Sunday, October 30, 2011

PRU-13: Tsu Koon nafi beritahu blogger akan cabar Guan Eng

Mesranya.....



KUALA LUMPUR 30 Okt. – Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Sambil menepis laporan itu, Tsu Koon menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar.
Beliau berkata, penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.
"Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu... ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.
"Setiausaha Akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Terbuka Deepavali Parti Gerakan di Menara PGRM di Cheras dekat sini hari ini.
Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas tulisan dalam blog PapaGomo yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Setiausaha Agung DAP, Guan Eng di mana-mana kawasan untuk bertanding pada PRU Ke-13 (PRU-13) akan datang. – Bernama

pemudatg kata: Kalau nak cabar pun apa salah nya.......Berani ke?

No comments:

Post a Comment