Wednesday, February 9, 2011

Akur akhirnya....rela terpaksa...


Akhirnya terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat. Apalagi, panas la punggung si ggap tu, bkn calang-calang orang, Datuk Mohamad Khusrin ini. Segala urus tadbir negeri akan juga dipantau oleh beliau.

Hasil-hasil negeri juga akan dipantau, kemana disalurkan dana-dana itu. Apakah cukai yang dikutip diurus tadbir dengan telus. Maklumlah, Selangor negeri yang cukup banyak hasilnya. Dari lapangan terbangnya, pelabuhan dan sektor perindustrian yang merata pelusuk negeri.

Selamat Menjalankan tugas buat Datuk.


SHAH ALAM 9 Feb. – Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamad Khusrin Munawi akan dibenarkan mengangkat sumpah simpan rahsia, bagaimanapun hanya selepas kerajaan negeri menyusun semula format mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pindaan terhadap format mesyuarat itu perlu kerana anggota Exco mahu mengadakan perbincangan secara bebas dan tidak terbatas mengenai perkara tertentu.
Beliau berkata, mesyuarat Exco mungkin dibahagikan kepada dua, dengan satu segmen hanya dihadiri anggota Exco.

"Mohamad Khusrin akan hanya dibenarkan mengangkat sumpah simpan rahsia sebaik sahaja kami susun semula format proses membuat keputusan dalam majlis eksekutif.
"Kami berpendapat ada perkara-perkara yang kami perlu selesaikan, terutama membabitkan pelantikan pegawai-pegawai kanan, di mana anggota bukan ex-officio, iaitu Exco, mahu mengadakan perbincangan secara bebas dan tidak terbatas.

“Misalnya, kami berpendapat perkara berkaitan kenaikan pangkat orang hanya patut dibincangkan di kalangan anggota Exco,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini.
Abdul Khalid berkata, Mohamad Khusrin kemungkinan besar akan mengangkat sumpah minggu depan. – Bernama

No comments:

Post a Comment