Tuesday, May 24, 2011

Kerajaan perlu bertanggungjawab kepada rakyat - TPM



MUAR 24 Mei - Walaupun menyedari kajian semula dasar pemberian subsidi akan menyebabkan kerajaan tidak popular dalam kalangan rakyat, langkah itu perlu dilakukan kerana ia merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab ia perlu menguruskan pembangunan dan ekonomi negara dengan betul untuk mengelak rakyat menanggung beban lebih teruk pada masa depan.

"Apa sahaja yang membabitkan penambahan kos kepada rakyat, ia akan menyebabkan kerajaan tidak popular. Walaupun kita mahu popular, tetapi pada masa yang sama kita juga perlu bertanggungjawab kepada rakyat,” katanya di Pagoh hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Tulang Gajah dan menerima borang keahlian UMNO daripada penduduk Orang Asli Kampung Sentosa.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pengurusan ekonomi dan kewangan yang betul akan memastikan Malaysia tidak mengikut jejak beberapa negara Eropah yang ekonominya mengalami masalah. - Bernama

1 comment:

  1. RAKYAT HARUS MEMIKIRKAN DGN RASIONAL BAHWA KENAIKKAN HARGA BARANG TERJADI DI SELURUH NEGARA. KERAJAAN CUMA BERUPAYA MENGEKALKAN SEBERAPA MURAH YG BOLEH. LAGIPUN BYK KEMPEN PENURUNAN HARGA BRG SDG DILAKUKAN.

    BAGAIMANA PUN ADA BARANGAN YG TAK MAMPU DI KAWAL SEPENUHNYA SEPERTI MINYAK DAN GAS KERANA IA BERGANTUNG KPD PASARAN DUNIA WALAUPUN KITA JUGA SEBAGAI NEGARA PENGELUAR (BKN PENGELUAR UTAMA)

    ReplyDelete