Saturday, October 8, 2011

Kelantan tubuh jawatankuasa pelaksana hudud





KOTA BHARU 7 Okt. - Selepas didesak pelbagai pihak, akhirnya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan satu jawatankuasa pelaksana hukum hudud akan ditubuhkan.
Menurut beliau, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi menentukan bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 bakal digazetkan untuk pelaksanaan serta penentuan semua perkara berkaitan seperti pelantikan hakim.
Mursyidul Am Pas itu berkata, penubuhan jawatankuasa tersebut hanyalah perkara teknikal dan segala urusan terletak kepada tindakan pegawai kerajaan negeri.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan dengan tepat bila tugas jawatankuasa pelaksana itu akan bermula dan memberi alasan ia tidak boleh tergesa-gesa.
"Kita akan tubuh dan serah kepada jawatankuasa itu, bagaimana nak gazet, siapa nak dilantik jadi kadi, hakim, benda ini bukan lagi kerja saya tapi kerja teknikal, kerja pegawai.
"Benda ini tidak boleh buat dengan cepat, selama ini kita hanya beri kursus dan penerangan, sekali setahun kita buat wacana hudud kerana kita berasa payah, tapi sekarang ini alhamdulillah, dengan pemahaman yang diberi pakar perlembagaan seperti Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, nampak jelas, tidak ada apa salah untuk melaksanakan hudud.
"Seperti saya pernah sebut, ini urusan dan perkara negeri, di bawah kuasa Tuanku Sultan, jadi kenapa Kerajaan Pusat nak ganggu kerja-kerja ini, malah Abdul Aziz kata kita boleh saman Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana dia ganggu semangat federalisme dengan surat amarannya dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya bila kerajaan Kelantan akan melaksanakan hukuman hudud selepas menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini, hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan teguran Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad bahawa kerajaan negeri hanya lantang bercakap mengenai hudud pada waktu tertentu meskipun peruntukannya telah diluluskan sejak lebih 20 tahun lalu.    Selanjutnya....disini...http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

pemudatg kata: Lama tu....dah 20 tahun.....abok pun tarak....semua nak salahkan orang lain......

No comments:

Post a Comment