Saturday, July 2, 2011

8 termasuk Ezam dibebaskan


GEORGETOWN 2 Julai – Polis Pulau Pinang hari ini telah membebaskan lapan individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Mohamad Ezam Mohd Nor yang menyertai satu demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, kesemua mereka yang berusia berumur antara 27 dan 46 tahun itu dibebaskan secara berperingkat sejak malam tadi hingga hari ini.

“Polis telah membebaskan kesemua mereka selepas mengambil keterangan,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi “Jom Cegah Jenayah” di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini.
Katanya, mereka ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 27 Akta Polis 1967 kerana menyertai perhimpunan tanpa permit.

Selain Mohamad Ezam, antara yang ditahan ialah Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman dan Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin.

Kesemua mereka ditahan kerana menyertai kira-kira 1,500 orang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman dengan berarak dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komtar, di sini.

Perarakan sejauh kira-kira enam kilometer yang bermula 2.45 petang itu bagi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng. - Bernama

pemudaTG kata: Alhamdulillah, akhirnya kesemua para pejuang telah dibebaskan. Semoga ianya menjadi wadah perjuangan semua NGO-NGO Melayu agar bersatu menentang DAPig laknat... INSYAALLAH !

1 comment: