Sunday, August 14, 2011

Felda cerita manis dalam lipatan sejarah Malaysia - PM




KOTA TINGGI 14 Ogos — Felda adalah cerita manis dalam lipatan sejarah negara kerana agensi pembangunan tanah itu telah mengadakan transformasi awal pada ketika perkataan transformasi bukanlah suatu perkataan popular ketika Felda ditubuhkan dahulu.

Menyifatkan kejayaan Felda pada hari ini sebagai sesuatu yang unik dan istimewa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 114,000 keluarga sudah pun mendapat manfaat daripada Felda dan kerajaan akan menjadikan Felda sebuah institusi yang semakin kuat.

Bercakap ketika melakukan lawatan ke Gugusan Felda Tunggal di sini hari ini, beliau berkata, pendapatan masyarakat Felda seperti di Felda Tunggal yang rata-ratanya mencecah RM4,000 sebulan sama nilainya dengan pendapatan penduduk di bandar kira-kira RM8,000 sebulan.

Najib berkata, kejayaan Felda yang menjadi tonggak kekuatan kerajaan menyebabkan sesetengah pihak tidak senang duduk, lantas menabur fitnah mengatakan Felda sudah bankrap.

Transformasi Felda, kata Najib, bukan setakat dalam kalangan peneroka sendiri, malah membabitkan anak-anak Felda yang ramai di antaranya kini berpendidikan tinggi sehingga ke peringkat Sarjana. — Bernama

Permudatg kata: Alhamdulillah.......semoga Felda akan terus cemerlang dan menaikkkan ekonomi negara disamping membantu golongan Bumiputera. 

2 comments:

  1. SEPAK JEK SI ALIMAN BINGAI TU MASUK PARIT. BUAT HAPER FELDA NAK TANGGUNG ANAK DEHAKA MCM DIA..PERABIH BOREHH JO JANGG KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. sepak dalam parit mana cukup bro, buang daerah je....gi antar daerah di somalia dan suruh dia bercocok tanam kat sana.....mangkok ayun la si bingai tu...

    ReplyDelete