Friday, February 18, 2011

Din Puduraya pasti gembira.....



Adoi.....bertambah sesak kembali lah puduraya setelah kerja-kerja menaiktaraf hentian puduraya ini selesai siap pada bulan April nanti.

Hem....tak sabar rasanya  ingin melihat suasana ruang dalaman puduraya ini yang dikatakan kos menaiktaraf ini bernilai jutaan ringgit. Pastinya semua ini dilakukan demi keselesaan rakyat.

Diharap bukan hanya dari segi fizikal sahaja dinaik taraf tetapi ulat-ulat tiket dapat dibenteras bagi mengelakkan sebarang penipuan kepada penguna-penguna.

Diharap pihak LPKP dan JPJ dapat memantau aktiviti-aktiviti tidak sihat ini.


KUALA LUMPUR 18 Feb. - Pembukaan semula Hentian Puduraya ditangguhkan pula ke 16 April depan berikutan kerja-kerja menaik taraf belum siap sepenuhnya.

Berikutan itu, Terminal Bas Bukit Jalil akan dikekalkan buat sementara waktu untuk kegunaan orang ramai, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah beliau mengadakan perbincangan dengan pemaju Hentian Puduraya, UDA Holdings Berhad dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini.

"Kemudahan di hentian ini perlu diperbaiki lagi. Saya kurang berpuas hati kerana siling di sesetengah tempat terlalu rendah, eskalator, lif dan lain-lain belum ‘testing’ (diuji) lagi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Hentian Puduraya di sini.

Turut serta dalam lawatan hampir 45 minit itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Datuk Bakaruddin Othman dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar dan Pengurusan) Datuk Adnan Md. Ikhsan serta Pengarah Urusan Uda Holdings Berhad Datuk Jaafar Abu Hassan.

Hentian Puduraya sepatutnya dibuka semula pada 1 Mac ini selepas kerja-kerja menaik taraf dimulakan pada Jun 2009. - Bernama

1 comment:

  1. Salam Bro.

    Blog ini sudah saya link.
    teruskan perjuangan

    http://laksabentan.blogspot.com

    ReplyDelete