KOTA BHARU 2 Feb. - Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja diminta mengkaji kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Nik Aziz telah mengeluarkan banyak kenyataan yang bercanggah dengan syarak seperti menyifatkan Tuhan sebagai samseng, pencarut
dan sebagainya.
Beliau berkata, amat malang apabila Menteri Besar Kelantan itu yang dikenali sebagai ulama, tidak mempunyai ciri-ciri ulama sebenar, lebih-lebih lagi apabila mengeluarkan kenyataan sanggup berkawan dengan syaitan dan musuh Islam, tetapi bermusuhan sesama Islam.
Blog tuan telah kami link kan.. mohon link semula blog kami di dalam blog tuan..
ReplyDeletewww.malaysianutd.blogspot.com
TQ