Monday, May 16, 2011

Kes liwat: Anwar jadi saksi pembelaan pertama

Ayoo yoo...Saya kena juga ka? Dey sivaji....mari tolong la...cit podaah


KUALA LUMPUR 16 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menjadi saksi pembelaan pertama yang akan dipanggil memberi keterangan pada 6 Jun diikuti 25 saksi lain di Mahkamah Tinggi yang dijadual mendengar kes pembelaan itu mulai 6 hingga 30 Jun.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas menemui kedua-dua pihak dalam kamarnya sejurus selepas beliau memerintahkan Anwar membela diri atas dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan memberitahu pemberita selain Anwar, mereka dijangka memanggil bekas pegawai perubatan Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Dr. Mohd Osman Abd Hamid dan dua pakar forensik.

Dr. Mohd Osman merupakan pegawai perubatan pertama yang telah memeriksa Mohd Saiful dan menasihatkannya mendapat rawatan lanjut di hospital kerajaan selepas beliau mengaku telah diliwat seorang “ahli politik berprofil tinggi.” 

Pakar berkenaan pula ialah Prof Dr. C. Damodaran dari Chennai, India dan Prof. Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, Australia.

Beliau berkata, pihak pembela juga akan menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin, Seri Rosmah Mansor yang berada dalam senarai 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan. - Bernama

pemudatg kata: Suruh membela diri pun dah takut. Siap panggil semua balaci-balaci ramai-ramai kat depan mahkamah. Biar je la proses ini berjalan dengan tenang.

3 comments:

  1. Blog saudara telah saya linkkan ke blog saya

    ReplyDelete
  2. BAGUS2..BIAR DIA POOSINGH DLU PUAS2..KASI HERO PANDIKUTTI MENANG DLU KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  3. SRO...Terima kaih atas link nya. Selamat Berjuang

    Jeff, si pandikutti tu pengecut, tu yg pangil ramai-ramai balaci dia...

    ReplyDelete