Suasana aman, damai dan selamat kesan dari kestabilan politik dan limpahan ekonomi yang makmur dan semua ini adalah hasil dari kesungguhan oleh Kerajaan Barisan Nasional bagi memastikan semua rakyat dapat hidup harmoni dalam suasana majmuk masyarakat Malaysia.
Tidak kira apa sahaja cuti perayaan di Malaysia, semua akan memanafaatkan cuti tersebut untuk balik ke kampung dan bercuti ditempat-tempat percutian.
Ini sekaligus akan menjana ekonomi domestik dan meningkatkan pendapatan peniaga di luar bandar secara amnya.
Termasuk jugalah pembangkang yang turut merasa nikmat kemakmuran negara walaupun hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu untuk melaksanakan apa-apa demi kebaikan rakyat Malaysia. Sama-sama renungkan......
LANGKAWI 5 Feb. – Kehadiran begitu ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke sini sempena cuti Tahun Baharu Cina sejak Khamis lepas menyebabkan ramai pengunjung tidak mendapat tempat penginapan.
Kehadiran pelancong yang difahamkan melebihi 50,000 orang menyebabkan semua bilik hotel, resort, chalet dan inap desa habis ditempah.
Keadaan itu menyebabkan ada pengunjung terpaksa menjadikan kereta yang disewa sebagai penginapan untuk melepaskan mengantuk pada waktu malam dan ada yang tidur di tepi pantai, tempat lapang dan di masjid.
Beberapa pengusaha feri berkata Khamis lepas adalah yang paling sibuk kerana mereka terpaksa mengendalikan kira-kira 20,000 pengunjung.
Jurucakap Kumpulan Baron yang mempunyai rangkaian resort dan hotel di Langkawi, berkata semua bilik penginapan mereka habis ditempah untuk tempoh beberapa hari semasa cuti Tahun Baharu Cina.
Sementara itu, pengurus syarikat perkhidmatan feri penumpang, Wong Sie Kiong berkata perkhidmatan feri ulang-alik dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah ke Langkawi mencukupi bagi menampung kebanjiran pelancong ke pulau bebas cukai itu.
"Perjalanan tambahan turut diadakan membabitkan 40 perkhidmatan pergi balik mengikut permintaan,” katanya.
Katanya lebih 40 feri sedang mengadakan perkhidmatan mengikut laluan Kuala Perlis, Kuala Kedah dan Pulau Pinang ke Langkawi.
Tinjauan di pusat membeli-belah, kedai, gerai dan restoran turut mendapai lokasi terbabit dipenuhi pelancong.
Selain itu, kereta kabel, tempat tarikan seperti Under Water World, pantai Cenang turut menjadi tumpuan pelancong.
"Jualan makanan musim cuti Tahun Baharu Cina ini adalah yang terbanyak, berbanding sebelum ini,” kata seorang peniaga makanan di sini - Bernama
No comments:
Post a Comment