Saturday, August 6, 2011

Tutup Mulut....OK..? Tapi kalau nak cakap boleh aje....




SHAH ALAM 5 Ogos - Semua Exco Kerajaan Negeri Selangor diarahkan 'menutup mulut' daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya pada malam Selasa lalu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu arahan itu diikuti sehingga kerajaan negeri menerima laporan penuh daripada JAIS dan kemudian mempersembahkannya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat nasihat baginda dalam menyelesaikan isu tersebut.
''Kerajaan negeri peka dengan laporan media berkenaan serbuan oleh JAIS pada majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada malam 3 Ogos 2011.
''Sebaik menerima laporan JAIS, saya akan menghadap Tuanku Sultan untuk mendapat nasihat dalam menyelesaikan isu ini serta memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar di sini, hari ini.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali dalam kenyataan akhbarnya menafikan pasukan penguat kuasa JAIS dan anggota polis melakukan serbuan ke atas gereja berkenaan, sebaliknya membuat pemeriksaan selain terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam ke atas penganut Islam.
Ia dilakukan setelah mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.
Kenyataan Hasan yang dilihat mempertahankan tugas penguatkuasaan JAIS didapati bercanggah dengan kenyataan Menteri Besar semalam yang kesal dengan insiden serbuan pasukan penguatkuasaan agensi agama itu dan mahu laporan penuh diberikan kepada beliau.

Pemudatg kata: Boleh ke yang lain tutup mulut? Berani pulak beri kata dua pada exco untuk tutup mulut? Atau saja-saja nak tunjuk power, lepas tu bila kena desak dgn Dapig...akhirnya tak da makna....? Kalau betul-betul nak tunjuk power, jgn kasi muka....siasat sampai ke akar umbi. Kalau salah kata salah, kalau tidak tunjukkan bukti....? Ada berani ke mat gagap? Buat Hassan pulak, apa beza nya serbuan dgn pemeriksaan, sama je kan...kalau dah masuk ke kawasan gereja tu, kira ko dah serbu dan periksa lah kan.....Apa la dol sangat ko nie...?

No comments:

Post a Comment