Thursday, February 10, 2011

Hukuman Penjara Kalau Salah Guna Masjid

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak atau individu yang menyalah gunamasjid atau surau sebagai tempat untuk berpolitik sama ada pihak kerajaan atau pembangkang.
Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini individu atau pihak terbabit perlu mendapatkan kebenaran daripada Jais kerana boleh ditahan dan didakwa oleh penguatkuasa Jais sama ada melalui pemantauan atau adaun daripada orang ramai.
Pegawai Perhubungan Awam Jais, Nurhamizah Othman, berkata pemantauan yang dilakukan oleh Jais adalah untuk membendung salah guna masjid atau surau oleh pihak tertentu yang menjadikan tempat berkenaan sebagai tempat berpolitik.
Menurutnya, mereka yang melakukan aktiviti berkenaan tanpa mendapat tauliah daripada Jais boleh dikenakan tindakan undang-undang dan didakwa di bawah Eanakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.
“Saya mengingatkan kepada mereka yang terbabit supaya tidak menyalah guna kesucian masjid dan surau terutama pada bulan Ramadan ini dan mereka yang ingin melakukan aktiviti berkenaan perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Pejabat Agama Islam Daerah atau Jais sendiri bagi mengelak dikenakan tindakan.
“Mereka yang didapati melakukan kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas program ceramah dan tazkirah yang diadakan oleh pihak masjid dan surau sepanjang Ramadan di Selangor.
Katanya lagi, setiap permohonan akan melalui tapisan keselamatan yang ditetapkan Jais dan juga ditemuduga sebelum tauliah itu dikeluarkan.
Menurutnya, sepanjang Ramadan ini pihak penguatkuasa Jais akan memantau setiap aktiviti dan ceramah yang diadakan di masjid atau surau di seluruh Selangor.
“Orang ramai juga boleh membuat aduan kepada Jais jika ada pihak yang mengadakan ceramah tanpa tauliah atau menyalahguna kebenaran yang diberi seperti memberi ceramah berunsur politik atau perkara-perkara yang boleh menggugat keselamatan negara.
Menurutnya, penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jais adalah sejajar dengan titah Sultan Selangor supaya tidak menjadikan tempat ibadat seperti masjid dan surau sebagai tempat untuk berpolitik. MediaUMNO.

No comments:

Post a Comment