Tuesday, May 10, 2011

Pandi kutty: Anwar kian panik



KUALA LUMPUR 9 Mei – Sikap sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini berselindung di sebalik topeng agama semakin terserlah apabila sanggup menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran yang tidak sepatutnya.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Anwar panik kerana rakyat sudah bijak menilai peribadinya dan semakin menolak kepimpinan beliau yang jelas tidak mempunyai prinsip dan hala tuju.

“Justeru, Anwar melancarkan pelbagai serangan yang boleh merendahkan keperibadian Perdana Menteri khususnya kepada penyokong tegarnya walaupun ia bertentangan dengan agama serta tatasusila peradaban manusia.

“Ia adalah usaha terancang dan berterusan Anwar demi melampiaskan nafsu politiknya, meskipun nyata beliau kini semakin kehilangan sokongan termasuk daripada pembangkang sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor pula mencadangkan kerajaan agar mengambil tindakan tegas ke atas Anwar kerana ketua pembangkang itu sengaja mewujudkan suasana tegang.

“Anwar kini semakin terdesak, beliau bukan sahaja akan cakap kotor malah akan main kotor. Kerajaan perlu segera tangkap Anwar dan rampas pasportnya kerana saya dapat maklumat daripada sumber terdekat beliau merancang untuk cabut lari selepas menimbulkan huru-hara,” katanya.

pemudatg kata: Adakah ini sikap bacul seorang ketua pembangkang? Suka menghuru hara negara & rakyat? Apakah keuntungan yang rakyat dapat dari kata nista ini?

2 comments:

  1. Salam,

    Sheikh Anwar al-Juburie mmg tak berguna. Pergi jahanam la bangsat!!!!

    Mohon dilink blog www.pendekarberapi.blogspot.com ke blog tuan.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Wkumsalam.
    Terima kasih Pendekar Siber, blog Tuan telah dilink ke blog Modestos.

    Selamat Berjuang....

    ReplyDelete