahpun bersedia dengan beberapa strategi untuk mengawal sebarang perhimpunan haram berdasarkan kepada beberapa pengalaman sebelum ini. — Bernama

pemudatg kata: Apalah bengap pakatan haram jadah nie....tak ambil iktibar lansung dari kejadian di London yang telah berlaku...masih tidak memikirkan perpaduan dan keselamatan majoriti rakyat yang menolak sebarang demo dan kacau ganggu kepada masyarakat yang hidup rukun damai.

No comments:

Post a Comment