Tuesday, March 22, 2011

Video seks: Siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan


Mari kita siasat.....siapakah gerangan Mr Y....& Datuk T......ha ha ha....

KUALA LUMPUR 22 Mac - Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan klip video aksi seks di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan polis telah diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.
”...apa yang saya boleh katakan polis akan menyiasat kes ini,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini.

Mengikut peruntukan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Anwar membuat laporan di Ibu pejabat polis Dang Wangi di sini pagi ini berhubung video yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara semalam. - Bernama

1 comment:

  1. BAGUS BRO..BIAR POLIS SIASAT. KITA TENGOK SAPE YG KENAAA HUHUHU

    ReplyDelete